Salam
BismillahirRahmanirRahim
Semalam toqki ada melawat portal ukhwah, dan ada sahabat yg membuat posting berkenaan sejarah runtuhnya kerajaan Islam Uthmaniyah Turki. Apabila mengamati serta menghayati penulisan beliau, toqki begitu tertarik dengan sebuah organisasi yang dapat meyempurnakan misi mereka dgn jayanya. Hebat perancangan mereka sehinggakan berlakunya era fitnah yg mengerunkan, mengerikan sesiapa pun yg wujud pada zaman tersebut. So, toqki paste kan tulisan beliau disini ,
……………………………………………………………………….
Perancangan jahat Freemasonry bermula pada tahun 1860M apabila Pemuda Turki ditubuhkan.
Pada zaman Khalifah Abdul Majid 1(1939-1861M)
- Pada zaman baginda, Turki telah diserang oleh gerakan pembaratan Turki.
- Baginda telah melakukan perubahan buat kali pertama ke atas pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyah dengan mewujudkan Dewan Menteri. Akibat penubuhan inilah yang menjadikan jawatan Khalifah menjadi jawatan boneka kerana pentadbiran negara telah dikuasai oleh menteri kabinet dan Khalifah sendiri.
-Sebahagian besar anggota Dewan Menteri itu memang berbangsa Turki tetapi menjadi ahli Freemasonary yang sangat menagungkan Barat.
Pada zaman Khalifah Abdul Aziz(1861-1876M)
-Pemuda Turki yang menjadi ahli Freemasonary telah menuntut pemerintahan demokrasi berparlimen-satu cara desakan politik untuk memusnahkan institusi Khalifah bermula dengan memasukkan jarum istilah pembaratan politik melalui demokrasi.
-Untuk menjayakan cita-cita tersebut, Pemuda Turki terlebih dahulu mencari pengaruh daripada golongon ulama dan tentera.
Kejayaan mereka telah mencapai matlamat dengan cara:-
a)berjaya mempengaruhi Khalifah dengan memecat Ketua Menteri Muhammad Nadim (pro-Khalifah) bagi mengantikan dengan Rusydi Basya dan Mufti Hassan Fahmi Afendi untuk digantikan dengan khairullah Affendi.
b)Apa yang menyedihkan pada masa itu, Pemuda Turki telah berjaya mempengaruhi sokongon ulama (ulama dunialah) sehingga mereka telah mengeluarkan fatwa bahawa pemerintahan bentuk baru itu adalah arahan Allah yang termaktub dalam Al-Quran.
c)Dewan Menteri bersidang untuk menjatuhkan Khalifah termasuklah Mufti yang dilantik oleh mereka. (Ulama dunia lagi)
d)Khalifah digulingkan setelah baginda dikepung pada waktu malam, dan Pemuda Turki membunuh baginda selepas empat hari peristiwa tersebut.
d)Untuk tidak menunjukkan perbuatan itu adalah angkara puak-puak Pemuda Turki itu, maka mereka mengatakan yang Sultan ini meletak jawatan dan pelbagai fitnah lagi.
Pada zaman Khalifah Murad V(1876M)
-Masalahnya….. Khalifah ini mempunyai hubungan yang baik dengan Britain akhirnya termasuk perangkap.
-Perangkapnya menjadi ahli Freemasonary. (Pengajaran: Ada dalam Al-Quran yang mengatakan larangan Allah Taala secara keras untuk bersahabat dengan musuh-musuh Islam) Wallahualam.
-Namun baginda hanya sempat memerintah Turki selama 93 hari kerana sakit jiwa akibat tekanan Pemuda Turki yang menguasai Turki pada masa itu dan pernah melihat Khalifah Abdul Aziz dibunuh. (Semoga diampunkan dosa olah Allah Taala)
Pada zaman Khalifah Abdul Hamid 11(18-76-1909M)
-Banyak yang kita dengar keburukan Khalifah-khalifah yang telah direka oleh musuh-musuh Islam terutama Khalifah ini, tetapi Khalifah inilah yang paling banyak sumbangannya untuk menyelamatkan ummah Islam pada masa itu, - iaitu:-
a)Sultan Hamid bersetuju dengan syarat Pemuda Turki untuk melaksanakan pemerintahan secara demokrasi sebagai helah bagi meneruskan kelangsungan Kerajaan Khalifah sehingga 30 tahun.
b)Mendapat sokongan semula daripada golongan ulama.
