toqki

Hari Penamaan Calon
Anwar Sudah Menang Besar
Oleh: Sayuti Omar

BAHANA jalan raya mengecewakan saya untuk menyaksikan secara keseluruhan dan live suasana dihari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dilangsungkan di Institiut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Martajam. Lebih tiga jam saya terperangkap di atas jambatan Pulau Pinang. Kesesakan bermula dari atas jambatan hinggalah ke persimpangan untuk masuk ke Permatang Pauh. Silapnya kerana diri sendiri kerana tidak berlepas awal.

Apa yang dapat dilakukan hanya menghubungi kawan-kawan yang sudah pun berada di tempat penamaan calon sejak awal pagi. Telefon dari luar juga bertalu-talu masuk, semuanya ingin mengetahui perkembangan proses penamaan calon itu dari masa ke semasa. Agak susah dan sedih juga apabila penjenguk blog sudah menjadikan saya sebagai news agensi mereka!

Bila mereka jenguk blog tidak ada laporan, ada yang memberanikan diri menghubungi secara langsung untuk mengetahui perkambangan. Kepada mereka saya minta maaf dan terima kasih kerana terus memberi perhatian kepada blog saya.

Laporan daripada kawan di tempat lokasi jam 7:30 memberi tahu keadaan sudah pun penuh sesak. Sebahagian jalan-jalan menuju ke tempat penamaan calon dipenuhi dengan penyokong Anwar Ibrahim. Masing-maing membawa bedera PKR, Pas dan DAP di samping berbagai sepanduk menyuntik semangat dan penguat jiwa. Kombinasi itu boleh dibayangkan bahawa sokongan kalangan rakyat bawahan begitu kuat dan Pakatan Rakyat tidak berpecah.

Akhirnya sampai ke kemuncak jam 10:00 setelah tempoh penamanaan calon tamat. Pemanggil yang berada di lokasi memberi tahu kedudukan kekuatan penyokong masing-masing dengan nisbah 15: 1. Ada yang kata angka kekuatan Pakatan Rakyat 20,000 manakala BN hanya 3,000. Ada yang melaporkan kekuatan PKR 50,000 manakala BN hanya 5,000 dan ada yang ekstrime mengatakan kekekuatan PKR hampir 100,000 manakala BN tidak sampai 2,500 orang.

Bagaimana pun dari angka-angka itu jelas menunjukkan bahawa kekuatan PKR semalam cukup kuat, bersemangat dan mengatasi kekuataan BN.

Satu penemunan yang boleh dijadikan ukuran, semasa berhenti rehat di Tapah dalam perjalanan pulang ke KL, malam tadi saya terserempak dengan seorang anak muda yang mengenakan t-shirt di belakngnya bergambarkan wajah Nik Aziz sanggup menaiki motorsikal untuk ke Permatang Pauh semata-mata untuk mengiringi Anwar ke pusat penamaan calon. Anak muda ini berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Apa yang dilakukan anak muda berkenaan menjelaksan betapa bersemangat dan kentalnya penyokong PKR dan Anwar. Saya tidak fikir ada penyokong calon BN, Arif Shah Omar Shah walaupun hanya dari Perlis yang sanggup bermotosikal dengan memakai t-shirt Muhammad Isa Sabu MB Perlis datang untuk melihat penamaan calon itu?

Ternyata berdasarkan dapatan dan gambaran itu, atas kertas Anwar akan menang dengan muda pada pilihan raya 26 Ogos nanti. Dari segi moralnya suasana yang berlaku semalam sudah dimenangi Anwar. Sumpah yang dikeluarkan oleh bekas pembacuh kopinya sedikitpun tidak menggugat dan dipedulikan oleh mereka yang mengiringi Anwar ke pusat penamaan calon. Sumpah itu telah dipersetankan dan ia tidak memberi apa-apa pengertian kerana yang melapazkan tidak mengerti isi kandung al-Quran Nurkarim.

Begitu juga kebimbangan ekoran berlaku mahasabah (salah perkiraan politik) di kalangan sesetengah pemimpin tertinggi Pas terhadap kredibiliti dan batang tubuh Anwar sebelum ini juga tidak memberi apa-apa kesan. Nampaknya pemimpin Pas tidak mudah dijadikan alat untuk mengagalkan impian Anwar ke Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. Walaupun ada kalangan Pas merasa impian Anwar itu sebagai satu sinikal tetapi mereka tidak sampai mengkhianti Anwar secara hidup seperti mana dilakukan Mahathir Mohamad sebelum ini.

Kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din dan lain-lain mengambarkan mereka masih terkenang dan sayangkan Anwar. Dan kehadiran Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama permata hatinya Husam Musa memberi kebahagian kepada semua orang.

Selepas majlis penamaan calon selesai baru saya sampai ke kawasan berkenaan. Jalan raya masih berlaku kesesakan. Hujan yang dikatakan turun menyiram tempat penamaan calon dan Permatang Pauh juga sudah reda. Namun jalan rasa masih penuh dengan kenderaan. Jalan ke luar dari Permatang Pauh semuanya penuh sesak.
Derauan motosikal anak muda yang membawa bendera, DAP, PKR dan Pas kelihatan di mana-mana saja. Mereka nampaknya tidak mempedulikan hujan dan panas. Bagi mereka seolah sedang meraikan kemenangan wira mereka, Anwar Ibrahim. Seolah anak-anak muda ini pun memahami perlawan di Permatang Pauh itu bukan antara Anwar dengan BN, tetapi rakyat dengan Barisan Nasional.

Di bebeapa buah pos PKR terutamanya di Kampung Pauh sudah mula digerakkan secara aktif. Ada pos yang sudah mula berkenduri menjamu para petugas dan penyokong. Kesemua 28 pos PKR sebenarnya digerak sejak seminggu lalu lagi.

Perhatian: Kalau tidak ada aral merintang saya akan postkan beberapa keping gambar di hari penamaan calon semalam yang bakal dikirimkan oleh seorang kawan! Maaf gambar yang dijanjikan tidak dikirimkan sampai saat ini. [wm.kl 10:00 am 17/08/08]



Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

0 Responses

Post a Comment