sape nak ikut?
Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.
Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.
Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan dan bapa saudara Saiful, ‘Uncle Pet.’
Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara ‘bermubahalah’ dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.
“Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.”
Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful telah bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.
Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.
Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.
Kes itu akan disebut semula pada 10 September dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Majlis Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.
Tinjauan mendapati sebelum itu Saiful melakukan sumpah, pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar tadi setelah diberitahu upacara sumpah ‘mubahalah’ akan dilakukan oleh Saiful.
Dalam pukul 5.30 petang tadi, lebih kurang 30 wartawan cuba menyelinap masuk ke dalam Masjid Wilayah Persekutuan untuk melihat apa yang berlaku tetapi telah dihalau oleh pihak keselamatan pada mulanya.
Apabila ditanya kenapa wartawan dihalau, pihak keselamatan berkata itu, adalah arahan pihak atasan.
Bagaimanapun, pihak wartawan berjaya juga memasuki masjid itu.
Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu masuk masjid sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna unggu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.
Difahamkan, Saiful telah ‘disorokkan’ di salah sebuah bilik dalam masjid itu.
Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama ‘Uncle Pet’ sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil ‘wudhu.’
Sejurus selepas itu, Uncle Pat memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.
“Dia kat dalam…,” kata Uncle Pat tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.
Teruskan bacaan anda..bln ramadhan yg ku nanti....
bln ramadhan...
sedar kah mereka ramadhan kan menjelma??
Ramdhan...
bulan yg dirindu
para solihin, mutaqqin...
Di mana kita sekarang???
to'ki: hairan dgn manusia, lupakah mereka ramadhan makin hampir??
Penyokong Barisan Nasional (BN) dan PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebarang Perai yakin calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai peluang 50-50 untuk menang dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 20 Ogos depan.
Arif Shah juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dimenanginya dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lalu.
Rahmat Pawanteh atau yang lebih dikenali sebagai Pak Rahmat, 58, meramalkan kedua-dua calon mempunyai peluang sama rata untuk menang.
"Sama-sama ada peluang untuk menang," katanya ketika ditemui di pondok membaiki kasut di hadapan Masjid Sembilang petang semalam.
Menurut Pak Rahmat, calon BN, Arif Shah, adalah calon yang boleh diterima oleh kawan dan lawan.
"Beliau bercampur dengan semua orang dalam masyarakat, seorang yang ramah dan mesra," katanya.
Menurut beliau lagi, Arif Shah juga seorang calon yang 'hemoi' dan dan BN memerlukan lebih ramai calon sepert Arif Shah kerana ketokohan beliau dalam masyarakat.
Peluang cerah
Rahmat juga menjelaskan Arif adalah seorang yang mesra rakyat dan selalu bertemu penduduk di masjid tersebut dan memenuhi undangan ke majlis kenduri kendara.
Sementara itu, lima orang pemuda termasuk pemilik kedai kasut di pondok berkenaan, turut mengiakan apa yang dinyatakan oleh Pak Rahmat tentang Arif Shah.
Masjid Sembilang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, di sebelah lebuhraya Butterworth-Kulim.
Berdekatan masjid tersebut terdapat deretan rumai kedai, tempat kediaman dan rumah pangsa.
Pak Rahmat berkata, penduduk di Jalan Sembilang yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India, rata-ratanya bekerja sebagai peniaga, bekerja sendiri atau pegawai kerajaan.
Ketika ditanya mengenai peluang penasihat PKR itu, Pak Rahmat berkata:
"Dia (Anwar) tolong orang Melayu. Dia tolong beri rumah kepada penduduk ketika menjawat jawatan menteri belia dan sukan pada tahun 80-an."
Beliau yang juga bekas pesara penjawat awam, yang pernah berkhidmat di jabatan kerajaan selama 30 tahun, menetap di situ sejak tahun 80-an lagi.
Pilihan tepat
Lelaki separuh abad itu, menjelaskan bahawa mereka akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sebarang Jaya, yang terletak 50 meter dari masjid berkenaan.
Bersebelahan masjid tersebut, terdapat pondok panas PKR. Kelihatan penyokong PKR telah menaikkan bendera parti itu di sekitar kawasan perumahan di situ.
Bilik Gerakan BN, cawangan Klaster Jalan Sembilang, pula terletak selang beberapa lot kedai dari pondok panas PKR.
Sementara itu, seorang pembantu peniaga yang dikenali sebagai 'Osman', 60, meramalkan calon BN, Arif Shah boleh menang dalam pilihanrya kecil Parlimen Pematang Pauh.
"Dia (Arif) mesra dengan masyarakat setempat dan diterima oleh penduduk Jalan Sembilang," katanya ketika ditemui di premis majikannya di hadapan sebuah sekolah menengah di situ.
Beliau menyifatkan pemilihan Arif Shah sebagai calon BN sebagai 'pilihan yang tepat dan kena pada tempatnya' untuk menentang Anwar.
"Kalau nak minta bantuan kepadanya, senang dan tanpa tangguh-tangguh," katanya.
Osman menjelaskan, sekiranya berlaku kebakaran atau banjir, Arif Shah turun padang membantu mangsa.
Tak kira parti politik
Tambahnya, Arif Shah adalah seorang yang berjiwa rakyat, tidak berkira dan selalu bertanyakan khabar dan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
"Dia tidak pentingkan diri sendiri, dia berkawan dengan sesiapapun, termasuk semua bangsa, tak kira parti politik," katanya.
Osman menyifatkan Arif sebagai seorang yang peramah dan selalu menegur penduduk di situ walaupun berada di tepi jalan.
"Payahlah nak cari orang macam dia. Dihormati dan disegani kawan dan lawan," katanya.
Sementara itu, Malaysiakini mendapatkan reaksi seorang pemuda yang dikenali 'Alam Shah', 37, yang berkerja sendiri.
Katanya, beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos nanti.
Bagaimanapun, beliau yang berasal dari Kemunting, telah menetap di Seberang Jaya dan pernah bekerja sebagai pemandu lori.
Tangani masalah rakyat
"Yang penting pemimpin itu mestilah amanah, jujur dan menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai panduan," katanya sewaktu makan laksa di sebuah gerai di Bandar Sunway, Seberang Jaya.
Menurutnya, pemimpin hendaklah mementingkan keadilan dan membantu orang yang susah, miskin dan menangani masalah rakyat.
Katanya, beliau tidak suka orang Melayu bergaduh sesama sendiri.
Di Taman Siakap, yang berhadapan dengan Masjid Jamek Seberang Jaya, Malaysiakini mendapati bendera PKR banyak dinaikkan di tepi jalan.
Pondok-pondok panas kedua-dua parti turut kelihatan sepanjang jalan menuju ke arah Bandar Sunway.
Masjid Jamek Seberang Jaya terletak bersebelahan lebuhraya Utara-Selatan yang menghala ke utara.
Seorang penduduk di taman tersebut yang dikenali sebagai Pak Man, 65, begitu optimis bahawa Anwar akan menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.
'Hari bekerja'
"Parlimen Permatang Pauh tetap milik Anwar," katanya ketika ditemui di gerai di sebuah pasar malam di taman tersebut.
Beliau menjelaskan kemenangan Arif Shah sebagai Adun Seberang Jaya tidak menggambar bahawa beliau akan menang di peringkat Parlimen.
"Menang di peringkat negeri (DUN) tidak semestinya menang di (peringkat) parlimen,"katanya.
Sementara itu, penduduk taman itu yang dikenali 'Mohamad' juga yakin Anwar Ibrahim menang dalam pillihanraya kecil Permatang Pauh.
