toqki


Tinggal beberapa hari lg negara, dan rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan kali ke-51. Kemerdekaan yang dinikmati bagi membebaskan Negara dari cengkaman penjajah adalah suatu yang sangat berharga dalam hidup rakyat dan Negara . Namun persoalan yang perlu diteliti ialah bagaimana kemerdekaan dicapai dan bagaimana pula ruang kemerdekaan itu dimanafaatkan .

Suka to'ki ingatkan, penjajah bukan sekadar meragut tanah2 org melayu bahkan turut menjajah minda , budaya dan aqidah ummat Islam di Tanah Melayu.

Penjajah Inggeris , dalam melaksanakan misi dan visi penjajahan mereka di negara kita , tidak hanya meragut bijih dan rempah , tetapi juga menubuhkan sekolah – sekolah Missionary Kristian dan juga kelab – kelab yang menjadi agen kepada Kristian dan Yahudi di atas tanah jajahan mereka untuk melebarkan daerah jajahan melepasi sempadan aqidah ummat Islam .

Apa itu MERDEKA???

Kemerdekaan yang sebenar menurut pandangan Islam bolehlah diertikan sebagaimana kata2 keramat Rub'ie bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:

لله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخر

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.Rub'ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.

Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah:

Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:
1.
Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.
2.
Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum Allah swt bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.


Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:
1. Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.

2. Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.

Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:
1. Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.

2. Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.

Justeru itu: Kemerdekaan yang sebenar ialah :
Membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia.

Membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan islam.

ذهب الإنجليز الحمر و بقي الإنجليز السمر
“Telah pergi Inggeris yang berkulit merah kemerahan namun masih tinggal Inggeris yang berkulit sawo matang”

Kini apa yg berlaku telah berlaku anak watan menjadi lebih Inggeris dari Inggeris , lebih barat dari barat .
KIAN …...

Budaya melayu muslim kian pupus , moral dan akhlak ketimuran kian musnah , adab dan susila kesopanan kian hilang , maruah bangsa dan nilai bahasa kian jatuh ,apatah lagi adab2 muslim, akhlak muslim kian, cara hidup Islam langsung tidak diendahkan terhakis dek anasir2 barat, dakyah2 yahudi dan agenda yg direncanakan oleh tali2barut barat.

Segalanya berlaku dalam ruang kemerdekaan yang disambut ulangtahunnya saban 31 ogos .

Menambah rasa remuk dan terhiris luka perasaan kita apabila jumlah mereka yang murtad ( meninggalkan ajaran ) Islam kian mengerikan, di ruang kemerdekaan yang sendat ini pelbagai institusi agama seperti Pusat Islam , University Islam , Institut Kefahaman Islam , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan sebagainya.Tetapi mengapakah ini masih terjadi??? Manakah yg silap?

Sedang sebelum merdeka , di bawah cengkaman penjajah sekian lama tanpa sebarang institusi agama , aqidah ummah masih dapat dipelihara .

Apabila Pengerusi Majlis Mufti Negera Dato’ Seri Harussani Zakaria mendedahkan bagaimana 250 ribu ummat Islam telah murtad , pelbagai pihak menyindir sinis dan mempertikaikan angka seramai itu didedahkan .

To'ki merasakan bahawa angka tersebut masih terlalu kecil berbanding jumlah sebenar mereka yang menyeleweng dan terkeluar dari manhaj Islam. Betapa ramai rakyat malaysia yg jahil berkenaan hukum hakam agama apatah lg ingin beramal dgn Islam secara 'kaffah' (menyeluruh)

Dimanakah kita ketika ini?

Adakah kita hanyut bersama mereka yg dihanyutkan?

Adakah kita turut sama memperjuangkan kemusnahan anak bangsa kita sendiri?

Adakah kita hanya mengambil sikap berdiam diri tanpa mencari langkah, strategi menahan, menghapus , dan membanteras ideologi yg telah dijajah di pemikiran anak bangsa kita selama ini?

Semua jawapan itu terlatak ditangan anda, fikir2kanlah...

to'ki: tepuk dada tanya IMAN

Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya | edit post
0 Responses

Post a Comment