toqki

Memang x dinafikan dan rmi yg dah maklum( bg mereka yg penah ke mesir) bahawa menaiki bas di Mesir adlh perkara yg paling nikmat dan pngalaman yg manis..huhuhu. Btol ke?? Try lah nak rasa.

Hari ini toqki ke Azhar, mengikuti kelas Syeikh Ahmad Hajien. Lps asar je terus toqki keluar tungu bas 80 palang ke Husien. Hajat hati nak pi sorg je, tp toqwan nk ikut juga. Subhanallah..dlm kepenatan pon toqwan sgp temankan toqki yg semakin tua ni :P (kesian toqwan, skrg dye tgh pulun nak abiskn study, exam dkt teramat oo)

Saat menunggu BAS ITU
(toqwan kepenatan, walaupun begitu, dye xpenah mengeluh)


Tunggu punya tunggu, sampai jua BAS ITU, (sejam tunggu tuu) Pergh!! Penuh, sardin ooo.. Dulu masa panas2 lg gelaran pngantin baru, toqki mmg slalu dan gemar naik teksi je ke mane2 bsm toqwan( bmbng toqwan xbese naik BAS SARDIN) tp lama2 toqwan bising, yela tiap kali keluar naik teksi byk abis fulus , toqwan nak toqki berjimat, mula dari saat itu, kami pun melazimi diri dgn menunggangi bas.

(toqki tgk pe tuu?? tgk bas laaa)

Mmg sblm ini toqwan x terkena , x terjumpa, dan x terasa lg sardin nya bas mesir, ha!!! Hari ini, hari toqwan merasakan semua itu..huhuhu..mmg sardin, mmg penuh bas!! Bmbng juga toqki klu toqwan xlarat, tp dah alang2..baik naik jeee.

Dlm bas..dkt 1/2 jam juga lah kami berdiri dlm keadaan sardin, hinggakan kami binggung bagaimana mahu jejak kan kaki bg menstabilkan kondisi bdn kami... Toqwan pula hanya mampu bertaut pd tubuh toqki pada tempoh itu. Dlm kesardinan itu, mujurlah(Alhamdulilah) ada pakcik arab itu, sudi berikan tempat duduknya pada toqwan..Lega hati toqki...

Akhirnya setelah sejam perjalanan, smpi jua destinasi yg kami tuju..Alhamdulilah..toqki sempat mengusik toqwan, "Lps ni nak naik lg x bas ITU?"

Toqwan jawab, "Mestilah NAK!!"

Toqki hanya mampu tersenyum, bangga memiliki toqwan yg sabar, tabah, dan lemah lembut :)
(Jangan dengki ye) huhuhu

Sekian...






Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Layari AL-QASSAM

On the most bloody day witnessed in Palestine since 41 years the Zionist occupation war machine on Saturday killed more than 230 Palestinians and wounded around 750 others, 200 of them in serious condition.

More than a hundred American supplied F16s carried out a series of simultaneous air strikes at noon Saturday across the Gaza Strip targeting police stations and a mosque.

The air strikes were timed to coincide with time school children leave their schools home causing many casualties amongst school children.

Muaweyya Hasanin, director of emergency services, said that 230 people were killed in the attacks and 750 were wounded, 200 of them seriously, adding that a large number of civilians were amongst the victims. Medical sources expected the death toll to rise to 350.

Hasanin added that there 15 victims who could not be identified because their bodies were badly mutilated, adding that at 80 of the victims were mutilated.

He said that the rapid rise in the death toll was due to the recovery of new victims from under the rubbles and the continuing Zionist air strikes which have not stopped until the early hours of Sunday.

Hasanin also said that hospitals are lacking medicines and medical materials necessary for treating the wounded calling on Arab countries to provide the essential medical supplies urgently.

Slps tersebarnya blog yg menghina KEKASIH toqki,NABI MUHAMMAD SOLLAHUALAIHIWASSALAM kita dikejutkan pula dgn peristiwa yg dtimpa ke atas saudara2 kita di bumi para Anbiya....Toqki tak tahan...geram dgn perangai musuh Islam yg semakin meluatkan, yg membuatkan toqki semakin GERAM!!! arGh!!!!!

Dan Tak sangka hati toqki yg keras ini pilu terguris , bagai dicucuk, dihiris2, geram dan mengalirkan airmata melihat saudara2 kita di Palestin syahid dibunuh Israel laknatullah tghr smlm..(27/12/2008)

Allah......Allah...Allah... Hanya nama Mu ya Allah yg mampu lafaz apabila menyaksikan shbt2 ku di Palestin dibunuh dgn kejam.....Allah!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Hati ku geram teramat sgt dgn perlakuan keji begini!!!

Apa yg ku mampu ya Allah.....Apa yg KITA MAMPU BILA MELIHAT SAUDARA KITA DI ZALIMI???

Dimanakah 'UMAR'?? Dimanakah 'KHALID SAIFULLAH?'?? Dimanakah 'SOLAHUDDIN AL-AYUBI'???


MARI KAWAN2 KITA BANGKIT DARI TIDUR YG PANJANG, MARI KITA MENDOAKAN KEMENANGAN UTK SAUDARA2 KITA DI SANA DAN SELURUH DUNIA..AAMEEN..