"Cuma saya bimbang, hari pengundian jatuh pada hari bekerja," katanya.
Beliau memberi reaksi demikian kerana ramai penduduk di Seberang Jaya, berkerja di sebelah pulau.
Beliau bimbang ada di kalangan pengundi yang berada dalam zon selesa, menyebabkan orang tidak keluar mengundi (pergi berkerja), setelah PKR menang dalam majoriti yang banyak dalam pilihanraya umum ke 12, Mac lalu.
Ditanya mengenai kebolehan calon BN, Arif Shah, yang mampu berbahasa Mandarin untuk menarik pengundi kaun Cina, beliau berkata:
"Faktor bahasa tidak membantu dan tidak memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan."
Perang bendera
Beliau percaya pengundi Cina dan India tidak akan termakan dengan kempen BN, walaupun Arif Shah mampu berbahasa Mandarin.
Seorang lelaki berketurunan Cina di Taman Siakap, tetap yakin Anwar akan menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.
"Minyak turun, harga barang pun turun," katanya
Tinjauan Malaysiakini pagi tadi di Pekan Permatang Pauh, mendapati perang bendera antara kedua belah parti sudah bermula.
Di kiri-kanan jalan menuju ke pekan tersebut, kelihatan kedua-dua parti telah memasang bendera masing-masing.
Di Bandar Sunway, Seberang Jaya, masih tidak banyak bendera kedua-dua parti dipasang di kawasan itu.
Setakat hari ini, cuma terdapat tiga tempat bendera BN dinaikkan - bertentangan Safira Country Club dan Taman Burung Pulau Pinang, di persimpangan jalan antara Hotel Sunway dan pejabat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan di sepanjang jalan berhampiran tempat letak kereta di pusat membeli belah Sunway Carnival.
sumber : malaysiakini
Salam...
Sebut berkenaan mimpi teringat to'ki akan bermacam2 soalan yg diajukan oleh sorg jiran to'ki ttg mimpi...mimpi inilah itulah, mcm2 lah.Sememangnya, tidak siapa pun akan terlepas dari nikmat atau ngeri mimpi..Samada kecil, muda, tua semua pernah mengalami fenomena ini.
Dan, bila sentuh berkenaan mimpi, pasti ramai yg ingin tahu apa tafsiran mimpi yg mereka alami,
Imam Ibn Sirin, dalam bukunya Tafsir Al-Ahlam al-Kabier, berkata:
“Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Adakala, mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku.” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya. Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.
Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenarannya. Mimpi diakui ada dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwil, mentakbir atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.”
Tafsir mimpi menurut pendapat Barat pula telah diamalkan sejak zaman Babylon beribu-ribu tahun yang lalu. Aflatun, Aristu, Cicero, kitab Injil, Shakespeare, Goethe dan Napoleon percaya bahawa mimpi ada tafsirannya. Manusia sudah mentafsirkan lambang dalam mimpi menurut tamadun dan masyarakatnya. Tiada apa pun yang muncul dalam mimpi secara kebetulan.
Hakikat Mimpi dalam Al-Quran dan Al-Sunnah :
Allah swt berfirman dalam surah al-fath Maksudnya : Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya bahwa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat .? ( Al-Fath : 27)
Dalam sebuah hadith Nabi saw telah bersabda ,
Maksudnya : Mimpi yang benar dari Allah dan mimpi yang buruk dari syaitan ( HR Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam hadith yang berasingan nabi bersabda :
Maksudnya : Mimpi yang benar dari Allah dan mimpi yang buruk dari syaitan , maka apabila kamu melihat yang buruk maka hendaklah mengucapkan ‘A’uzubillah… dan berludah secara isyarat ke sebelah kiri kerana ia tak akan memudharatkan kamu !( HR Al-Bukhari dan Muslim )
Mimpi terbahagi kpd
Tiga Jenis Mimpi
1. Mimpi jasmaniah. Mimpi ini juga dipanggil mainan tidur . Ia sebenarnya adalah tidak penting dan disebabkan oleh fikiran yang kacau, demam, ramuan ubat, dadah dan penyakit. Mimpi ini tiada ramalannya.
2. Mimpi subjektif yang berdasarkan pandangan sendiri. Mimpi ini penuh dengan pelbagai pertanyaan. Walau bagaimanapun, makna sebenar mimpi itu tersembunyi di sebaliknya dan berkiasan. Mimpi ini yang telah dilalui oleh Aziz Misr ( pemimpin Mesir ) yang menyebabkannya bertanya pada Nabi Yusuf as.
3. Mimpi rohaniah. Mimpi ini dijalani oleh roh sendiri. Mimpi ini adalah seperti yang dilalui Abdullah bin Salam ra yang memasuki Islam selepas meyakini kebenarannya.
To'ki nasihatkan ,jangan anda khuatir jika anda bermimpi ngeri. Mimpi-mimpi sebegitu biasanya hanya membesar-besarkan situasi yang anda sedang alami atau sesuatu kejadian yang akan berlaku. Mimpi ngeri biasanya mencerminkan sesuatu yang berkaitan dengan situasi pada masa lampau, sekarang atau masa akan datang kejadian tersebut akan terjadi.
Sejauh Mana Kita Boleh Mempercayai Mimpi
Al-Quran menerangkan bahwa sebagian mimpi itu memang ada yang bermakna dan memiliki nilai informasi. Meski tidak semua mimpi seperti itu. Mimpi yang memiliki makna dan bernilai informasi hanya bisa dibaca atau diterjemahkan oleh mereka yang memiliki ilmu tersebut.
Diantara mereka yang secara pasti dan tegas diberi ilmu seperti itu adalah Nabi Yusuf as. Tercatat dalam Al-Quran Nabi Yusuf mentakwilkan mimpi. Yang pertama mimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan bersujud kepadanya. Dan yang kedua adalah mimpi sang Raja.
Allah SWT berfirman: Ketika Yusuf berkata kepada ayahnya:
"Wahai ayahku , sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku. Ayahnya berkata: "Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya ni'mat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan ni'mat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Yusuf : 4-6)
Dan seterusnya tatkala beliau diminta menjelaskan tentang mimpi raja.
Firman Allah swt dalam surah yang sama ayat 43-49 maksudnya :
Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: "Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi".
Mereka menjawab:
"Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu".Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: "Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) ".
(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya".Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
Mimpi sebagai metode pemberian wahyu dan syariat.
Sebagian dari mimpi merupakan wahyu dan pensyariatan suatu hukum. Namun itu terbatas pada para Nabi dan Rasul saja. Sedangkan manusia biasa sama sekali tidak dibolehkan mengaku mendapat perintah dari Allah melalui mimpi.
Firman Allah dalam surah al-Saffat ayat 102 :
Maka tatkala anak itu sampai berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata:
"Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".?( Al-Saaffaat : 102).
Mimpi Sebagai Suatu anugerah Buat Orang-orang Yang Salih orang-orang shalih
Orang-orang yang shalih selalu diilhamkan informasi berita dari Allah tentang peristiwa yang akan terjadi. Namun sifatnya sebagai isyarat saja dan bukan informasi yang detail. Lagi pula tidak dibenarkan mimpi mendapat perintah bentuk ibadah tertentu dari Allah, karena Islam ini sudah lengkap semenjak Rasulullah SAW wafat 1400 tahun yang lalu.
Firman Allah dalam surah al-ma`idah ayat ke 3:
maksudnya : Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.