c)Baginda memastikan undang-undang negara bertepatan dengan undang-undang Islam.
d)Mengeluarkan undang-undang asas negara yang mengandungi 119 fasal bagi menjamin keamana sejagat. Qanun ini juga mewajibkan pendidikan bagi semua rakyat dan pemeritahan negara berdasarkan syura.
e)Menyelesaikan perbalahan gol.minoriti Kristian di Bosnia Hezergovina, dan menganggap pertumbahan darah antara mereka berpunca daripada masalah keluarga.
f)Menubuhkan Majlis Umum (parlimen) yang disertai oleh anggota yang dilantik oleh sultan dan anggota yang dilantik oleh rakyat.
pergi) Sumbangan yang paling terbesar sekali, keengganan baginda untuk memberi tanah Palestin kepada Theodore Hertzl ketika itu, walaupun baginda tahu apa akibat pada dirinya nanti.
Akhirnya, kesudahan sudah dijangka…..
Oleh kerana tersangat besarnya pengaruh kuasa Freemasonary ke atas Kerajaan Turki Sultan Hamid ke 11 digulingkan atas keengganan Sultan sendiri untuk menukar perundangan Islam kepada perlembagaan Barat berasaskan demokrasi berparlimen yang dinamakan perlembagaan Baljiki (perlembagaan negara Turkilah)..
Pada masa itu fitnah amat dasyhat, sehingga berlaku huru-hara, tunjuk perasaan termasuklah imam-imam sekali. (Ulama dunia lagi…..)
Akhirnya Sultan Hamid ke 11 digulingkan dan tanda sebagai penghinaan kepada baginda:-
-baginda telah dibuang ke Salunik dan dipaksa tinggal di istana milik Yahudi dipanggil Alatini.
-dirampas segala harta baginda hatta duit tangan perbelanjaan baginda sendiri.(Cara Yahudi untuk menghina Khalifah supaya menjadi miskin)
-dikawal secara rapi dan tidak bebas untuk berinteraksi dengan orang lain.
-diugut bunuh, makian, cercaaan, dan hinaan bersilih ganti. Maklumlah.. dibuang di kawasan Yahudi.
Untuk pengetahun ahli-ahli forum, Sultan Hamid ke 11 adalah seorang yang berkeperibadian mulia, Mahir dalam bahasa Arab, sangat meminati syair, menjaga solat 5 waktu, budi pekerti yang tinggi dan mengharamkan dirinya minum arak, majlis tari-menari ketika pada masa itu suasana istana dah rosak teruk dengan pengaruh Barat. (Hadis :-Islam bermula dalam keadaan asing dan kembali menjadi asing sebagaimana ianya bermula. Maka sungguh berbahagialah orang-orang asing itu”).
Akhirnya pada tahun 1918M, baginda meninggal pada usia 76 tahun. (Semoga Allah Taala memasukkan baginda ke dalam golongon beruntung. Terlalu sukar untuk mencari raja yang benar-benar berjuang di kala saat fitnah berleluasa).
Selepas itu ada lagi beberapa sultan, tetapi kebanyakannya lemah, tiada sehebat Sultan Hamid ke 11. Akhirnya tibalah sejarah hitam bagi Kerajaan Khalifah apabila dengan rasminya 1924 Khilafah Islamiyah dihapuskan.
……………………………………………….
to’ki:
Setelah toqki baca posting beliau, toqki tertanya-tanya siapakah mereka?? (freemasonry) dimanakah asal usul mereka?? Apa masalah diorg sehinggakan berhasrat utk meruntuhkan kerajaan Islam?? Apa salah kita pada mereka??? toqki mmg xtau pun nama gerakan itu sblm ini..( masih jahil lg toqki ni)
Atas kesedaran ingin tahu siapakah mereka, toqki search la perkataan FREEMASONRY ni kt google..hasil pencarian toqki , inilah yg dpt dikongsi serba sedikit sejarah , asal usul organisasi berkenaan gerakan jahat ini. Wallahu'alam
……………………………………..
Freemasonry adalah organisasi Yahudi Antarabangsa, sekaligus merupakan gerakkan rahsia paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia. Freemasonry terdiri dari dua kata yang di satukan. Free ertinya bebas atau merdeka, sedangkan Mason adalah juru bangun atau pembangun. Tujuan utama gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.
Tentang Haikal Sulaiman atau Solomon Temple ini sendiri banyak sumber yang mendefinisikannya. Salah satu tafsir yang paling popular adalah, Haikal Sulaiman berada di tanah yang kini di atasnya terdirinya Masjidil Aqsha.
Mereka mempercayai, tahun 1012 Sebelum Masehi (SM), Nabi Sulaiman membangun Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestina. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilonia menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Tahun 533 SM, bangunan ini didirikan kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilion. Atas pembebasannya itulah, dia membangun semula Haikal Sulaiman.
Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Romawi menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kemusnahan dan kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula saat kekuasaan Muslim, kononnya Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsha pada abad ke-7.
Tapi tafsir lain tentang hal ini juga mengatakan Haikal Sulaiman juga sebagai wilayah kekuasaan yang luas. Bahkan lebih luas hingga wilayah Khaibar, ketika kaum Yahudi diusir pada zaman Rasulullah s.a.q. Oleh kerana itu, mereka meyakini harus menguasai seluruh dunia, bahkan hingga ke tanah Khaibar, tempat mereka terusir dahulu karena penghianatanya adalah Rasulullah s.a.w dan piagam Madinah.
Dan untuk itulah mereka bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasaannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasaan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk meluaskan kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama wahyu, Kristian dan Islam.
Sebelum kaum muslimin sedar tentang bahaya gerakan Freemason, perlawanan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Perlawanan gereja Katholik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasinya tempat berkumpul kaum anti-agama. Dalam sebuah artikel berjudul The Earlier Period Of Freemasonry yang di Mimar Sinan, turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para anggota Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh pertarungan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak awal berdirinya, Fremason telah menyokong kebebasan beragama, sama persis dengan yang terjadi belakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.
Freemason berdiri di Inggris secara resmi pada tahun 1717. Tapi tampaknya, sebelum tahun itu pun, Freemasonry telah aktif. Bahkan sejak abad sebelumnya. Tahun 1641, seorang keluarga kerajaan Inggris, Robert Moray tercatat sebagai anggota cabang Freemason di Edinburg, tepatnya 20 Mei 1641. nama lain yang juga tercatat sebagai anggota Freemason sebelum tahun 1717 adalah Elias Ashmole tercatat sebagai anggota Freemasonry di Lanchasire pada 16 Oktober 1646. Dan ia juga salah seorang dari royal family atau keluarga kerajaan.
Dari catatan di atas, sebenarnya tahun 1717 hanya tahun pemantapan dari tahap-tahap yang telah dilakukan oleh gerakan Freemson. Tahun ini dijadikan sebagai tahun ekspansi untuk melakukan dan meledakkan pengaruh mereka di seluruh dunia.
Tahun 1717 ini dijadikan sebagai tonggak bagi Freemason unuk memulai perangnya yang bakal menjadi sangat panjang kepada umat beragama dan kepada agama itu sendiri. Seorang ketua paderi protestan di London yang bernama Anderson dan berdarah Yahudi menjadi motor penggeraknya pada 24 Juni 1717. Pada momentum inilah Freemason mendirikan Grand Lodge of England dengan menggabungkan empat lodge menjadi satu.
Banyak sumber Freemason menjelaskan bahawa sejarah wujudnya gerakan ini hingga ke masa Ordo Knight of Templar saat perang Salib di Yerusalem, Palestin. Saat Paus Urbanus II, tahun 1095, usai Konsili Clermont menyeru agar Perang Suci atau Crusade dan memobilisasi penganut kristian di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Yerusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Paus Urbanus II membakar emosi massa dengan cara menyebarkan berita palsu serta mengatakan penganut Kristian di Palestin telah dibunuh dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Ia juga membakar kemarahan penganut Kristian dengan mengatakan bahwa kaum kafir (Muslim Turki, pen.) sedang menguasai makam Yesus Kristus.
Paus UrbanusII menyeru agar seluruh pertikaian yang terjadi selama ini antara pemeluk dan Kristian harus diakhiri, kerana ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam dan kaum Muslimin. Ia juga diangan-angankan dgn balasan syurga, bahawa siapa yang berangkat ke medan perang akan dibebaskan dari seluruh dosa dan di jamin akan mendapat syurga. Hasilnya, ribuan penganut Kristian berangkat menuju Palestin dengan penuh kemarahan. Dan setibanya di sana, terjadilah petempuran besar-besaran ke atas penduduk Yerussalem dan Palestin.
Selama dua hari penyerbuaan terjadi petempuran yang tak bisa diterima akal sihat dan perikemanusiaan. Sebanyak 40.000 penduduk Palestin terbunuh. Beberapa sejarawan menggambarkan, saat itu darah melimpah-limpah di tanah Yerusalem. Ada yang menyebut darah yg begitu byk sehingga setinggi mata kaki, bahkan ada yang menggambarkan darah yg terlalu byk sehingga lutut manusia dewasa. Tentera berperang dimotivasikan dgn ganjaran emas dan permata, dan ramai juga tentera Prancis membelah perut korban-korban mereka.
Setelah menguasai tanah Palestin, pasukan Salib mula mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam ordo-ordo tertentu. Para anggota ordo ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara militer di dalam biara tersebut. Dan satu dari sekian ordo yang sangat masyhur namanya adalah Ordo Knight of Templar.
Versi yang lebih tua dari sejarah Freemason adalah kisah yang menyebutkan pembentukkan Freemasonry pada zaman Raja Israel, Herodes Agripa I yang meninggal pada tahun 44 Masehi. Freemason pada zaman ini dibentuk untuk membendung ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi Isa as. yg kononnya waktu itu dinamakan The Secret Power atau kekutan yang Tersembunyi.
Tujuan utamanya adalah memusuhi pengikut Nabi Isa, menculik mereka, membunuh, melarang penyebaran agama baru tersebut, termasuk membunuh bayi-bayi Kristian. Tapi, berkenaan dengan segala kebiadapan yang dilakukan Herodes ini, para sejarawan dunia, mengatakan bahawa hal tersebut hanyalah mitos belaka dalam tradisi agama Kristian. Herodes Agripa I menjalankan segala misi The Secret Power ini dibantu dua pengikut setianya, Heram Abioud sebagai Wakil Presiden gerakan dan Moab Leumi sebagai pemegang rahsia utama gerakan ini. Tapi beberapa anggota Freemason juga mempercayai sejarah mereka pada zaman lalu, bahkan hingga ke zaman Fir’aun. Itu pula yang menjadi salah satu penjelasan mengapa mereka kerap kali menggunakan simbol-simbol Mesir Kuno dalam tradisi dan aktiviti ritual mereka, seperti penggunaan Dewa Horus, Piramid, Matahari dan pelbagai simbol Mesir lainnya. Penggunaan ini bermula dari penggalian Kuil Sulaiman oleh para Templa dan penemuaan doktrin dan ajaran Kabbalah yang terus-menerus di eksplorasi dan diajarkan dari mulut ke mulut. Penggalian ini begitu serius mereka lakukan sehingga kelak akan mempengaruhi cara pandang kaum Templar dan juga rancangan mereka pada kehidupan dunia.
Bahkan yang cukup mengejutkan adalah, dalam manuskrip-manuskrip kuno Mason dikatakan, orang pertama Mason adalah Adam! Kejadian itu berawal ketika Adam dan Hawa memakan daun dari pohon terlarang di taman syurga. Daun yang disebut sebagai daun pengetahuan, dan disebabkan itulah Allah melarang mereka memakannya. Dr.Albert Mackei, seorang anggota Mason dengan tingkatan 33 derajat dalam Encyclopedia of Freemasonry mencatatkan, daun pengetahuan itu kelak diturunkan pada dua anak Adam dan Hawa, Seth dan Nimrod dengan kisah The Tower of Babel. Kedua-dua anak ini pula menyusun bahasa untuk ilmu pengetahuan yang akan dipeturunkan kepada umat manusia.
Bahkan menurut Talmud kitab pegangan kaum yahudi, syaitan adalah keturunan dari Nabi Adam dan Hawa. Setelah Nabi Adam diusir dari syurga, ia enggan menggauli istrinya, Hawa. Dan pada saat itulah, dua ekor syaitan betina mendatanggi Nabi Adam dan digauli keduanya oleh Nabi Adam. Dalam Talmud disebutkan,Nabi Adam menggauli syaitan itu dan mendapat anak perempuan bernama Lelet. Begitu juga dengan Hawa selama ditinggalkan Nabi Adam, Hawa juga digauli oleh syaitan jantan dan melahirkan banyak anak syaitan.
Inilah fahaman2 yg menyesatkan dan menjengkelkan bg kita umat Islam. Tetapi dgn fahaman dan kepercayaan inilah mereka berjuang bermati-matian untuk merealisasikan matlamat dan tujuan mereka.
Tapi, persoalannya…pekakah kita? Caknakah kita? Prihatinkah kita? Dimanakah kita ketika ini?
To’ki: tepuk dada, tanya iman…