Adakah kita hanya mampu berdiam diri lagi??????LipsareSealed

toqki : AKU INGIN BERSAMA MEREKA YA ALLAH, SYAHID IMPIAN KU!!!!

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki


bismillahirrahmanirrahim..

salam..

Hidup kita ibarat subjek matematik (calculus??) iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

amalan yang baik hendaklah ditambahkan,
segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan,
pahala amalan hendaklah digandakan
dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna
agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.


Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa bahagia`` - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj.


Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata,
kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri,
semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak..


Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.


Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh,
tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan menuju kekalahan.

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.


http://puteribonda-anis.blogspot.com/

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

erm...toqki ucapkan kullu 'aam wa antum bikheir, kt sini gak toqki letak entry kak simple shida yg menarik utk di renungi..selamat belakeeee!!!!


wArnA wArni cAtiTan hidUp

erM.. wHat do u feel when sOmeone..sOmething..no matter sOmewhere sOmehOw lahh..
that leave u… that mOment.. experiences.. seasOn.. sure absOlutely everybOdy, everyOne have their sweet memOriesss.
I just drop sOme mOments that happen within this year 2008..

Some things..

Some things are better left unsaid
Some strings are better left undone
Some hearts are better left unbroken
Some lives are better left untouched
Some lies are better off believed
Some words are better left unspoken..


“ dOn’t lOOK back! Hehehe.. nOt yet watch it..
not so interested to knOws.. ignore that part lah..hihi.
sOME pesAnan buat diri ini..
yumkin juga buat peNAtap bLog wa mOnOlOgku.. ehihihi

Aku tidak mampu mengubah masa lalu dan aku sekarang tidak mampu untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa mendatang. untuk itu, mengapa aku harus menyesali masa lalu..
atau merasa cemas dengan masa mendatang…??


jangan anda tangisi apa yang sudah berlalu dan jangan anda hambur-hamburkn air mata dengan sia-sia, kerna dengan cara apa jua pun anda tidak akan dapat mengembalikan apa yang sudah berlalu…
kita tak mampu mengubah masa lalu dan tidak pula merancang masa
depan dengan gambaran yang sesuai dengan kehendak kita,
untuk itu, tidak ada gunanya membinasakan diri dalam kekecewaan
kerna sesuatu yang tak mampu kita ubah..


sesungguhnya hari kelmarin bagaikan mimpi yang telah berlalu & telah habis waktunya sedang hari esok tinggallah harapan yang indah, adapun hari ini adalah realiti sebenarnya…

Dream what u dare to dream
Do what u dare to do..
And be what u dare to be…!!




Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Salam

BismillahirRahmanirRahim

Semalam toqki ada melawat portal ukhwah, dan ada sahabat yg membuat posting berkenaan sejarah runtuhnya kerajaan Islam Uthmaniyah Turki. Apabila mengamati serta menghayati penulisan beliau, toqki begitu tertarik dengan sebuah organisasi yang dapat meyempurnakan misi mereka dgn jayanya. Hebat perancangan mereka sehinggakan berlakunya era fitnah yg mengerunkan, mengerikan sesiapa pun yg wujud pada zaman tersebut. So, toqki paste kan tulisan beliau disini ,

……………………………………………………………………….

Perancangan jahat Freemasonry bermula pada tahun 1860M apabila Pemuda Turki ditubuhkan.

Pada zaman Khalifah Abdul Majid 1(1939-1861M)
- Pada zaman baginda, Turki telah diserang oleh gerakan pembaratan Turki.
- Baginda telah melakukan perubahan buat kali pertama ke atas pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyah dengan mewujudkan Dewan Menteri. Akibat penubuhan inilah yang menjadikan jawatan Khalifah menjadi jawatan boneka kerana pentadbiran negara telah dikuasai oleh menteri kabinet dan Khalifah sendiri.
-Sebahagian besar anggota Dewan Menteri itu memang berbangsa Turki tetapi menjadi ahli Freemasonary yang sangat menagungkan Barat.

Pada zaman Khalifah Abdul Aziz(1861-1876M)
-Pemuda Turki yang menjadi ahli Freemasonary telah menuntut pemerintahan demokrasi berparlimen-satu cara desakan politik untuk memusnahkan institusi Khalifah bermula dengan memasukkan jarum istilah pembaratan politik melalui demokrasi.
-Untuk menjayakan cita-cita tersebut, Pemuda Turki terlebih dahulu mencari pengaruh daripada golongon ulama dan tentera.
Kejayaan mereka telah mencapai matlamat dengan cara:-

a)berjaya mempengaruhi Khalifah dengan memecat Ketua Menteri Muhammad Nadim (pro-Khalifah) bagi mengantikan dengan Rusydi Basya dan Mufti Hassan Fahmi Afendi untuk digantikan dengan khairullah Affendi.
b)Apa yang menyedihkan pada masa itu, Pemuda Turki telah berjaya mempengaruhi sokongon ulama (ulama dunialah) sehingga mereka telah mengeluarkan fatwa bahawa pemerintahan bentuk baru itu adalah arahan Allah yang termaktub dalam Al-Quran.
c)Dewan Menteri bersidang untuk menjatuhkan Khalifah termasuklah Mufti yang dilantik oleh mereka. (Ulama dunia lagi)
d)Khalifah digulingkan setelah baginda dikepung pada waktu malam, dan Pemuda Turki membunuh baginda selepas empat hari peristiwa tersebut.
d)Untuk tidak menunjukkan perbuatan itu adalah angkara puak-puak Pemuda Turki itu, maka mereka mengatakan yang Sultan ini meletak jawatan dan pelbagai fitnah lagi.

