toqki

Hijab Sang Pencinta

Harga: RM19.90
Penulis: Ramlee Awang Mursyid
Halaman: 520
Nilaian : 4 Bintang

Sinopsis:

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...

inilah novel yg ditunggu2 toqki , beli lama dah.. cuma xde masa je nak ngomen ttg karya terbaru Awang Murshid ni. Novel Hijab Sang Pencinta pelengkap & penutup bagi Cinta Sang Ratu dan Bagaikan puteri.

Mcm biasalah, penulis masih lagi mengekalkan watak Laksamana Sunan sebagai seorang lelaki yg mempunyai peribadi seorang muslim yg sebenar, amat taat kepada perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya

Apa yg menarik perhatian toqki, penulis telah membawa pembaca menyingkap semula sejarah Ashabul Kahfi yg diceritakan ddlm al-quranThumbsUp. Kejadian yg menidurkan para pemuda yg lari menyelamatkan imannya dari pemerintah zaman itu, diterapkan pada watak Laksamana Sunan tatkala operasi pemburuan yg dilancarkan oleh Sultan Melaka ketika itu.

Nak tahu kisah selanjutnya? Beli dan bacalah@ayuk

Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya | edit post
1 Response
  1. yea2! dh bc...
    mmg best...
    tp...mesti dh xde smbungn psl citer laksamana sunan lg... :(


Post a Comment