Dalam hadith yang sahih Nabi bersabda:
Maksudnya : Apabila berakhir kenabian , maka tiada lagi al-Mubassyirat, lalu mereka bertanya apakah itu al-Mubassyirat , jawab baginda : Mimpi yang baik ! ( HR Al-Bukhari dan Muslim )
Sabda baginda lagi :
Maksudnya : Sesiapa yang melihatku dlam mimpinya maka dia akan melihatku secara hidup , kerana syaitan tidak akan menyerupaiku , dan mimpi mukmin merupakan satu dari 46 bahagian wahyu !(HR Al-Bukhari dan Muslim )
Mimpi terbagi dua:
mimpi yang benar dan yang batil.
Mimpi yang benar ialah yang dialami manusia tatkala kondisi psikologinya seimbang dan keadaan cuaca sedang seperti ditandai oleh bergoyangnya pepohonan hingga berjatuhannya dedaunan. Mimpi yang benar tidak didahului dengan adanya pikiran dan keinginan akan sesuatu yang kemudian muncul dalam mimpi. Kebenaran mimpi juga tidak ternodai oleh peristiwa junub dan haid.
Adapun mimpi yang batil ialah yang ditimbulkan oleh bisikan nafsu, keinginan, dan hasrat. Mimpi demikian tidak dapat ditakwilkan. Demikian pula mimpi “basah” dan mimpi lain yang mewajibkan mandi dikategorikan sebagai mimpi yang batil karena tidak mengandung makna. Sama halnya dengan mimpi yang menakutkan dan menyedihkan karena berasal dari syaitan. Allah Ta’ala berfirman,
“Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicarana itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allahlah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.” (al-Mujaadilah: 10)
Jika seseorang mengalami mimpi yang tidak disukai, disunnahkan melakukan lima perbuatan. Yaitu, mengubah posisi tidur, meludah ke kiri sebanyak tiga kali, memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk, bangun dan shalat, dan tidak menceritakan mimpinya kepada siapa pun.
Mimpi Anda
Anda boleh saja percaya kepada mimpi itu sebagai salah satu bentuk khabar gembira. Tapi to'ki ingatkan bahwa mimpi kebanyakan manusia juga tidak lepas dari pengaruh syaitan yang kerjanya suka menipu dan menghiasai perbuatan kotor seolah-olah baik. Waspadai mimpi itu karena Anda berkenalan lewat chatting dengan seorang wanita bukan mahram. Syaitan pasti sibuk meniupkan bisikannya ke hati Anda dan memancing Anda berbuat lebih jauh yang pada akhirnya melanggar batas-batas syar`i. Paling tidak, sekarang ini Anda jadi seronok terganggu dengan sosok bayangan dalam mimpi itu. Tapi bukan berarti penulis berburuk sangka dengan mimpi Anda, disarankan Anda lebih waspada, jangan sampai mimpi itu mendorong Anda untuk bertindak terlalu jauh dari batas syar`i.
Ada juga mimpi yang dianugerahkan Allah kepada yang dikehendakinya agar ia mendapatkan hidayah. Ini berdasarkan riwayat al-Hakim mengenai keislaman seorang seorang sahabat, Khalid bin Sa’id bin ‘Ash. Keislaman ini terjadi setelah Khalid mengalami mimpi yang sangat menyeramkan. Dalam mimpinya, dia melihat seakan-akan ayahnya hendak mendorongnya ke neraka, sementara Rasulullah saw. berusaha memegang pinggangnya agai ia tidak terjatuh. Juga atas dasar tafsiran Ibn Hasyirin ketika ia didatangi seseorang yang bermimpi jari-jari tangannya yang ketiga dan keempat kudung. Ia mentakwilkan bahwa mimpi tersebut sebagai peringatan pada orang itu karena salatnya belum sempurna. Sebaik sahaja dia pulang dari bertemu Ibn Hasyirin, ia pun bertobat.
Mimpi Bukannya Hukum
Mimpi tertakluk kepada berbagai persepsi. Bagi para nabi dan rasul, mimpi mereka umumnya adalah saranan wahyu dari Allah SWT. Meski tidak selalu dapat dipastikan demikian. Bukankah dahulu ketika Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya, beliau pun masih perlu melakukan konfirmasi kepada Allah SWT. Sebab beliau masih takut jangan-jangan mimpi itu hanya datang dari syaitan. Maka tatkala anak itu sampai berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata:
"Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan..(QS. As-Shaaffaat : 102-105)
Sebagian dari mimpi manusia pun bisa menjadi ilham atau petunjuk yang bersifat subjektif bagi dirinya atau orang lain. Misalnya seseorang melakukan shalat istikharah untuk mendapatkan petunjuk dari Allah SWT atas pilihan yang ada. Allah SWT boleh memberikan petunjuk melalui mimpi-mimpi. Namun sama sekali tidak mungkin bila manusia biasa bermimpi yang ketetapannya berupa aturan baku yang formal tentang syariat. Sebab yang berhak mendapatkan mimpi berupa syariat hanyalah para nabi dan rasul saja. Karena manusia yang dipilih Allah untuk menyampaikan syariat hanyalah nabi dan rasul.
Bahkan ketika Umar bin Al-Khattab bermimpi tentang azan untuk memanggil manusia untuk shalat, azan tidak lantas begitu saja di’endorse’ kan sebagai syariat sebelum Rasulullah SAW memastikannya dan meresmikannya. Dan sebagian mimpi lainnya tidak lebih dari bunga tidur, bahkan mungkin saja datang dari syaitan. Misalnya mimpi buruk. Oleh Rasulullah SAW, bila seseorang mendapatkan mimpi buruk, hendaknya berta`awuz, membaca surat Al-Falaq dan An-Nas serta berlindung kepada Allah SWT. Sedangkan ramalan itu biasanya dilakukan oleh dukun, tukang tenung atau ahli sihir yang mendapat bisikan halus dari syaitan atau jin. Sumbernya adalah informasi yang mereka curi dari langit lalu ditambahkan dengan kebohongan. Firman Allah swt dalam surah al-Hijr ayat 18 :
Maksudnya : kecuali syaitan yang mencuri-curi yang dapat didengar lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.(QS. Al-Hijr : 18)
Mendatangi peramal tanpa mempercayainya sudah termasuk perbuatan musyrik, meski hanya main-main. Apalagi mempercayainya. Jelas lebih berat dosa syiriknya.
Melihat Rasulullah Dalam Mimpi
Sabda Nabi
Maksudnya : Sesiapa yang melihatku dlam mimpinya maka dia akan melihatku secara hidup , kerana syaitan tidak akan menyerupaiku ! ( HR Al-Bukhari dan Muslim )
Muhammad bin Sirin menjelaskan , maksudnya ialah orang yang mengkaji tentang Nabi sahaja yang dijanjikan dengan kelebihan ini .
Namun haruslah diingat , mimpi bertemu dengan Rasulullah SAW tidak menjamin bahwa orang tersebut adalah orang yang sholih. Ini disebabkan hadis yang menyatakan
"Barangsiapa yang melihatku dalam mimpinya, maka aku telah mengharamkan baginya api neraka"
merupakan hadis yang tidak jelas asal ushulnya, menyebabkan ianya tidak boleh menjadi pegangan.
Jika yang terlihat dalam mimpi tersebut memiliki sifat-sifat seperti Rasulullah SAW sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-hadis yang shohih, maka mereka inilah yang dimaksudkan dalam hadith di atas memang benar-benar Rasulullah SAW.
Tetapi, jika kita tidak mengetahui bagaimana shifat-shifat Rasulullah SAW sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-hadis yang shohih, maka apa yang kita lihat belum tentu merupakan sosok Rasulullah SAW. Karena bisa saja itu adalah syaitan yang mengaku-aku sebagai Rasulullah saw.Di sini kita dituntut mendalami ilmu-ilmu syariat dan mengkaji sejarah Nabi saw supaya dapat mendekatkan diri kepada Islam.
Secara logic Rasulullah SAW itu tidak dapat diserupai oleh makhluq seperti jin dan lainnya. Sehingga bila seseorang bertemu dalam mimpi bertemu dengan Rasulullah SAW, maka memang benar itu adalah Rasulullah SAW dan bukan makhluk yang menyamar. Namun perlu diketahui bahwa hanya ada dua orang yang salih dan beriman sahaja dibenarkan perkataannya bila mengaku bermimpi bertemu Rasulullah SAW.
Pertama, para shahabat Rasulullah SAW, yaitu orang yang pernah bertemu dengan Rasulullah SAW walaupun hanya sekali saja dan dia dalam keadaan muslim saat bertemunya hingga matinya. Bila pengakuan itu datang dari para shahabat, maka 100 % hal itu bisa diterima, karena selain mereka memang mengenal persis sosok Rasulullah SAW , mereka juga adalah orang yang diridhai oleh Allah SWT. Kedua, orang yang telah mempelajari, mengkaji dan mendalami sirah nabawiyah dengan sumber-seumber yang shahih dari Al-Quran dan As-Sunnah bahkan sampai detail-detail ciri pisik Nabi Muhammad SAW.
Bila seseorang mengaku bermimpi bertemu Rasulullah SAW tapi bukan shahabat dan juga bukan orang memenuhi kriteria ke dua di atas, maka bisa dikatakan bahwa apa yang dikatakannya itu tidak benar. Karena bisa saja dia menganggap bahwa orang dalam mimpinya itu sebagai Rasulullah SAW, padahal dia tidak pernah mengetahui seperti apa sosok Rasulullah SAW itu sendiri. Jadi dari mana dia bisa tahu bahwa itu adalah Rasulullah SAW ?
Sebenarnya orang yang dilihat itu bukan Rasulullah SAW, tapi karena dia tidak mengkaji tentang sirah nabawiyah, maka dengan mudah terpedaya oleh perasaannya atau oleh syetan untuk mengatakan bahwa itu adalah Rasulullah SAW.Apalagi bila dalam cerita mimpinya itu dia bercakap-cakap dengan Rasulullah SAW, padahal dia tidak bisa bahasa Arab dan Rasulullah SAW hanya bisa bahasa Arab saja. Tentu saja semua itu menjadi sumber pertanyaan yang harus dijawab.
Jadi ketidak-benaran pengakuan itu bisa ada pada dua perkara.
Pertama, pengakuan itu salah duga, karena dia menganggap orang dalam mimpinya itu Rasulullah SAW padahal bukan dan hal itu bisa dibuktikan setelah dibandingkan dengan ciri-ciri beliau dalam kitab-kitab sirah nabawiyah.
Kedua, bisa saja orang tersebut memang tahu ciri-ciri Rasulullah SAW namun dia berbohong untuk kepentingan tertentu. Tapi yang paling pokok yang harus dipahami adalah bahwa mimpi itu bukan saranan untuk mendapatkan hukum syariat baru. Sehingga bila seseorang mengaku bermimpi bertemu Rasulullah SAW lalu bercerita bahwa Rasulullah SAW memerintahkan ini dan itu yang berkaitan dengan hukum syariat, jelas itu adalah dusta. Karena setelah beliau wafat, syariat Islam telah lengkap dan tidak ada lagi wahyu yang turun, termasuk ?anggapan? bahwa Rasulullah SAW masih kembali ke dunia untuk meneruskan dakwahnya. Tapi bila pengakuan itu datang dari orang yang shalih, berilmu ,dan isi mimpinya tidak mengandung hukum syariat, kita boleh percaya atas perkataannya. Asal sekali lagi apa yang diceritakan dalam mimpi itu tidak berkaitan dengan petunjuk syariat.
Takwil Mimpi Menerusi Al-Quran Dan Al-Sunnah
Rasulullah saw. bersabda,
“Mimpi itu ada tiga. Mimpi yang baik merupakan kabar gembira dari Allah. Mimpi yang menyedihkan berasal dari syaitan, dan mimpi yang datang dari obsesi seseorang. Jika salah seorang di antara kalian mimpi yang menyedihkan maka hendaklah dia bangun lalu shalat dan tidak menceritakannya pada orang lain.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah saw. bersabda, “Mimpi yang baik adalah dari Allah. Sedangkan mimpi yang menakutkan berasal dari syaitan. Barangsiapa mimpi yang tidak menyenangkan maka hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya tiga kali dan berlindung diri kepada Allah dari syaitan, maka mimpi tersebut tidak akan membahayakannya” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Bertolak dari hadis-hadis di atas, menurut Aam Amiruddin dalam bukunya Memahami Strategi Jin, kita bisa membuat sejumlah kesimpulan.
Mimpi bisa terjadi karena suatu obsesi. Obsesi tersebut begitu kuat dalam memori kita sehingga muncul dalam mimpi. Misalnya, seorang pemuda yang terobsesi menikahi seseorang gadis jelita, sangat mungkin dia bermimpi menikah atau bertemu dengannya. Ini adalah mimpi yang bersifat fitriah atau alamiah.
Bermimpi yang baik.
Mimpi ini datangnya dari Allah, kita wajib mensyukurinya dan boleh menceritakannya pada orang lain sebagai wujud rasa syukur.
Mimpi buruk atau menakutkan.
Mimpi ini datangnya dari syaitan. Kita wajib berlindung diri pada Allah, bahkan kalau memungkinkan meludah tiga kali ke sebelah kiri dan jangan menceritakannya pada orang lain –kecuali kalau ingin mengetahui takwil mimpi tersebut. Sebab kalau kita menceritakannya, syaitan akan merasa senang kalau gangguannya itu menjadi bahan pembicaraan manusia.
Berhati-hatilah jika kita bermimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal, misalnya bertemu dengan ayah atau ibu kita yang sudah wafat, sebab dikhawatirkan syaitan menyerupainya. Jadi, kalau kita bermimpi bertemu dengan orang yang sudah wafat, sebaiknya bersegeralah berlindung kepada Allah.
Ustadz Abu Sa’ad al-Wa’izh berkata, “Pada prinsipnya mimpi yang baik itu bersumber dari aneka amal yang benar dan mengingatkan akan aneka akibat dari berbagai urusan. Dari mimpi yang baik itu muncullah aneka perintah, larangan, berita gembira, dan peringatan. Dikatakan demikian karena mimpi yang baik merupakan sisa dan bagian dari kenabian, bahkan ia merupakan satu dari dua bagian kenabian, sebab ada nabi yang wahyunya berupa mimpi. Orang yang menerima wahyu melalui mimpi disebut Nabi. Adapun orang yang menerima ucapan malaikat saat dia terjaga disebut Rasul. Inilah yang membedakan antara nabi dan rasul.”
Abu Ali Hamid bin Muhammad bin Abdullah ar-Rafa` memberitahukan kepada kami, dari Muhammad ibnul-Mughirah, dari Makki bin Ibrahim, dari Hisyam bin Hasan, dari Muhammad bin Sirin, dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,
“Jika masa semakin dekat, mimpi seorang muslim nyaris tidak pernah dusta. Muslim yang paling benar mimpinya adalah yang paling jujur perkataannya. Mimpi seorang mukmin merupakan satu bagian dari 46 bagian kenabian. Mimpi ada tiga macam: mimpi yang baik sebagai berita gembira dari Allah ‘azza wa jalla, mimpi seorang muslim yang dialami oleh dirinya sendiri, dan mimpi sedih yang berasal dari syaitan. Jika salah seorang di antara kamu mengalami mimpi yang tidak disukai, janganlah menceritakannya kepada orang lain, bangunlah, kemudian shalatlah.” (Muttafaq ‘alaih)
Beliau bersabda,
“Aku menyukai mimpi ihwal rantai, tetapi tidak menyukai mimpi ihwal belenggu.” (Shahih al-Jami’)
Rantai ditakwilkan dengan keteguhan pada agama.
Abu Abdullah al-Mahlabi dan Muhammad bin Ya’qub bin Yusuf menceritakan kepada kami dari al-‘Abbas ibnul-Walid bin Mazid, dari ‘Uqbah bin ‘Alqamah al-Mu’arifi, dari al-Auza’i, dari Yahya bin Abi Katsir, dari Abi Salamah bin Abdurrahman, dari ‘Ubadah ibnush-Shamit bahwa ia bertanya kepada Rasulullah tentang ayat 63-63 surah Yunus, “Yaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan dalam kehidupan di akhirat.” Maka, Rasulullah menjawab,
“Sungguh kamu telah menanyakan sesuatu kepadaku yang belum pernah ditanyakan oleh seorang pun selainmu. Al-busyra ialah mimpi yang baik yang dialami oleh seseorang atau dianugerahkan Allah kepadanya.” (As-Silsilah ash-Shahihah)
Ustadz Abu Sa’ad berkata,
“Hadits-hadits yang kami riwayatkan tersebut menunjukkan bahwa mimpi itu memang sesuatu yang benar secara substansial dan bahwa mimpi itu memiliki ketentuan dan dampak.”
Di antara dalil yang menunjukkan kebenaran mimpi ialah bahwa saat Ibrahim tidur, Allah memperlihatkan kepadanya seolah-olah dia menyembelih putranya. Setelah bangun, dia pun melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya saat tidur. Allah Ta’ala mengisahkan kejadian tersebut,
“Maka tatkala anak itu mencapai kesanggupan berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata, ‘Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka, pikirkanlah apa pendapatmu!’ Dia menjawab, ‘Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.’” (ash-Shaaffat: 102)
Setelah Ibrahim a.s. memahami mimpinya dan berupaya melaksanakannya, lalu Allah memberinya jalan keluar karena kasih-sayang-Nya, dia mengetahui bahwa mimpi itu merupakan hukum. Demikian pula halnya dengan mimpi yang dialami Yusuf a.s., yang dikisahkan Allah dalam Al-Qur`an sebagai kisah yang populer dan terkenal.
Abu Sa’id Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami dari Ali bin Muhammad al-Waraq, dari Ahmad bin Muhammad bin Nashr, dari Yusuf bin Bilal, dari Muhammad bin Marwan al-Kalbi, dari Abu Shalih, dari Ibnu Abbas bahwa Aisyah berkata, “Rasulullah terkena sihir. Maka, beliau jatuh sakit, sehingga kami mengkhawatirkannya. Ketika beliau berada antara tidur dan terjaga, tiba-tiba turun dua malaikat: yang satu berada di dekat kepala Rasulullah dan yang lain berada di dekat kaki beliau. Malaikat yang berada dekat kepala berkata kepada malaikat yang berada dekat kaki, ‘Mengapa dia sakit?’ Malaikat bertanya demikian supaya Nabi saw. memahami persoalannya.
Temannya menjawab, ‘Terkena sihir.’
‘Siapa yang melakukannya?’
‘Lubaid bin A’sham, orang Yahudi.’
‘Di mana dia melakukannya?’
‘Di sumur Dzarwan.’
‘Bagaimana mengobatinya?’
‘Kirimlah orang ke sumur itu dan keringkan airnya. Jika tampak sebuah batu besar, singkirkanlah karena di bawahnya terdapat tali busur yang berpintal sebelas dan diletakkan di dalam kantong. Setelah itu bakarlah ia. Insya Allah dia sembuh. Jika dia menyuruh orang, hendaknya dia mengeluarkan kantong itu.’”
Ibnu Abbas melanjutkan, “Nabi pun bangun dan beliau telah memahami apa yang dikatakan kepadanya oleh malaikat. Beliau menyuruh ‘Ammar bin Yasir dan sekelompok sahabatnya ke sumur tersebut yang airnya telah berubah seperti inai. Kemudian sumur itu dikeringkan. Setelah tampak batu besar, ia pun digulingkan, dan tampaklah di bawahnya kantong yang berisikan tali busur bersimpul sebelas. Kemudian mereka membawanya kepada Rasulullah. Maka, turunlah surah al-Falaq dan surah an-Naas. Kedua surah ini berjumlah 11 ayat dan sama dengan banyaknya buhul yang berjumlah 11 pula.
Setiap kali beliau membaca satu ayat, lepaslah satu buhul. Setelah seluruh buhulnya terbuka, Rasulullah dapat bangkit dan seolah-olah terlepas dari ikatan. Buhul itu pun dibakar. Nabi menyuruh kita berlindung kepada Allah melalui kedua surah tersebut. Lubaid mengunjungi Rasulullah. Meskipun beliau menceritakan kejadian di atas, pada wajah Lubaid tidak tampak perubahan apa pun.”
Hadits di atas menunjukkan kebenaran masalah mimpi dan keberadaannya di dalam banyak hadits, sehingga terlampau panjang untuk menceritakannya.
Ustadz Abu Sa’ad berkata, “Aku melihat bahwa ilmu itu terdiri atas beberapa jenis, di antaranya ada yang bermanfaat bagi dunia, tetapi tidak bermanfaat bagi agama; ada yang bermanfaat bagi dunia dan agama. Ilmu tentang mimpi termasuk ilmu yang bermanfaat bagi dunia dan agama. Kemudian aku shalat istikharah sebelum mengumpulkan apa yang berasal dari Allah dan menempuh metode peringkasan seraya memohon pertolongan kepada-Nya dalam menyempurnakan apa yang diridhai dan dicintai-Nya. Juga berlindung kepada-Nya dari ujian dan fitnah-Nya. Allahlah Pemilik taufik. Cukuplah Dia bagi kami. Dia adalah sebaik-baik Pelindung.”
Petua Mendapat Mimpi Yang Baik
Menerusi perbahasan di atas , jelas kepada kita bahawa kita perlu kepada petunjuk allah dalam segala gerak kerja yang dilakukan. Atau dalam erti kata yang lain mimpi-mimpi yang baik dari Allah merupakan anugerah yang besar untuk kita melalui hari-hari hadapan yang belum pasti .
Ustadz Abu Sa’ad berkata, “Orang perlu menjadi salih dan istiqamah dalam amalnya agar mimpinya mendekati kebenaran. Di antara adab kesopanan itu ialah membiasakan diri berkata jujur. Nabi bersabda dalam hadits muttafaq alaih, ‘Orang yang paling benar mimpinya ialah yang paling benar perkataannya.’”
Adab lainnya ialah tidur dengan punya wudhu. Abu Dzar berkata, “Kekasihku (Muhammad saw.) memberikan tiga pesan kepadaku yang tidak pernah aku tinggalkan hingga mati. Yaitu, puasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat shalat fajar, dan tidak tidur kecuali dalam berwudhu.” Demikian yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim.
Adab lainnya ialah tidur dengan berbaring ke sisi kanan tubuh karena Nabi saw. menyukai bagian kanan dalam segala hal. Diriwayatkan bahwa beliau tidur pada sisi kanan tubuhnya seraya meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanan, lalu berdoa,
“Ya Allah, lindungilah aku dari azab-Mu pada saat Engkau mengumpulkan hamba-hamba-Mu.” (HR Tirmidzi dan Abu Dawud)
Adab-adab Tidur
Agar kita tetap berada dalam lindungan Allah swt., bahkan di saat tidur, perhatikanlah beberapa adab yang dinukil dari hadis-hadis yang tidak diragukan lagi kesahihannya. Adab-adab sebelum tidur tersebut adalah:
memadamkan lampu, mengunci pintu, mengikat gerabah (tempat air), dan menutup makanan
mematikan api (kompor)
wudhu'.
Wudhu' tak hanya dilakukan ketika akan shalat, tetapi bisa dilakukan kapan saja. Bahkan, Rasulullah saw. selalu dalam keadaan suci dari hadas, alias selalu mempunyai wudlu.
shalat witir.
Shalat witir adalah salat yang dilakukan antara ba’da Isya hingga menjelang subuh dengan jumlah rakaat yang ganjil misalnya satu, tiga, lima, bahkan tujuh rakaat.
membaca Al Quran. Adapun ayat yang dianjurkan di antaranya adalah Surat Al Baqarah ayat 285-286, Surat Al Ikhlas, Al Falaq, An-Nas, dan ayat-ayat kursi.
membersihkan kasur,
berbaring ke arah kanan dan meletakkan tangan di bawah kepala, dan berdoa, "Maha Suci Engkau, ya Allah Tuhanku, karena Engkaulah aku membaringkan tubuhku dan karena Engkau pulalah aku mengangkatnya. Apabila Engkau mencabut jiwaku, maka ampunilah ia dan apabila Engkau melepaskannya (menghidupkan) maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang saleh."
Tanda2 Mimpi yang baik :
Khalid al-Anbari dalam bukunya Kamus Tafsir Mimpi menyebutkan bahwa tanda mimpi yang benar adalah sebagai berikut.
Bersih dari mimpi kosong,
bayangan-bayangan yang meresahkan dan menakutkan.
Dapat dipahami ketika terjaga.
Tidur dalam keadaan pikiran jernih, tidak disibukkan oleh persoalan apa pun.
Mimpi tersebut dapat ditakwilkan sesuai dengan apa yang ada di Lauh Mahfuzh.
Sedangkan adab bangun tidur adalah sebagai berikut.
berdoa
istintsar (mengeluarkan air dari hidung) tiga kali
membasuh tangan tiga kali
membasuh wajah dan kedua tangan
berwudlu dan shalat
Ada beberapa waktu tidur yang dibenci Rasulullah, yaitu:
1. antara Shalat Subuh dan terbitnya matahari
2. setelah Shalat Ashar
2. sebelum Shalat Isya
Panduan Buat Para Pentakwil Mimpi :
Ustadz Abu Sa’ad berkata, “Pelaku mimpi hendaknya memelihara etika yang perlu dipegang teguh dan memiliki batasan-batasan yang selayaknya tidak dilampaui. Demikian pula halnya dengan pentakwil.”
Bolehkah kita menakwilkan mimpi? Mari kita becermin pada sejarah. Nabi Yusuf a.s. pernah menakwilkan mimpi dua orang tahanan ketika ia dipenjara bersama mereka dan juga mimpi seorang Raja Mesir. Abu Bakar merupakan orang yang pandai menakwilkan mimpi, salah satunya dengan takwilnya dalam peristiwa di atas. Ini membuktikan bahwa menakwilkan mimpi dibenarkan dalam ajaran Islam, namun kriteria seorang penakwil mimpi sangat jauh dari mudah.
Seorang penakwil mimpi haruslah orang yang jujur (sidiq), cerdas, cerdik, dan suci dari perbuatan keji. Ia mesti belajar tentang Kitab Allah dan sunnah Rasulullah dan ia pun harus paham benar ilmu mentakwilkan mimpi. Ini sejalan dengan apa yang diungkapkan Imam al-Gazali yang menyatakan bahwa fungsi roh sebagai penangkap isyarat Ilahi bagaikan cermin. Dia mampu memantulkan cahaya. Orang yang sidiq merupakan cermin yang paling bersih dan paling bening di mana cahayanya tidak serong sama sekali. Jadi, dia akan menangkap isyarat tersebut.
Untuk menjadi seorang penafsir mimpi, ada beberapa etika yang harus diperhatikan, di antaranya adalah menggembirakan saudaranya ketika ia menceritakan mimpinya; tidak menyebarkan mimpi tersebut karena itu merupakan amanah; tidak menakwilkannya dengan tergesa-gesa; jika dia tidak berkemampuan menakwilkan mimpi tersebut, jangan ragu untuk melimpahkan kepada orang yang lebih tahu (berilmu) dan jangan merasa berat melakukannya; memperlakukan pelaku mimpi secara berbeda, maksudnya tidak menakwilkan mimpi raja seperti menakwilkan mimpi rakyat, sebab mimpi itu berbeda karena perbedaan kondisi pelakunya; dan sebagainya.
Sayangnya mutakhir ini terlalu banyak orang yang secara sembarangan menakwikan mimpi. Di antara alasan keberanian mereka adalah adalah
(1) lemahnya keimanan;
(2) lalai dari kehidupan akhirat;
(3) cinta kemasyhuran; dan
(4) kurangnya ilmu.
Dari syarat-syarat yang dikemukakan di atas, tak heran jika ada sebagian masyarakat yang mengharamkan penafsiran mimpi karena dikhawatirkan akan terjebak pada kemusyrikan. Pun dalam buku-buku takwil mimpi, tidak disebutkan secara gamblang tafsiran tersebut. Dalam satu mimpi saja, seorang penakwil bisa megartikan mimpi tersebut menjadi beberapa arti dan tidak ada jaminan mana yang benar. Bahkan mereka pun menganalogikan mimpi tersebut sebagai ramalan cuaca. Kita bisa meramalkan cuaca, namun tidak pasti karena Allah yang menentukan. Wallahu a’lam
Secara umumnya , Etika pelaku mimpi ialah, pertama, dia tidak menceritakan mimpinya kepada orang yang hasad sebagaimana dikatakan Ya’kub kepada Yusuf,
“Ayahnya berkata, ‘Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka akan membuat makar untuk membinasakanmu.’” (Yusuf: 5)
Kedua,
jangan menceritakan mimpinya kepada orang yang bodoh. Nabi saw. bersabda, “Janganlah kamu menceritakan mimpimu kecuali kepada orang yang dicintai atau kepada orang yang pandai.”
Ketiga,
janganlah menceritakan mimpi kecuali secara rahasia karena dia pun melihatnya secara rahasia pula. Jangan menceritakannya kepada anak-anak dan wanita. Sebaiknya mimpi itu diceritakan menjelang awal tahun dan pada pagi hari, bukan sesudah keduanya berakhir .
Selain itu Ustadz Abu Sa’ad berkata, meletakkan syarat-syarat yang lain sebagai berikut.
Pertama,
jika saudaranya menceritakan mimpi kepadanya, maka katakanlah, “Aku kira mimpi itu baik.”
Kedua,
hendaknya menakwilkan mimpi dengan cara yang paling baik. Diriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda, “Mimpi akan terjadi sebagaimana ia ditakwilkan.” Juga diriwayatkan bahwa beliau bersabda, “Mimpi itu bagaikan kaki yang menggantung selama belum diungkapkan. Jika telah diungkapkan, maka terjadilah.” Demikian yang disebut dalam as-Silsilah ash-Shahihah.
Ketiga,
menyimak mimpi dengan baik, kemudian menjawab si penanya dengan jawaban yang mudah dipahami.
Keempat,
jangan tergesa-gesa menakwilkan mimpi. Lakukanlah dengan hati-hati.
Kelima,
menyembunyikan mimpi dan tidak menyebarkannya sebab ia merupakan amanat. Jangan menakwilkan mimpi ketika matahari terbit, ketika tergelincir, dan ketika terbenam.
Keenam,
memperlakukan pelaku mimpi secara berbeda. Janganlah menakwilkan mimpi raja seperti menakwilkan mimpi rakyat, sebab mimpi itu berbeda karena perbedaan kondisi pelakunya
Ketujuh,
merenungkan mimpi yang dikemukakan kepadanya. Jika mimpi itu baik, maka takwilkanlah dan sampaikanlah kabar gembira kepada pelakunya sebelum mimpi itu ditakwilkan. Jika mimpi itu buruk, maka janganlah menakwillkannya atau takwilkanlah bagian mimpi yang takwilnya paling baik. Jika sebagian mimpi itu merupakan kebaikan dan sebagian lagi keburukan, maka bandingkanlah keduanya, lalu ambillah mimpi yang paling tepat dan paling kuat pokoknya. Jika pentakwil mengalami kesulitan, bertanyalah kepada pelaku mimpi ihwal namanya, lalu takwilkannya berdasarkan namanya itu.
Paparan singkat ini cukup kaya bagi orang yang mau merenungkannya dan mencermati maknanya.
Kesimpulan :
Mimpi mungkin menjadi isyarat yang diberikan oleh Allah kepada hambanya berupa berita baik atau buruk dan mimpi ada yang memiliki makna dan ada pula yang berupa mimpi kosong sekadar permainan syaitan kepada manusia.
Mentakwilkan mimpi dibenarkan dalam ajaran Islam, namun seseorang itu mestilah menepati kriteria seorang penakwil mimpi
Manusia biasa sama sekali tidak dibenarkan bila mengaku mendapat perintah dari Allah melalui mimpi
Hujjah yang paling lemah adalah hujjah suatu kaum yang menyandarkan kepada mimpi-mimpi untuk melaksanakan atau meninggalkan suatu amalan
Suatu hukum tidak boleh diambil dari mimpi-mimpi sebelum dipastikan terlebih dahulu dengan dalil, karena gambaran yang ada dalam mimpi kemungkinan tercampur dengan kebatilan
Bagi para nabi dan rasul, mimpi mereka umumnya adalah sarana wahyu dari Allah SWT
Bila salah seorang diantaramu mengalami mimpi buruk yang tidak disukainya, maka hendaknya meludah ke kiri tiga kali dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya.
Bila seseorang bertemu dalam mimpi bertemu dengan Rasulullah SAW, maka memang benar itu adalah Rasulullah SAW dan bukan makhluk yang menyamar.
Rujukan : Blog Us Zahazan
Salam utk semua
Posting kali ini to'ki nak bwk satu cerita yg di alami sendiri oleh to'ki, satu hari to'ki ke warung utk membeli pisang goreng. Oleh kerana pisang goreng yg sdh siap goreng kehabisan, to'ki terpaksa tunggu sebentar.
Sementara to'ki tnggu pisang to'ki yg sedang digoreng, adalah 3 orang mamat sedang rancak bersembang. Hebat juga topik yg mereka borakkan tu. To'ki sempat lah mencuri dgr apa yg mereka bual kan tu.
Mamat A : " Kau tahu tak ustzh yg aku ckp kt korang hari itu tak nak kt aku lah!!"
Mamat B : " Sbb apa pulak jd gtu???"
Mamat A : " Alaa uszth ....berlagak baik, muka je lawa, jln pun semut tak mati, manalah dia nak mcm aku"
Mamat C : " Kau tak 'takcle' betul2 mana dia nak"
Mamat A : " alaa ustzh tu mcm2 syarat dia letak , itulah, inilah, serabut aku, jaga solat, jgn i rokoklah, kena jujurlah, bosan lah"
"Korang tau? Aku kantoi beb, dia tahu aku minum arak, "( hati to'ki beristhigfar, biar betul mamat ini, tak malu ke kalau telinga aku dgr?)
.....................
to'ki :
Itulah antara perbualan yg to'ki sempat dengar, dengar pula dgn pendengaran yg amat jelas.
To'ki kesal, kecewa, terkejut dgn akhlak muda mudi sekarang, itu belum to'ki cerita jumlah anak luar nikah, muda mudi berzina di rumah ibu bapanya sendiri, bahkan yg paling menjengkelkan ibu bapa juga merestui!!! Apa ni??? Siap jemput kwn2 , jiran2 sekeliling menziarahi 'cucu' nya!!!
Takut to'ki..gerun to'ki, Alhamdulilah, uszth tu tak terpengaruh dgn pujukan mamat tu. Kesal to'ki dgn masyarakat kita, masyarakat melayu, masyarakat melayu yg sudah hilang sifat malu.
Dari Abi Mas’ud al-Badri radhiallâhu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ” Sesungguhnya diantara ucapan kenabian pertama (Adam) yang didapat oleh manusia (dari generasi ke generasi-red) adalah: ‘jika engkau tidak merasa malu maka perbuatlah apa yang engkau inginkan’ “. (H.R.Bukhari)
Sifat malu adalah sifat yang dicintai oleh Allah;
sebagaimana dalam hadits yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad, an-Nasai dari hadits al-Asyajj al-’Ashri, dia berkata:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadaku: “Sesungguhnya engkau memiliki dua sifat yang dicintai oleh Allah”. Aku bertanya kepada beliau: ‘apa itu?’.
Baginda bersabda :”sifat lemah lembut (al-Hilm) dan sifat malu”. Aku bertanya lagi: ’sifat yang sudah lama (melekat padaku) atau yang baru?’.
Baginda menjawab dengan sabdanya: “bahkan yang sudah lama”.
Aku berkata (pada diriku): ‘alhamdulillah Yang telah menganugerahkan kepadaku dua sifat yang dicintai oleh Allah’. Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh seorang shahabat,
Salman al-Farisi: “Sesungguhnya bila Allah menginginkan kehancuran/kebinasaan bagi seorang hambaNya, maka Dia akan mencabut dari dirinya sifat malu, dan bila sudah dicabut sifat tersebut dari dirinya maka dia tidak akan menemuiNya kecuali dalam kondisi dia amat dimurkai dan murka, dan bila dia sudah dalam kondisi demikian maka akan dicabut dari dirinya sifat amanah lantas dia tidak akan menemuiNya kecuali dalam kondisi dia dicap sebagai pengkhianat dan orang yang dikhianati, dan bila dia sudah menjadi pengkhianat dan orang yang dik
hianati maka akan dicabut dari dirinya sifat rahmah (sifat belas kasih) lantas dia tidak akan menemuiNya kecuali dalam kondisi dia memiliki sikap keras dan berhati kasar, dan apabila dia sudah dalam kondisi demikian maka akan dicabut sebagian iman dari tengkuknya, dan bila sudah demikian maka dia tidak akan menemuiNya kecuali dalam kondisinya yang telah menjadi syaithan yang dilaknat dan suka melaknat”.
Sifat malu merupakan bahagian dari iman; sebagaimana dalam hadits yang shahih dari Ibnu ‘Umar radhiallâhu ‘anhuma bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lewat di depan seorang laki-laki yang mencerca saudaranya yang memiliki sifat malu, dia (orang tersebut) berkata:
“sesungguhnya engkau ini amat pemalu”, seakan dia mengatakan (ungkapan ini berasal dari perawi hadits-red);”..ia (sifat malu tersebut) telah membahayakan dirimu”. Lantas kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“biarkanlah dia! Karena sesungguhnya sifat malu itu adalah sebagian dari iman”. (H.R.Bukhari, Muslim,…). Dan dalam hadits yang lain dikatakan: “sifat malu adalah cabang dari iman”. (H.R. Bukhari, Muslim,…).
Sifat malu hanya membawa kebaikan; sebagaimana dalam hadits ‘Imran bin Hushain dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam : “Sifat malu tidak membawa selain kebaikan”. (H.R.Bukhari dan Muslim).
to'ki adalah seorang yg sgt pemalu
Forum awam memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pagi ini akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin memberitahu perhimpunan tersebut, bahawa beliau telah masuk ke dalam dan mendapati forum itu telah dibubarkan.
"Saya naik sendiri dan melihat forum telah dibubarkan dan saya memberitahu (mereka), tidak mahu lagi forum seperti ini diadakan.
"Kita mahu tindakan yang lebih keras diambil pada masa-masa depan," katanya kepada perhimpunan tersebut pada kira-kira jam 10.30 pagi.
"Kita memberi jaminan mereka boleh beredar dari bangunan ini," kata beliau yang juga ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR.
Seramai 500 orang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut.
Mereka melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".
Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam", "Awas Persatuan Peguam, jangan bermain api" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".
Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman, memberitahu sidang akhbar bahawa beliau telah berunding dengan Majlis Peguam supaya menghentikan forum tersebut.
"Semasa rundingan, mereka boleh menerima cadangan kita.
"Polis mempunyai kuasa untuk menasihatkan mereka menghentikan forum ini setelah melihat ancaman keselamatan yang kian meningkat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menyiasat satu botol yang dijumpai di situ.
"Saya berpuashati kerana mereka bersikap profesional. Semasa rundingan, saya menasihatkan supaya forum ini dibatalkan.
"Insya-Allah keadaan akan kembali pulih semula," tambahnya.
Menurutnya lagi, tidak ada sebarang tangkapan dibuat dan kedua-dua pihak telah memberi kerjasama kepada pasukan polis.
Pada jam 10.55 pagi, orang ramai sudah beredar dari kawasan tersebut.Sementara itu, Bernama melaporkan forum kontroversi "memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam ditamatkan lebih awal daripada jadual.
Kira-kira setengah jam selepas forum yang bermula jam 9 pagi itu berlangsung, Ambiga memberitahu forum itu bahawa polis telah menasihatkan agar ia ditamatkan pada jam10 pagi. Forum itu sepatutnya berakhir 1.30 tengah hari.
Pada jam 10 pagi, Ambiga mengumumkan secara rasmi bahawa forum itu ditutup.
"Kami menghormati pandangan semua pihak. Kami tidak bergaduh dengan sesiapa dan saya mengumumkan forum ini ditutup," katanya.
Sumber Malaysia Kini
........................................
to'ki :
Semalam to'ki sempat menonton berita utama di tv3, dan hari ini sempat menjenguk beberapa akhbar online tmptn. Isu forum awam memeluk Islam mmg hangat diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat.
Ada yg cakna dgn isu ini, lantas perasaan marah, tercabar itu datang lalu memprotes tindakan majlis peguam tersebut dan ada juga golongan yg tdk mahu ambil tahu, tdk mahu ambil peduli bila Islam digugat oleh golongan tertentu.
Bknlah tujuan to'ki nak menghasut supaya anda semua keluar melakukan demontrasi. Cuma to'ki ingin melihat generasi muda zaman ini masih ada sensitiviti apabila Islam dicabar oleh golongan yg cuba mempertikaikan Islam.
Kita perlu ingat, kita pernah melalui zaman getir bila sensitiviti umat Tanah Melayu tercabar, umpamnya peristiwa Natrah pada 12 Disember 1950.
Pada saat itu, ummat Islam sangat pantang apabila agama Islam mereka disentuh atau dipermain-mainkan. Bila terkenang kembali kisah Natrah (bekas isteri Mansor Abadi) yang mana ummat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 orang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah.
Kini, timbul pula isu-isu tersebut antaranya , isu yang juga melibatkan seorang anak melayu (anak Mansor?) yang mana juga berpotensi membangkitkan kemarahan ummat Islam di Malaysia. Dan tak lupa juga yang sedang dibicarakan iaitu kes Azalina Jailani (Lina Joy). Dan paling terkini isu forum awam yg di anjurkan Majlis Peguam Malaysia berkenaan
Berbalik kisah Natrah; ia amat menyayat hati....
1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahk
an Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura
24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura
28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.
28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhammad, Siti Aisyah.
2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.

Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.
12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.
25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.
20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.
3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans
1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.

MOGA-MOGA ALLAH MENYELAMATKAN KITA SEMUA,
HIDUP DAN MATI DENGAN ISLAM!
Cyberluncai: Antara Tokoh Utama yang ditahan di bawah ISA pada masa itu adalah Presiden (Yang Dipertua)PAS; Prof. Dr. Bulhanuddin Helmi....Allahu Akbar!!! Teruskan bacaan anda..

Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)
Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.
Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)
Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.
Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.
Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik itu di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)
Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?
Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:
1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat
Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.) Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.
Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;
1.Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk
2.Perempuan seperti tulang rusuk.
3.Perempuan adalah tulang rusuk.
2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas
Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.
3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min ??
Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)
Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)
Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)
Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)
Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164.)
Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.
Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok.
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)
Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).
Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.
Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)
Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf ? ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.
Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:
Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.
Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam.
Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:
Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)
Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.
Sokongan Kepada Penafsiran Ini
Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:
Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)
Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.
Kesimpulan
Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.
Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!
to'ki : amat sayang kaum Hawa
Kalah...
Siapa tak pernah kalah?
Siapa yg takut dgn kalah?
Siapa suka dgn kekalahan?
Kalah tu apa?
Kalah dah buat apa dgn kita?
Aku kalah?
Aku pernah pernah kalah? Bohong..
Aku jatuh, bangun
Aku menang, aku kalah......itulah lumrah.
Mereka berkata...
Kalah tak selamanya
Mereka berkata...
Gagal tak selamanya
Mereka berkata...
Kecewa tak selamanya
Maka kenapa perlu putus asa???
Hikmah , Rahmat, Kasih Sayang Yg Esa,
Siapa tahu?
Siapa tahu?
08 Ogos 2008 11 pm
Teruskan bacaan anda..
Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih
Doaku semoga hidupmu bahagia
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya
Bersama kasih kita dan cinta
Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia ku nanti tiba saatnya kitakan bersua
Doaku semoga dirimu sejahtera
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya
Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
Diri mu tak pernah ku lupa
Terus ku nanti setia
Saat indah kita bersama
Bersama kasih kita dan cinta
Diriku yg kini jauh
Damba keampunan darimu
Semua khilaf antara kita
Kan terlerai jua akhirnya
Musim itu tiba....
musim itulah mcm ragam kita akan lihat manusia dgn ragamnye t'sendiri....
musim itu juga lah manusia akan berusaha melahap, selahapnya buah itu ..
musim itu jua lah 'itu' dan parang xdpt dipisahkan bagaikan aur and tebing's
musim itulah yg to'ki juga nanti2 kan...

-DURIAN & PARANG setia menunggu mulut & tangan to'ki-
to'ki yg kedarah