Pada zaman Khalifah Murad V(1876M)
-Masalahnya….. Khalifah ini mempunyai hubungan yang baik dengan Britain akhirnya termasuk perangkap.
-Perangkapnya menjadi ahli Freemasonary. (Pengajaran: Ada dalam Al-Quran yang mengatakan larangan Allah Taala secara keras untuk bersahabat dengan musuh-musuh Islam) Wallahualam.
-Namun baginda hanya sempat memerintah Turki selama 93 hari kerana sakit jiwa akibat tekanan Pemuda Turki yang menguasai Turki pada masa itu dan pernah melihat Khalifah Abdul Aziz dibunuh. (Semoga diampunkan dosa olah Allah Taala)

Pada zaman Khalifah Abdul Hamid 11(18-76-1909M)
-Banyak yang kita dengar keburukan Khalifah-khalifah yang telah direka oleh musuh-musuh Islam terutama Khalifah ini, tetapi Khalifah inilah yang paling banyak sumbangannya untuk menyelamatkan ummah Islam pada masa itu, - iaitu:-

a)Sultan Hamid bersetuju dengan syarat Pemuda Turki untuk melaksanakan pemerintahan secara demokrasi sebagai helah bagi meneruskan kelangsungan Kerajaan Khalifah sehingga 30 tahun.
b)Mendapat sokongan semula daripada golongan ulama.
c)Baginda memastikan undang-undang negara bertepatan dengan undang-undang Islam.
d)Mengeluarkan undang-undang asas negara yang mengandungi 119 fasal bagi menjamin keamana sejagat. Qanun ini juga mewajibkan pendidikan bagi semua rakyat dan pemeritahan negara berdasarkan syura.
e)Menyelesaikan perbalahan gol.minoriti Kristian di Bosnia Hezergovina, dan menganggap pertumbahan darah antara mereka berpunca daripada masalah keluarga.
f)Menubuhkan Majlis Umum (parlimen) yang disertai oleh anggota yang dilantik oleh sultan dan anggota yang dilantik oleh rakyat.
pergi) Sumbangan yang paling terbesar sekali, keengganan baginda untuk memberi tanah Palestin kepada Theodore Hertzl ketika itu, walaupun baginda tahu apa akibat pada dirinya nanti.

Akhirnya, kesudahan sudah dijangka…..

Oleh kerana tersangat besarnya pengaruh kuasa Freemasonary ke atas Kerajaan Turki Sultan Hamid ke 11 digulingkan atas keengganan Sultan sendiri untuk menukar perundangan Islam kepada perlembagaan Barat berasaskan demokrasi berparlimen yang dinamakan perlembagaan Baljiki (perlembagaan negara Turkilah)..

Pada masa itu fitnah amat dasyhat, sehingga berlaku huru-hara, tunjuk perasaan termasuklah imam-imam sekali. (Ulama dunia lagi…..)

Akhirnya Sultan Hamid ke 11 digulingkan dan tanda sebagai penghinaan kepada baginda:-
-baginda telah dibuang ke Salunik dan dipaksa tinggal di istana milik Yahudi dipanggil Alatini.
-dirampas segala harta baginda hatta duit tangan perbelanjaan baginda sendiri.(Cara Yahudi untuk menghina Khalifah supaya menjadi miskin)
-dikawal secara rapi dan tidak bebas untuk berinteraksi dengan orang lain.
-diugut bunuh, makian, cercaaan, dan hinaan bersilih ganti. Maklumlah.. dibuang di kawasan Yahudi.

Untuk pengetahun ahli-ahli forum, Sultan Hamid ke 11 adalah seorang yang berkeperibadian mulia, Mahir dalam bahasa Arab, sangat meminati syair, menjaga solat 5 waktu, budi pekerti yang tinggi dan mengharamkan dirinya minum arak, majlis tari-menari ketika pada masa itu suasana istana dah rosak teruk dengan pengaruh Barat. (Hadis :-Islam bermula dalam keadaan asing dan kembali menjadi asing sebagaimana ianya bermula. Maka sungguh berbahagialah orang-orang asing itu”).

Akhirnya pada tahun 1918M, baginda meninggal pada usia 76 tahun. (Semoga Allah Taala memasukkan baginda ke dalam golongon beruntung. Terlalu sukar untuk mencari raja yang benar-benar berjuang di kala saat fitnah berleluasa).

Selepas itu ada lagi beberapa sultan, tetapi kebanyakannya lemah, tiada sehebat Sultan Hamid ke 11. Akhirnya tibalah sejarah hitam bagi Kerajaan Khalifah apabila dengan rasminya 1924 Khilafah Islamiyah dihapuskan.

