toqki

Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan

Peserta terengganu
Dari kiri : Salam, toqki, piyan

bersama adik muhammad dan peserta Kuala lumpur

Bersama peserta dari Melaka
( Peserta Trgn mmg zuhud, pakai selipar jepung jah)



Jurulatih kami( Encik Hafas Ali) hihihi

Toqki dan peserta dari Perak
(xingat nama beliau)

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Salam

Lama sungguh saya tidak meng 'update' kan blog ini...terasa bagaikan lama jariku tidak berlari di atas papan keyboard ini. Bukanlah malas mahupun kekeringan idea, tapi internet di rumah telah membuat onar hampir sebulan. Tension?? tok soh kabolah..rasa nak cabut je gigi ni. Tekang!!



So, hari ini cerita saya berkenaan tempat yang saya suka pergi. Tempat ini merupakan suatu tempat yang wajib saya pergi.

Di pagi yang sejuk lagi mencengkam itu, kami melangkah menuju destinasi tersebut dengan seribu pengharapan..


dalam bas


lihatlah wajah toqwan yang sarat dengan harapan itu

inilah tempat yang kami maksudkan

Tempat ini akan kami kunjungi setahun sekali..hanya sekali man!! Tapi bagaikan nak ke sini 'selalu' jeee. hahaha.

Hati berasa lega, kerna hari tidak kelihatan terlalu ramai yang ingin berurusan dengan jabatan kerajaan ini.

Niat dihati bukan nak mengata, tapi nak mengkritik je...hati saya mengeluh(xbaik mengeluh, sabar) bilalah agaknya Mesir ni nak berubah, terutama rakyatnya itu...Maybe, kawan-kawan yang sedang belajar dan telah tamat menuntut disini, mesti dapat rasakan keluhan saya ini.

Pernah anda melihat mereka yang bekerja di jabatan-jabatan kerajaan di Malaysia, terutamanya di kaunter-kaunter, begitu tenang dan sempoi menyuap mulut -mulut dengan roti-roti?? menghirup secawan syai(teh) dengan selamba, bersembang dengan hati yang riang??

wajah-wajah ini sedang mengkritik( bukan mengumpat)
dari kiri: baihaqi, sajiri, ??

Sedangkan dihadapannya berderet manusia beratur menunggu gilirannya dipanggil... dua sahabat saya ni sampai seawal jam 6 pagi, tercongok didepan pintu pagar(masa ini manalah ofis buka, mestilah tutup) semata-mata inginkan urusan dapat diselesaikan secepat mungkin.


Tunggu punya tunggu pukul 10pagi juga sudahnya..tinggallah saya keseorangan terkapai-kapai menunggu urusan selesai.

Kebetulan urusan toqwan dapat dibereskan dengan cepat, maka toqwanlah tempat saya membuang masa

apa tengok2??

membacalah walau dimana jua anda berada

us ini termenung menunggu gilirannya

ada juga yang begitu tertekan menunggu giliran yang tak kujung tiba

termasuklah insan ini


Sekitar jam 3 petang , saya melonjak girang mendengar nama saya dipanggil untuk mengambil pasport saya yang telah siap di cop(visa) Alhamdulilah, visa saya diberi tempoh selama setahun..syukur...setahun hanya sekali..lalalala


gambar ini sengaja diterbalikkan ...visa di pasport ini akan tamat pada 29 Jan 2010
.................................................................


Special Thanks

Kepada pengunjung yang paling kerap melawati toqkizone yang tak seberapa ini :

Idham Spongebob
Nadia izzah
Ustaz Bidin Al-Hafiz

Kerapkanlah lagi mai blog ana :) syukran



Sekian..


Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Cuti selama 2 minggu ini, toqki dan toqwan bercadang mahu menziarahi keluarga sahabat toqwan ayat di Dikernis Mansurah. Pada mulanya kami bercadang ingin ke sana minggu depan, sebabnya minggu ini boleh digunakan untuk mengemas rumah yang masih macam tongkang pecah.


Oleh sebab ayat terpaksa pulang awal ke kampungnya, maka kami pun terpaksa jua membatalkan perancangan kami untuk minggu. Perjalanan kami dimulakan pada petang khamis 29/01/09

Terus terang toqki katakan, walaupun Mansurah, Tanta, Zaqaziq adalah tempat-tempat yang tidak berapa jauh dari Kaherah, toqki memang tak berpeluang langsung ke sana disebabkan kesuntukan masa dan pitih( fulus) so, jom cuti ini jalan-jalan cari makan istimewa bersama toqki.

Untuk sampai ke Mansurah, anda bisa menaiki tramco (van) dengan hanya L.E 9 sahaja. Van ke Mansurah boleh dijumpai samada di Mahattah (stesen) Ramsis, tapi disini sangat sukar untuk kita menjumpai tramco ke sana ( ayat kata) Lantas kami pun bergegas ke 'Abud untuk mencari tramco ke Mansurah.

