toqki


bismillahirrahmanirrahim..

salam..

Hidup kita ibarat subjek matematik (calculus??) iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

amalan yang baik hendaklah ditambahkan,
segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan,
pahala amalan hendaklah digandakan
dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna
agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.


Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa bahagia`` - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj.


Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata,
kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri,
semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak..


Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.


Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh,
tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan menuju kekalahan.

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.


http://puteribonda-anis.blogspot.com/

Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya | edit post
0 Responses

Post a Comment