……………………………………………….

to’ki:

Setelah toqki baca posting beliau, toqki tertanya-tanya siapakah mereka?? (freemasonry) dimanakah asal usul mereka?? Apa masalah diorg sehinggakan berhasrat utk meruntuhkan kerajaan Islam?? Apa salah kita pada mereka??? toqki mmg xtau pun nama gerakan itu sblm ini..( masih jahil lg toqki ni)

Atas kesedaran ingin tahu siapakah mereka, toqki search la perkataan FREEMASONRY ni kt google..hasil pencarian toqki , inilah yg dpt dikongsi serba sedikit sejarah , asal usul organisasi berkenaan gerakan jahat ini. Wallahu'alam

……………………………………..

Freemasonry adalah organisasi Yahudi Antarabangsa, sekaligus merupakan gerakkan rahsia paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia. Freemasonry terdiri dari dua kata yang di satukan. Free ertinya bebas atau merdeka, sedangkan Mason adalah juru bangun atau pembangun. Tujuan utama gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.

Tentang Haikal Sulaiman atau Solomon Temple ini sendiri banyak sumber yang mendefinisikannya. Salah satu tafsir yang paling popular adalah, Haikal Sulaiman berada di tanah yang kini di atasnya terdirinya Masjidil Aqsha.

Mereka mempercayai, tahun 1012 Sebelum Masehi (SM), Nabi Sulaiman membangun Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestina. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilonia menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Tahun 533 SM, bangunan ini didirikan kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilion. Atas pembebasannya itulah, dia membangun semula Haikal Sulaiman.

Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Romawi menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kemusnahan dan kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula saat kekuasaan Muslim, kononnya Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsha pada abad ke-7.

Tapi tafsir lain tentang hal ini juga mengatakan Haikal Sulaiman juga sebagai wilayah kekuasaan yang luas. Bahkan lebih luas hingga wilayah Khaibar, ketika kaum Yahudi diusir pada zaman Rasulullah s.a.q. Oleh kerana itu, mereka meyakini harus menguasai seluruh dunia, bahkan hingga ke tanah Khaibar, tempat mereka terusir dahulu karena penghianatanya adalah Rasulullah s.a.w dan piagam Madinah.

Dan untuk itulah mereka bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasaannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasaan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk meluaskan kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama wahyu, Kristian dan Islam.

Sebelum kaum muslimin sedar tentang bahaya gerakan Freemason, perlawanan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Perlawanan gereja Katholik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasinya tempat berkumpul kaum anti-agama. Dalam sebuah artikel berjudul The Earlier Period Of Freemasonry yang di Mimar Sinan, turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para anggota Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh pertarungan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak awal berdirinya, Fremason telah menyokong kebebasan beragama, sama persis dengan yang terjadi belakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.

Freemason berdiri di Inggris secara resmi pada tahun 1717. Tapi tampaknya, sebelum tahun itu pun, Freemasonry telah aktif. Bahkan sejak abad sebelumnya. Tahun 1641, seorang keluarga kerajaan Inggris, Robert Moray tercatat sebagai anggota cabang Freemason di Edinburg, tepatnya 20 Mei 1641. nama lain yang juga tercatat sebagai anggota Freemason sebelum tahun 1717 adalah Elias Ashmole tercatat sebagai anggota Freemasonry di Lanchasire pada 16 Oktober 1646. Dan ia juga salah seorang dari royal family atau keluarga kerajaan.

Dari catatan di atas, sebenarnya tahun 1717 hanya tahun pemantapan dari tahap-tahap yang telah dilakukan oleh gerakan Freemson. Tahun ini dijadikan sebagai tahun ekspansi untuk melakukan dan meledakkan pengaruh mereka di seluruh dunia.

Tahun 1717 ini dijadikan sebagai tonggak bagi Freemason unuk memulai perangnya yang bakal menjadi sangat panjang kepada umat beragama dan kepada agama itu sendiri. Seorang ketua paderi protestan di London yang bernama Anderson dan berdarah Yahudi menjadi motor penggeraknya pada 24 Juni 1717. Pada momentum inilah Freemason mendirikan Grand Lodge of England dengan menggabungkan empat lodge menjadi satu.

Banyak sumber Freemason menjelaskan bahawa sejarah wujudnya gerakan ini hingga ke masa Ordo Knight of Templar saat perang Salib di Yerusalem, Palestin. Saat Paus Urbanus II, tahun 1095, usai Konsili Clermont menyeru agar Perang Suci atau Crusade dan memobilisasi penganut kristian di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Yerusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Paus Urbanus II membakar emosi massa dengan cara menyebarkan berita palsu serta mengatakan penganut Kristian di Palestin telah dibunuh dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Ia juga membakar kemarahan penganut Kristian dengan mengatakan bahwa kaum kafir (Muslim Turki, pen.) sedang menguasai makam Yesus Kristus.

Paus UrbanusII menyeru agar seluruh pertikaian yang terjadi selama ini antara pemeluk dan Kristian harus diakhiri, kerana ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam dan kaum Muslimin. Ia juga diangan-angankan dgn balasan syurga, bahawa siapa yang berangkat ke medan perang akan dibebaskan dari seluruh dosa dan di jamin akan mendapat syurga. Hasilnya, ribuan penganut Kristian berangkat menuju Palestin dengan penuh kemarahan. Dan setibanya di sana, terjadilah petempuran besar-besaran ke atas penduduk Yerussalem dan Palestin.

Selama dua hari penyerbuaan terjadi petempuran yang tak bisa diterima akal sihat dan perikemanusiaan. Sebanyak 40.000 penduduk Palestin terbunuh. Beberapa sejarawan menggambarkan, saat itu darah melimpah-limpah di tanah Yerusalem. Ada yang menyebut darah yg begitu byk sehingga setinggi mata kaki, bahkan ada yang menggambarkan darah yg terlalu byk sehingga lutut manusia dewasa. Tentera berperang dimotivasikan dgn ganjaran emas dan permata, dan ramai juga tentera Prancis membelah perut korban-korban mereka.

Setelah menguasai tanah Palestin, pasukan Salib mula mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam ordo-ordo tertentu. Para anggota ordo ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara militer di dalam biara tersebut. Dan satu dari sekian ordo yang sangat masyhur namanya adalah Ordo Knight of Templar.

Versi yang lebih tua dari sejarah Freemason adalah kisah yang menyebutkan pembentukkan Freemasonry pada zaman Raja Israel, Herodes Agripa I yang meninggal pada tahun 44 Masehi. Freemason pada zaman ini dibentuk untuk membendung ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi Isa as. yg kononnya waktu itu dinamakan The Secret Power atau kekutan yang Tersembunyi.

Tujuan utamanya adalah memusuhi pengikut Nabi Isa, menculik mereka, membunuh, melarang penyebaran agama baru tersebut, termasuk membunuh bayi-bayi Kristian. Tapi, berkenaan dengan segala kebiadapan yang dilakukan Herodes ini, para sejarawan dunia, mengatakan bahawa hal tersebut hanyalah mitos belaka dalam tradisi agama Kristian. Herodes Agripa I menjalankan segala misi The Secret Power ini dibantu dua pengikut setianya, Heram Abioud sebagai Wakil Presiden gerakan dan Moab Leumi sebagai pemegang rahsia utama gerakan ini. Tapi beberapa anggota Freemason juga mempercayai sejarah mereka pada zaman lalu, bahkan hingga ke zaman Fir’aun. Itu pula yang menjadi salah satu penjelasan mengapa mereka kerap kali menggunakan simbol-simbol Mesir Kuno dalam tradisi dan aktiviti ritual mereka, seperti penggunaan Dewa Horus, Piramid, Matahari dan pelbagai simbol Mesir lainnya. Penggunaan ini bermula dari penggalian Kuil Sulaiman oleh para Templa dan penemuaan doktrin dan ajaran Kabbalah yang terus-menerus di eksplorasi dan diajarkan dari mulut ke mulut. Penggalian ini begitu serius mereka lakukan sehingga kelak akan mempengaruhi cara pandang kaum Templar dan juga rancangan mereka pada kehidupan dunia.

Bahkan yang cukup mengejutkan adalah, dalam manuskrip-manuskrip kuno Mason dikatakan, orang pertama Mason adalah Adam! Kejadian itu berawal ketika Adam dan Hawa memakan daun dari pohon terlarang di taman syurga. Daun yang disebut sebagai daun pengetahuan, dan disebabkan itulah Allah melarang mereka memakannya. Dr.Albert Mackei, seorang anggota Mason dengan tingkatan 33 derajat dalam Encyclopedia of Freemasonry mencatatkan, daun pengetahuan itu kelak diturunkan pada dua anak Adam dan Hawa, Seth dan Nimrod dengan kisah The Tower of Babel. Kedua-dua anak ini pula menyusun bahasa untuk ilmu pengetahuan yang akan dipeturunkan kepada umat manusia.

Bahkan menurut Talmud kitab pegangan kaum yahudi, syaitan adalah keturunan dari Nabi Adam dan Hawa. Setelah Nabi Adam diusir dari syurga, ia enggan menggauli istrinya, Hawa. Dan pada saat itulah, dua ekor syaitan betina mendatanggi Nabi Adam dan digauli keduanya oleh Nabi Adam. Dalam Talmud disebutkan,Nabi Adam menggauli syaitan itu dan mendapat anak perempuan bernama Lelet. Begitu juga dengan Hawa selama ditinggalkan Nabi Adam, Hawa juga digauli oleh syaitan jantan dan melahirkan banyak anak syaitan.

Inilah fahaman2 yg menyesatkan dan menjengkelkan bg kita umat Islam. Tetapi dgn fahaman dan kepercayaan inilah mereka berjuang bermati-matian untuk merealisasikan matlamat dan tujuan mereka.

Tapi, persoalannya…pekakah kita? Caknakah kita? Prihatinkah kita? Dimanakah kita ketika ini?

To’ki: tepuk dada, tanya iman…

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya 0 comments | | edit post
toqki

Salam..

BismillahirRahmanirRahim..

Debaran imtihan kian terasa oooo.. suhu di mesir pun kian menyejuk ooo sampai ke tulang. Masing2 dgn gaya2 tersendiri menanti saat imtihan.. toqwan pun xkurang jua..tiap2 hari zikir sebut imtihan kt toqki (jgn marah toqwan) hihi

erm...Hari ini, pah asar toqki bwk toqwan pi Masjid Azhar, cari mud study kt sana..Mmg toqwan suka bangat study kt Masjid Azhar, dia kata tenang, nyaman, dan cantik suasana di sana..mungkin itulah berkat tmpat para ulama2 dahulu yg mnjdkn azhar tmpat blajar n mngajar..masyallah..subhanallah..

(rajin toqwan study) at al-Azhar Mosque

(Masjid Al-Azhar)

(ngulang posen dua)

toqki : Selamat menghadapi peperiksaan. Moga kita termasuk dlm golongan yg berjaya dunia dan akhirat aamin Ya Rabb

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

bismillahirrahmanirrahim...

salam..

ramai cucu toqki..ty bab kapel ni, maaflah sbb lambat bg respon..ginilah cucu2 yg toqki syg, toqki mmg xsempat nk menaip ni..so, sini toqki selitkan satu artikel dr nisa' shbt toqki utk cucu2 toqki:) slmt membaca~

..........................................................


wanita itu ibarat epal.
epal yang tidak berkualiti amat senang diperoleh kerana ia berguguran di tanah..
tetapi, epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncaknya..
susah dipetik..
dan susah digapai..
terkadangkala, epal itu risau..
kenapa diriku belum dipetik????

lantas ia merendahkan martabatnya
dan menggugurkan dirinya
menyembah tanah....
sedangkan
ia sebenarnya..
telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya
hingga tak da siapa yg berani memetiknya..
hanya pemuda yang benar2 hebat sahaja yang mampu memetiknya....

mungkin bukan didunia
tp, di akhirat??
biarlah jodoh bukan di dunia
asalkan cinta Ilahi mengiringi...

susah nak gmbrkan perasaan hati nisa skunk nie... konfius, serabut... guess dat da words dat fit my feelings rite now..
pernah tak anda semua perasan...
lumrahnya, setelah kita meningkat usia remaja, setelah kiter digelar graduan sekolah menengah dan setelah kita menjejakkan kaki kita di alam universiti ataupun kolej, kiter sering dikaitkan dgn istilah bercouple...

seolah2 orang yg bercouple itu adalah seorang yang hebat dan wajar dihebah2kan kpd semua orang dan orang yang x pernah bercouple itu seolah2 seorang yang 'tak laku' n mundur...
kirenyer, cam pelik ar klu seseorang itu x pernah bercouple..
acapkali nisa dikaitkan dgn perkara ini... susah nak elakkan n ubah persepsi masyarakat kita dgn trend ini... seolah2 ia adalah virus yg susah untuk dicari penawar buatnya...

"nisa da ader boyfriend tak?"

oh, tidak.... tidak.... naper tak der org tanyer "nisa da ader husband tak?" ahahhahaa!!! (^_^) melencong da ke maner da nie.. uhuhuh... seriusly, sedih tgk kwn2 yg samer2 ngan kiter turut involve dalam couple2 nie... (dalam masa yg sama, mengingatkan diri ini...)
i don't know wat other people think regarding dis matter... but, for me...
no love b4 marriage... kirenyer, x wujud istilah kapel2 nie sbenarnyer... it is not supposed to be applied in our life...
i'm sori, i'm just giving my opinion..
mybe u hev other opinion, please let me know...



cube tgk baik2 ungkapan di atas.. tentang epal....
perhatikan baik2...
aper yg anda fhm daripada kata2 di atas?...
nisa akui, sedikit sebanyak itulah konflik yg berlaku dalam diri nisa n sumer insan yg digelar wanita... spt yg diperkatakan dalam bait2 kata2 di atas.. tp, tue la..
i believe, dis is wat we can called as mujahadah dgn diri sendiri...
nisa berusaha menjaga hati ini... (ya Allah, bantulah diriku ini untuk menghadapi segala macam ujian dariMu..)

tapi...

sejauh maner orang lain dapat memahami hakikat ini.. hakikat nisa cuber mengelakkan diri nisa dari termasuk dalam golongan yg bercouple... n sejauh maner org lain mempunyai persepsi yg sama seperti kita...
astaghfirullah...
kdg2, nisa juga berasa kecewa dgn sikap sesetgh daripada kita.... yg memahami 'ketidakharusan' perkara ini... ttp, masih juga melakukannya.... (sambil mengingtkan diri ini juga... astaghfirullah.. mudah2an dielakkan... ingtkan diriku andai kuterleka shbt..)


syg2, majuk2 n so on.. i know, it seems so sweet... so romantic.. but... do u agree with me? dat we can tell either we did something wrong or not... kiter bole rase... agree? trust me.. u also can knoe either dat thing is a good thing or not.. trust me..
nisa sendiri, rs x selesa klu kiter wat something yg bertentangn dgn aper yg nisa percaya selama ini...

nisa pelik.... bgimana kita mampu meluahkan perkataan2 yg indah2 dan manis2....
janji2 indah dan memori2 bahagia..
buat insan yg belum pasti menjadi milik kita buat selama2nya??.....

renung2kanlah apa yg nisa perkatakan sebentar tadi....
maafkan andai terlanjur bicara...


kadang2 hati merasa penat mencintai,
jiwa terasa letih menyayangi,
diri terasa malas mengasihi,
perasaan merasa terlalu lama merindui,
telinga merasa sukar memahami,
lidah merasa mahu meluahi..

namun,
adakah insan itu akan memahami??

lantas ku serahkan cintaku kepada yg maha mengerti...

tiada apa yang perlu aku takutkan jika dia milikku...~~


toqki: Alhamdulilah toqki da slmt dr semua fitnah couple ni, skrg tugas besar utk menjaga amanah Allah

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya 2 comments | | edit post
toqki

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih
daripada yang mereka perlukan dan
lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar
anda berbicara dengannya, kerana
kemahiran berbicara antara satu dengan
lain akan menjadi lebih penting apabila
usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang
anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa
yang ada atau tidurlah seberapa lama
yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah
matanya.

KELIMA.
Usah tertawakan impian orang lain.
Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KEENAM.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati
dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda
akan berasa seolah-olah diri anda
tersiksa, tapi percayalah itulah
satu-satunya untuk melengkapkan
kehidupan ini.

KETUJUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat,
bertengkarlah secara aman. Usahlah
menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KELAPAN.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan
peribadi keluarga mereka.



KESEMBILAN.
Berbicaralah dengan tenang dan
berfikirlah dengan pantas.

KESEPULUH.
Apabila seseorang bertanyakan satu
soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah
padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KESEBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan
pencapaian yang besar akan melibatkan
pengorbanan dan risiko yang besar.

KEDUABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila
mendengar seseorang bersin.

KETIGABELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi
kurang ajar.

KEEMPATBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:

1. Rasa hormat pada diri sendiri;

2. Rasa hormat kepada orang lain;

3. Rasa tanggungjawab terhadap semua
tindakan anda



KELIMABELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar
hama merosakkan sebuah persahabatan yang
besar.

KEENAMBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah
melakukan kesalahan, usahlah berlengah
untuk perbetulkan kesalahan itu.

KETUJUHBELAS.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.
Pemanggil akan melihatnya daripada suara
yang mereka dengar.

KELAPANBELAS.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya 0 comments | | edit post
toqki

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "
Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak"

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya 0 comments | | edit post
toqki

Salam....

Alhamdulilah...pertamanya, toqki mohon ampun sbb lama xmenconteng kt toqkizone ni..bila xbuat entri , maka ramailah dh bising kt toqki, bkpelah lama xupdate blog zie?

Bkn xnk update, tapi mmg masa xmengizinkan toqki dari menjogetkan jari jemari toqki..dan automatiklah bila lama xupdate, maka byklah peristiwa2 yg terlepas dan xdpt toqki selitkan dlm blog ni.

Hrmmm..pada kesempatan yg ada ni, toqki minta maaflah pada shbt2 yg xtau bahawa toqki dh bertukar status..Grin Memang ramai juga lah terkejut, bila toqki dh jupe toqwan pilihan si pilihan hati...hihihi.


Bukan xnk maklum, tp klu toqki maklum awal2, tak suprise lah

Ha!!! Bila kawen, maka riuh lah sekampung, semua ckp nk bab kawen..yg xde niat nk kawen pon jd nk kawen juga, yg xpenah mimpi kawen, mlm tu juga mimpi jd sehari:snow20:

Alhamdulilah, majlis pernikahan toqki dan isteri selamat dilangsungkn dgn penuh kesederhanaan serta dibantu sahabat2, pada hari pagi khamis yg hening 4/12/08 di Masjid Soleh Ja'fary .
ucapan jutaan terima kasih pada shbt2 yg membantu melancarkan perjalanan majlis tersebut..'jazakumullah khairan jaza'. :snow15:

After, majlis ituuuuu...Ntah mcmne..maybe kebetulan kot dgn perkahwinan toqki, terbacalah toqki akan artikel oleh us saifulislam berkenaan kahwin di usia muda ni dan pasti anda pon sudah membacanya...hihihi..toqki suka dgn pndpt us saifulislam tu..tp bkn bermakna toqki setuju, dan xbererti toqki juga nk komen pndpt beliauHot

Rasa nk komen juga..tapi bkn posting kali inilah, cuma toqki nk tekankan disini, apa pun tindakan dan keputusan yg kita ambil, perlunya kita pastikan risiko dan ujian yg bakal kita hadapi.
Toqki suka dgn pandangan us fahmi ex-naqib toqki, jgn jadikan sesuatu keadaan atau perkara itu halangan serta alasan utk kita terus kedepan, pucuk pangkal 'NAK SERIBU DAYA, XNAK SERIBU DALIH'

'Jangan Biarkan anda dipengaruhi Suasana,
Tapi Biarlah anda yg mempengaruhi Suasana'

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

salam..