Tak sampai 5minit, akhirnya ada juga tramco terus ke Dikernis. Oleh kerna, hari tersebut hari akhir sesi pengajian semester kali ini, maka berbondong-bondonglah manusia di Mahattah, dan ramai jugalah arab nak balik kampung. Memamg sibuk, memang sardin..hatta dalam tramco pun toqki dan toqwan terpaksa kongsi satu tempat duduk untuk 2 orang..huhuhu.

(Mahattah 'abud)

Perjalanan ke Dikernis memakan masa selama 3jam, lebih kurang pukul 9 malam kami selamat sampai di bandar Dikernis. Penat, lenguh dah terasa di badan kami.

(mata toqwan kepenatan, ayat pun perasan dengan kepenatan itu)

(makan malam kami)

(muka kelahap)

Makan dah minum pun sudah, yang tinggal hanya untuk tidur..ZzzzZZZz

.........


(sarapan pagi kami)

(kalau dah arab memang arab, 'isy(roti) tetap tidak beralaskan apa2 walaupun wujud 2 pinggan itu)

(cuci mulut dulu sebelum sarapan)

(ha!! siapa nak badan macam Adibah Nor, makanlah ini banyak2)

(walid( tuan rumah) pakcik ayat)

(Manzur(permandangan) Dikernis di pagi hari)


(bilik pun mahu tayang kah?)


Istimewanya arab ini, bagi mereka, tetamu adalah kemuliaan mereka, tetamu akan dilayan macam anak raja. Tempat menginap , makanan dan segalanya akan diberikan layanan yang paling istimewa dan itulah yang dianjurkan oleh Islam, berkenaan adab-adab menerima tetamu.

(koktail ini memang istimewa, air tangan toqwan) yeke???

muka ini sengaja dibuat begini

ada ke patut ambil gambar masa orang pegang hidung

ladang gandum( walid kata 2, 3bulan lagi, gandum bolehlah dituai) teringat masa di Kedah dulu, seronok bangat masa musim menuai, meriah.



kalau boleh semua tempat toqwan dan ayat nak berposing( toqki malas layan)

alaa kacang ini, masai pun ada, katanya mira tontey

pipiku makin tembam, misai pun tak cukur2..

Bukan toqki tak pernah ke pasar-pasar di Mesir ini. Cuma pengalaman ke pasar kali ini, istimewa sikit, sebab kami bersama dengan ayat, warga jati tanah Mesir ini.

Maka adalah yang tak pernah toqki dan toqwan tidak terlintas nak beli, maka dibelinya ayat ini. (Tak tensen pon, ada macam ayam berak kapur ke muka toqki dan toqwan??)

inilalah yang dimaksudkan toqki, ikan ini namanya Buri, di Malaysia, ikan ini namanya susu. Bila toqki cerita kat anak dara yang bakar ikan ini, selok dia suka. Apa taknya, panggilan susu di Mesir diberi gelaran pada ibu-ibu. Apa-apalah, tapi cerita yang nak toqki kabo ini, pasal ikan ini.

Korang nak tau tak??, ikan ini ayat beli dengan L.E 19 sekilo, terus dia hantar ke tempat bakar untuk dibakarlah takkan diberi kat orang, tanpa dibuang sisiknya, dan isi perut ikan itu...wow!!! Memang ku biasa melihat semua ini di suq thamin, tapi memang terus terang dari jauh lubuk perut ini, toqki tak hingin nak makan ikan yang dibakar arab. hahahaha. (jahat aku ini)

Sebelum dibakar, ikan itu salut dulu dengan serbuk jagung kering..dan dibiarkan sebentar sebelum dibakar..

ikan Buri dibakar

ha!! amek ko!! dah siap pun
.........................................................

makan malam kami untuk 2 orang, bukan 5 orang.

salad ini bagus untuk mereka yang mudah terkena selsema di musim sejuk
ikan Buti(talapia) di masak merah, ada juga ala-ala Malaysia

nak makan ikan petang tadi memang tak lalu, tapi bila dah rasa, soodap rupanya. Ayat bilang perut ikan tu tak dibuang sebab nak kekalkan manisnya ikan itu.. huhu..balik Malaysia, kalau aku jual kat pasar, memang sah lingkup bisnes aku.

siapa kata toqki makan gelojoh..tengok sopan je..soleh, tengoklah sopannya aku

licin ikan itu ditelan si lelaki melayu terakhir

yang ini licin juga, takkan perut tu nak dilicinkan juga..siapa nak licinkan??silalah

lauk dibahagian toqki semakin berkurangan..ada pun dibahagian toqwan macam tak luak aje

...................................

Banyak sangat pengalaman yang nak toqki kongsi... tapi toqki dah mula bosan nak menaip. Lagipun conggok lama2 depan laptop ni bisa mengundang marah toqwan..so. lain kalilah toqki sambung( kalau rajin, biasanya memang tak sambung pun)

..sekian..

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU