Showing posts with label Kisah ku kisah mu jua. Show all posts
Showing posts with label Kisah ku kisah mu jua. Show all posts
toqki

Ramai orang mengatakan Arab Mesir adalah masyarakat arab yang kasar, panas baran, dan sebagainya.

Apabila dikatakan sebegitu rupa, tidak semestinya mereka tidak mempunyai akhlak mahmudah yang perlu kita contohi.

Sepanjang saya menetap di bumi Anbiya', wujud beberapa budaya arab Mesir yang amat janggal dilihat di Malaysia.

Antaranya :



1. Memberi salam

Pernahkah anda memberi salam ketika anda di pasar? Ketika menaiki bas awam ? Atau di kedai-kedai? Atau di tempat-tempat awam yang lain, dengan mengucapkan salam kepada orang yang anda tidak kenali?? Pastinya tidak bukan??

Kebanyakan kita (masyarakat Melayu Islam) amat sukar memberi salam (malu kot!!) , jika ada pun salam itu hanya diberikan kepada sahabat-sahabat, atau mereka yang dikenali sahaja. Tak begitu?

Banyak hadis Nabi sollahu a'lahi wasalam menerangkan perihal kelebihan memberi salam.




Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"

Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."

Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

"Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Iblis pasti menangis apabila ,

Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".



2. Membaca Al-quran

1) Sabda Rasulullah S.A.W:

"Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf"



Budaya kedua yang tak kurang hebat juga, ialah membaca al-quran. Dimana anda berada dan pergi, pasti anda akan menyaksikan suasana al-quran itu hidup dibumi Mesir. Biah (suasana) yang membuatkan saya malu, dan bangga dengan Arab Mesir.



Ada yang menghafaz, maka mulutnya akan berkumat kamit membaca, bagi yang tidak menghafaz pula sanggup memegang musyhaf bukan bersaiz kecil, tapi yang bersaiz besar pun ada!

Sungguh mengujakan!!


3. Selawat

Pernah melihat filem 'Ayat-ayat Cinta'? (Babak Fahri bertengkar dengan 'Ammu (pakcik) didalam Metro)

Perasan tak perasaan marah 'ammu tu agak 'slow' bila ada orang disekelilingnya menyebut ' sollu 'alan nabi!!"

Itulah keadaan di Mesir yang boleh anda saksikan hari-hari.

Saya pun tak pasti kenapa begitu, mungkin mereka agak malu jika dibayangkan Baginda ada bersama mereka . Malu Baginda melihat umatnya yang menjadikan perbalahan itu 'hobi' bagi rutin harian mereka.

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata " Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar"

1. melaksanakaan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w.
3. mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bereti rahmat
4. bersemaan dngn selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari drjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut "alhamdulillahirabbil'alamin" di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan ynag paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

"Nah, ambil ini, semua L.E 25 je" kata penjual kitab di bangunan usuluddin.

Saya terkejut apabila melihat kitab-kitab yang baru sahaja jatuh ditangan saya, saya terdiam dan berfikir. Lain benar kandungan kitab aqidah tahun yang lepas dan sekarang.



Cuaca panas Mesir yang hampir tiba terasa ngiang-ngiang dibelakang badan saya.

"Al-Iqtishod fil 'itiqod" namanya sepanas musim panas di Mesir.

Kitab karangan Imam Ghazali yang membuatkan saya kecut perut untuk menelan isi kandungan yang ada dalam kitab tersebut.

Sudah 5 kali saya cuba memahamkan muqadimah kitab tersebut sebelum ke dewan kuliah, malangnya pemahaman saya masih tidak mampu hadir dan secara tidak langsungnya hati saya terasa bimbang mengenangkan peperiksaan yang menjelang tiba.

Saya bergegas ke dewan kuliah untuk menunggu doktor menerangkan isi kandungan kitab karangan seorang tokoh ilmu Kalam zaman lampau. Hati saya amat teruja!!

Hampir 2 jam masa berlalu mendengar penerangan doktor berkenaan pengenalan sejarah ilmu aqidah, dan ilmu Kalam hati saya terpujuk akhirnya, kaki tak terasa lenguhnya walaupun lama berdiri. Serba sedikit tergambar jua dikepala saya apa itu ilmu kalam dan perbahasannya.


Lain benar rasanya bila 'memanaskan punggung' di majlis ilmu.

Loceng bangunan syariah berdering membingitkan telinga kami, semua bergegas bangun menuju ke pintu kuliah tak ubah seperti saya di alam kanak-kanak dahulu.

Apa yang berlegar diruang mata dan kepala saya sekarang bukanlah kitab tadi, Kini yang tergambar hanyalah wajah Syeikh Ibrahim Judah terpampang dikotak pemikiran saya.

Perasaan bersalah hadir tanpa diundang timbul dihati. Hampir seminggu saya tidak berlaga lutut dengan beliau mendendangkan hafazan yang wajib saya habiskan.

Memang benar tekaan saya, syeikh benar-benar marah disebabkan pe'el perangai saya yang tidak konsisten dalam belajar.huhu. Alasan memang ada, tapi sampai bilakan??:)

Bilalah agaknya saya dapat memahami apa itu 'ISTIQOMAH'

Akibatnya, saya hanya diberi ruang membaca sekadar satu maqra' sahaja. Perasaan marah pula wujud menguji fizikal dan mental saya.

Mujurlah toqwan hadir menjadi penyejuk hati...

" Ujian untuk abang tu, syeikh nak abang IKHLAS, SABAR, "

Susah benar mendidik hati dan memahamkan apa itu IKHLAS

.................................................


Rupanya, susah lagi memahami pelajaran IKHLAS dan ISTIQOMAH berbanding Al-Iqtishod

- Ustaz Fahmi maafkan tingkah laku ana hari itu ~

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

"Abang, minta izin untuk nikah seorang
lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu.

Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di
dalam TV, sementelah TV juga

dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV
sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan
Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf
Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju

ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,

mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa puterinya

kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian

beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik
putera bujangnya yang berdua, si

kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,

membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga

hampir 16tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang

bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis

genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya

benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku
rasa kau mampu untuk beri makan

2 keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah

apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang

ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin

Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya
punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
seusai

solat subuh, cepat-cepat dia bersiap
untuk ke pejabat. Tidak seperti

kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar

menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan
permintaan abang. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,"

Lembut dan tenang sayup-sayup suara
isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan

seorang yang panas baran. Aliyah
terlalu sempurna, baik tetapi ahh

hatinya kini sedang mengilai wanita
yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,

boleh?" pelik benar permintaan
isterinya. Hendak dipengapakan apakah

buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia

yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah

isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya.

Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang

ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang

disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah

cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah

sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman

daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri abang," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut
dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. abang dah lama hidup

dengannya. abang faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa

dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama

membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak

membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia

merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana

Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia
menghantar Qistina untuk ditemuduga

oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta
oleh Aliyah bermunajat di masjid

Putra. Di masjid itu, hatinya benar-
benar terusik. Sekian lamanya dia

tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama

dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian

menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu

adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman

Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan

tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia

cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung

Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan

Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

buzz buzz... sms menjengah masuk
ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan
terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis

tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya untuk

bersama abang,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.



Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...



Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir

saiz

dengan A4 itu dibuka perlahan.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa

mengiringi jejak langkahmu.



abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima

kasih kerana abang membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu

cantik.

Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah

yang

sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran

zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang.
Aliyah tak sanggup abang diheret ke

neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih

belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi abang nak

menggalas dosa orang lain. Aliyah
sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah

lagi

western food. Tapi, Aliyah sayangkan
abang. Aliyah tahu selera abang hanya

pada lauk pauk kampung. Tapi tak
tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera

abang sudah berubah. Tapi, Aliyah
masih ingat lagi, masa kita sekeluarga

singgah di sebuah restoran western
food, abang muntahkan semua makanan

western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah

mereka. kasihan nanti, tak makan lah
pula anak-anak kita. Aliyah

sayangkan

abang...

3. aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.

Aliyah

minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia
akan menjadi ibu pada zuriat abang

yang lahir, jadinya Aliyah harapkan
dia mampu untuk mengajar anak-anak

abang nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia

sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan abang...



abang yang disayangi,

cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah

tak terdaya. abang lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, abang

mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan abang

mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.



abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah

tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.Jika

munajat

abang di Masjid Putra mengiayakan
tindakan abang ini, ambillah borang
ini,

isi dan pergilah kepada Qistina. Oh
ya, lupa nak cakap, Qistina telah

berada di sawarak. Menunggu
abang...Aliyah sayangkan abang...



Tetapi jika abang merasakan Qistina
masih belum cukup hebat untuk

dijadikan

isteri abang, pergilah cari wanita
yang setanding dengan Aliyah... Aliyah

sayangkan abang.



Tetapi, jika abang merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk abang..

tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang,

roti canai..air tangan Aliyah.



Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery



Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah

bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!



Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!!!!"

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.”




Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”




Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.



Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri
:snow03:. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!:snow16:

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Antara Sabar dan Mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: "Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Qala Allah: "Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh) "


Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

“Kisah Penjual Tempe”


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi ALLAH tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “ALLAH , aku memohon kepada-Mu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin” Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa ALLAH pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh ALLAH. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “ALLAH, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi-Mu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada ALLAH dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban ALLAH akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “ALLAH, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!
Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada ALLAH kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan ALLAH tidak adil. ALLAH tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa
tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada ALLAH, pasti ALLAH akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “ALLAH, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.” Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “ALLAH, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”. Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada ALLAH. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin
makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh ALLAH…

**************************************************************

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada ALLAH sewaktu berdoa, padahal sebenarnya ALLAH lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa
yang terbaik untuk diri kita.
Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai
hamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa ALLAH akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi ALLAH…

wallahu’alam…

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU