Salam
Hari ini memang adalah hari yang amat sibuk bagi saya. Lepas menunaikan solat jumaat tadi saya terus sahaja ke 'Atabah mencari barang keperluan rumah. Amat memenatkan sungguh berjalan di waktu musim panas begini.
Kesibukkan saya membuatkan saya terlupa, bahawa hari ini hari istimewa buat sahabat baik saya.
Ya, hari ini hari menyaksikkan sahabat saya ABDULLAH HARIS lahir sebagai khalifah Allah di muka bumi!!
Amat banyak jika mahu diceritakan kelebihan dan kebaikan sahabat saya seorang ini yang terkenal dengan 'ramah'nya.
Ketinggian ilmunya kerendahan hatinya membuat saya selalu kagum sendiri memiliki sahabat saya seperti ABDULLAH HARIS.
(walaupun ramai yang mengatakan wajah kita serupa, tapi ia bukan satu tiket untuk mengatakan dirimu lebih kacak dan hensem berbanding diriku)So, dikesempatan yang pendek ini. Saya memohon ampun maaf dari hujung rambut ke hujung jari kaki dan SELAMAT HARI JADI BUATMU. MOGA ALLAH MERAHAMTI DAN MEMBERKATI SETIAP DETIK NAFASMU. MOGA KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA!!