Maaf lama xupdate blog, bkn malas..tp xsempat nk online langsng@tongue
yela busy la kununnye..bersiap nk blk mesir.beli itu, beli ini, bungkus itu dan ini..
akhirnye masa utk bersama blog tcinta terabai bak kata pepatah hidup segan, mati xmau..btol ke?Photobucket
Oleh yg demikian, toqki menyempatkan jugalah update blog ni...walaupun dah mcm2 peristiwa
menarik yg blh dkongsi, tp xdpt dkongsi:snow32:

(di bahrain)

Alhamdulilah..slmt smpi jgek toqki dan anas adik toqki ke bumi kinanah mesir. Bumi mesir xde yg berubah, tp org di mesir ade yg berubah..samada berlaku perubahan pada fizikal maupun mental.dua2 adePhotobucket


Byk bende benarnye toqki nk kongsi, tapi rasa mcm xsempat nk isi hari ni.. mngkin lain waktu toqki sertakan cerita yg blh dkongsi pd lain hari (cerita xblh kongsi, biarlah rahsia.) ..lg pon kemudahan tenet dh mudah skrg ni, xperlu ke cc.Dunia dhujung jari kaki andaPhotobucket

toqki: rindu ummy dan ayah

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki


Aduss, mak eii..pening toqki:snow33: ape kejadahnya mamat sekor ni dpt gelaran datuk

apalah jasa mamat ni, smpi dpt gelaran datuk, penin..penin...Sick teramatlah tdk paham makhluk mcm shah rukh khan ni, yg xde ape jasa pada bangsa, negara apatah lg agama!!! blh dpt pingat.

Kt luar tu berlambak, berlana , rakyat malaysia yg berjasa berhak dpt pingat..drpd beri pingat ke 'kakah' ni , lbh baik bg toqki@sinchan

toqki: makin xpaham dgn kerajaan Malaysia lening(skrg)

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

"Abang, minta izin untuk nikah seorang
lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu.

Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di
dalam TV, sementelah TV juga

dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV
sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan
Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf
Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju

ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,

mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa puterinya

kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian

beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik
putera bujangnya yang berdua, si

kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,

membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga

hampir 16tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang

bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis

genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya

benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku
rasa kau mampu untuk beri makan

2 keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah

apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang

ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin

Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya
punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
seusai

solat subuh, cepat-cepat dia bersiap
untuk ke pejabat. Tidak seperti

kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar

menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan
permintaan abang. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,"

Lembut dan tenang sayup-sayup suara
isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan

seorang yang panas baran. Aliyah
terlalu sempurna, baik tetapi ahh

hatinya kini sedang mengilai wanita
yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,

boleh?" pelik benar permintaan
isterinya. Hendak dipengapakan apakah

buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia

yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah

isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya.

Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang

ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang

disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah

cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah

sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman

daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri abang," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut
dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. abang dah lama hidup

dengannya. abang faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa

dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama

membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak

membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia

merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana

Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia
menghantar Qistina untuk ditemuduga

oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta
oleh Aliyah bermunajat di masjid

Putra. Di masjid itu, hatinya benar-
benar terusik. Sekian lamanya dia

tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama

dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian

menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu

adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman

Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan

tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia

cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung

Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan

Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

buzz buzz... sms menjengah masuk
ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan
terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis

tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya untuk

bersama abang,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.



Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...



Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir

saiz

dengan A4 itu dibuka perlahan.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa

mengiringi jejak langkahmu.



abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima

kasih kerana abang membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu

cantik.

Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah

yang

sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran

zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang.
Aliyah tak sanggup abang diheret ke

neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih

belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi abang nak

menggalas dosa orang lain. Aliyah
sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah

lagi

western food. Tapi, Aliyah sayangkan
abang. Aliyah tahu selera abang hanya

pada lauk pauk kampung. Tapi tak
tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera

abang sudah berubah. Tapi, Aliyah
masih ingat lagi, masa kita sekeluarga

singgah di sebuah restoran western
food, abang muntahkan semua makanan

western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah

mereka. kasihan nanti, tak makan lah
pula anak-anak kita. Aliyah

sayangkan

abang...

3. aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.

Aliyah

minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia
akan menjadi ibu pada zuriat abang

yang lahir, jadinya Aliyah harapkan
dia mampu untuk mengajar anak-anak

abang nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia

sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan abang...



abang yang disayangi,

cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah

tak terdaya. abang lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, abang

mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan abang

mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.



abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah

tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.Jika

munajat

abang di Masjid Putra mengiayakan
tindakan abang ini, ambillah borang
ini,

isi dan pergilah kepada Qistina. Oh
ya, lupa nak cakap, Qistina telah

berada di sawarak. Menunggu
abang...Aliyah sayangkan abang...



Tetapi jika abang merasakan Qistina
masih belum cukup hebat untuk

dijadikan

isteri abang, pergilah cari wanita
yang setanding dengan Aliyah... Aliyah

sayangkan abang.



Tetapi, jika abang merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk abang..

tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang,

roti canai..air tangan Aliyah.



Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery



Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah

bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!



Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!!!!"

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU