toqki

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

“Kisah Penjual Tempe”


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi ALLAH tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “ALLAH , aku memohon kepada-Mu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin” Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa ALLAH pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh ALLAH. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “ALLAH, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi-Mu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada ALLAH dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban ALLAH akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “ALLAH, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!
Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada ALLAH kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan ALLAH tidak adil. ALLAH tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa
tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada ALLAH, pasti ALLAH akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “ALLAH, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.” Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “ALLAH, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”. Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada ALLAH. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin
makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh ALLAH…

**************************************************************

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada ALLAH sewaktu berdoa, padahal sebenarnya ALLAH lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa
yang terbaik untuk diri kita.
Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai
hamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa ALLAH akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi ALLAH…

wallahu’alam…

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki



Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.

Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin.

Pengisytiharan itu telah digelar 'Ominous Declaration' (Pengisytiharan Celaka).

Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.

Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.

Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).

Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.

Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis - ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.

Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.

Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).

Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.

Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.

Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.

Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.

Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Tentunya ada diantara sahabat yang merasa kebingungan, mengenai apa-apa saja yang harus dan perlu dipersiapkan menjelang bulan Ramadhan. Untuk itu, bolehlah diterapkan persiapan-persiapan berikut ini :
1- I'dad Ruhi Imani, yakni persiapan ruh keimanan.

Orang-orang yang sholeh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin
sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya
sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, berikanlah
kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami
kepada Ramadhan."

Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah
melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kedzhaliman sejak bulan Rajab.
Tapi bukan berarti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar
sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan
Rajab dan Sya'ban adalah masa pemanasan *(warming up),*sehingga ketika memasuki
Ramadhan kita sudah bisa bisa menjalani ibadah shaum dan sebagainya itu bak
sudah terbiasa.
2- I'dad Jasadi, yakni persiapan fizikal.

Untuk memasuki Ramadhan kita sebaiknya menyediakan fizikal yang lebih kuat
dan bersedia daripada biasanya. Sebab, jika fizikal lemah, boleh menjadikan kemuliaan
yang dilimpahkan oleh Allah swt. pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara optimal.

Maka, sejak bulan Rajab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih
fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnah, banyak berinteraksi dengan al-
Qur'an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan meningkatkan aktiviti seketika
berkecimpung dalam masyarakat.

3- I'dad Maaliyah, yakni persiapan harta.

Jangan salah faham, persiapan harta bukan untuk membeli keperluan
berbuka puasa atau hidangan di hari raya sebagaimana tradisi kita selama ini.
Mempersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah, karena Ramadhan
padanya disediakan peluang yang banyak untuk bersedekah.

4- I'dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.

Agar ibadah Ramadhan dapat direbut seoptima mungkin, diperlukan bekal wawasan dan
tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Antaranya dengan membaca berbagai
bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.

Kegiatan ini berguna untuk mengarahkan kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah saw.
seketika Ramadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan pelbagai jenis ibadah,
atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.

Semoga persiapan yang dilakukan mampu menjadikan ibadah puasa kita kali ini adalah yang
terbaik dalam sejarah puasa yang kita lakukan. Dan semoga ianya diterima oleh Allah swt. dan
diberikan ganjaran yang sewajarnya bila amal dihitungkan untuk diberikan pembalasan.

Aaamiin.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Akhirnya " MAWAR BERDURI " mengikat " TAUTAN HATI " dengan " SYABAB " yang direstui.. Moga2 ikatan Baitul Muslim ini mampu memberikan impak kepada perjuangan Islam, Teruskan berkarya dengan karya2 yang penuh biah solehah dan semangat juang..



Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Oleh : Rabiatul Adawiyah Abd Latif

1.JANGAN berbahas atau berhujah untuk membuktikan sesuatu idea itu salah atau betul. Sebaliknya kita seharusnya sama-sama tolong menolong dalam memperbaiki idea tersebut. Natijahnya, seorang berfikir akan menghasilkan jutaan orang lain yang turut sama berfikir.

2.JANGAN berbahas atau berhujah untuk membuktikan sesuatu idea itu salah atau betul. Sebaliknya kita seharusnya sama-sama tolong menolong dalam memperbaiki idea tersebut. Natijahnya, seorang berfikir akan menghasilkan jutaan orang lain yang turut sama berfikir.

3.JANGAN suka mengkritik idea yang diberikan oleh sahabat anda. Sebalik berilah peluang kepadanya untuk membuktikan kebenaranya. Sama-sama bantu jika anda dapati ada sedikit kecacatan.

4.JANGAN berfikir dalam keadaan otak yang bercelaru di mana dalam satu masa kita cuba menerbitkan idea mengkritik, menilai, mencari maklumat dan membuat keputusan dengan serentak. Cara yang terbaik ialah dengan memikirkan satu perkara dalam satu masa.

5.JANGAN galakkan diri kita untuk memikirkan satu cara atau teknik berfikir sahaja sepanjang masa. Sebaliknya ketajaman pemikiran dapat ditajamkan dengan pemikiran yang pelbagai seperti masa ini kita guna fikiran kritikan, kemudian kalau untuk menilai apa yang kita lakukan kita guna fikiran positif dan sebagainya.

6.JANGAN bersikap egoistic apabila berfikir. Cuba memahami idea-idea yang diberikan oleh sahabat kita. Ambil kebaikan yang boleh diambil dari pemikiran.

7.JANGAN membuang masa dalam memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah kepada kita..

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Klik je utk besarkan

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين اللهم اجعلنى من أهل القرءان هم أهلك وخاصتك يا الله يارحمن يا معلم البيان

Sesunguhnya aku memulakan menyebut usul qiraat imam 'Asim رضى الله عنه kerana masyhurnya bacaan di kalangan umat hari ini.Lebih-lebih lagi di kawasan Asia Timur.

PENGENALAN SEDIKIT LATAR BELAKANG IMAM 'ASIMرضى الله عنه :

Beliau imam Qurra' pertama dikalangan ahli Qurra' Kufah.
Nama sebenar beliau ialah 'Asim bin Abi Najud.
Kuniah beliau ialah Abu Bakr.
Beliau adalah dikalangan tabi'en.
Wafat pada tahun 128 Hijriah di Kufah.
Beliau mempunyai suara yang merdu.

Beliau mengambil qiraat ini daripada Abi Abdul Rahman As-Sulamiرضى الله عنه daripada Imam 'Ali bin Abi Tholibكرم الله وجهه daripada Kekasih Agung Nabi Muhammadصلى الله عليه وآله وسلم .

Telah meriwayatkan daripada beliau dua orang rawi yg masyhur tanpa perantaraan.
1)imam Syu'bah bin 'Ayyasy Al-Kufi(رضى الله عنه )wafat pada tahun 193 hijriah.
2)imam Hafs bin Sulaiman bin Mughirah Al-Kufi(رضى الله عنه )wafat 180 hijriah.

Telah mendahulukan Imam As-Syathibi(رضى الله عنه )dan kebanyakan daripada pengarang-pengarang kitab menyebut Imam Syu'bah kerana beliau mahir dalam bidang hadis dan qiraat.Tetapi pengarang kitab At-Taisir(Abu 'Amr Ad-Daani) telah mendahulukan imam Hafs kerana mahirnya beliau dalam Qiraat Imam 'Asim.

maka aku mengikuti jalan kitab At-Taisir.aku akan menerangkan usul bagi Hafs terlebih dahulu.
semoga ALLAH سبحنه وتعالى memberi kekuatan.KepadaNYA aku bertawakkal.

Manhaj imam Hafs
باب البسملة

  • Membaca basmalah di antara dua surah kecuali diantara surah Al-Anfal dengan At-Taubah.

Wajah bacaan sambung basmalah diantara dua surah selain surah Al-Anfal dan At-Taubah:
1)Menyambung akhir surah dengan basmalah dengan awal surah selepanya tanpa berhenti.
Ini dianamakan(الوصل الجميع)

2)Berhenti pada akhir surah dan basmalah dan awal surah.
ini danamakan القطع الجميع

3)berhenti pada akhir surah,kemudian meyambung basmalah dengan awal surah.
ini dinamakan القطع الأول ووصل الثانى بالثالث



3 wajah bacaan sambung diantara surah Al-Anfal dan At-Taubah tanpa basmalah:

1)waqaf pada akhir surah Al-Anfal dan menyambung surah At-Taubah dengan bernafas.ini dinamakan القطع
2)waqaf pada akhir surah Al-Anfal tanpa nafas dan meyambung surah At-Taubah.
ini dinamakanالسكت
2)menyambung akhir surah Al-Anfal dengan awal surah At-Taubah tanpa berhenti.

ketiga-tiga wajah ini harus ketika menyambung mana-mana surah dengan surah At-Taubah,dengan syarat surah tersebut sebelum surah At-Taubah.
Cth:
menyambung surah Al-An'am dengan surah At-Taubah.

Adapun jika menyambung surah yang terletak selepas surah At-Taubah
Cth:
menyambung surah An-Nur dengan surah At-Taubah,maka imam -imam Qurra' tidak mendatangkan nas pd bacan tersebut.
mengikut Syaikh Abdul Fattah Qodhi dalam kitab Al-Buduruz Zaahirah tertegah padanya
bacaan sambung الوصل dan saktahالسكت
والله أعلم

keterangan:
Perbincangan ini ialah ketika mana seorang qari itu menyambungkan bacaan antara satu surah dengan surah lain.
Maka terkeluar daripada perbincangan bagi qari yang memberhentikan bacaan pada akhir surah.
Terkeluar juga bagi qari yang memulakan bacaan dari awal surah.

ini sedikit daripada pebincangan basmalah.InsyaALLAH aku akan membincangkan khusus untuk tajuk ini di masa akan datang.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العلمين


باب سورة أم القرءان

* Membaca dengan menambah alif mad selepas huruf mim pada kalimah ملك dengan kadar dua harakat sebagai mad asli.

* huruf ha(ه) dhomir(kata ganti nama)
yang tasniah(2 orang)ataupun jama'(ramai)sama ada muzakkar ataupun muannas
yang terletak selepas huruf ya(ي)yang sukun(mati)
contoh: عليهِن، فيهِن ،عليهِما، فيهِما، إليهِما، فيهِم، إليهِم، لديهِم، عليهِم
maka di baca dengan baris bawah ha tersebut sama ada waqaf ataupun sambung

keterangan:terkeluar daripada perbincangan ini ha dhomir yang ifrad(satu)
contoh:عليه ، إليه ،عليها ،إليها
dibaca dengan baris bawah bagi muzakkar
baris atas bagi muannas
tanpa ada khilaf dikalangan ahli qurra'

* membaca sukun(mati) huruf mim(م)yang menunjukkan kepada alamat jama' yang terletak sebelum huruf yang berbaris, ketika waqaf dan sambung.
contoh:عليهم غَير ،عليكم أَنفسكم
keterangan:huruf berbaris yang tersebut sama ada huruf hamzah(عليكم أنفسكم)ataupun yang selainnya(عليهم غير)

masalah:
Jika ia(mim(م)yang jama') terletak sebelum huruf yang mati:
maka dibaca sukun(إسكان )ketika waqaf(الوقف)
dibaca baris hadapan(ضمة) ketika sambung(وصل)
contoh:منهم المؤمنون، من دونهم امرءتين(selepas huruf mim ada hamzah wasl dan lam yang sakinah)

jika sebelum mim(م)yang jama' ( terletak sebelum huruf yang mati)terdapat
1)huruf ha(ه)yang sebelumnya ya(ي)sakinah
contoh:عليهم الذلة, إليهم الذى(huruf ya yang mati)
2)ha( ه ) yang sebelumnya berbaris bawah
contoh:قلوبهم العجل ، بهم الذى(huruf ba yang berbaris bawah)
maka ha(ه )tersebut di baca dengan baris bawah.

Faedah:
jika kita waqaf pada kalimah الرحيمِ maka harus padanya dibaca dengan 4 wajah:
1)membaca dengan mematikan huruf mim bersama 2,4 dan 6 harakat(3 wajah)
2)membaca raum(الروم)baris bawah mim bersama dengan 2 harakat sahaja(1 wajah)
begitulah hukum ketika waqaf diatas huruf yang berbaris bawah sebelumnya ada huruf mad.
Contoh:ملك يوم الدينِ (nun berbaris bawah sebelumnya huruf ya maddiah)
masalah:jika sebelum huruf berbaris bawah tiada huruf mad
Contoh:قال ربكِ(sebelum kaf,huruf ba)
maka harus padanya(kaf)2 wajah sahaja
1)dibaca dengan sukun huruf kaf tanpa mad
2)dibaca dengan raum(الروم) baris bawah kaf tersebut tanpa mad

jika waqaf pada kalimah نستعينُ maka harus padanya dibaca dengan 7 wajah:
1)membaca dengan mematikan huruf nun bersama 2,4 dan 6 harakat(3 wajah)
2)membaca dengan mematikan huruf nun tetapi bersama isymam dengan qadar 2,4 dan 6 harakat(3 wajah)
3)membaca raum(الروم)baris dhommah nun bersama dengan 2 harakat sahaja(1wajah)
begitulah hukum ketika waqaf diatas huruf yang berbaris hadapan(dhommah)sebelumnya ada huruf mad.
masalah:jika sebelum huruf berbaris hadapan tiada huruf mad
Contoh:يا صالحُ
maka harus ketika waqaf padanya(ha)3 wajah sahaja
1)dibaca dengan sukun huruf ha
2)dibaca dengan raum(الروم) baris hadapan ha tersebut
3)dibaca dengan isymam ha tersebut

keterangan:
1)raum :menyebut sebahagian daripada baris dengan kadar satu pertiga daripada baris
2)isymam :memuncung mulut setelah mematikan huruf yang berbari hadapan tanpa ada suara sebagai isyarat kepada baris hadapan huruf tersebut.



باب الإدغام الكبير
Maksud idgham(الإدغام) pada istilah:
Menyebut dua huruf menjadi satu huruf seperti huruf kedua yang taysdid.
contoh:قد دخلو (pada asalnya dua huruf tetapi disebut satu huruf sahaja)
:قد تبين الرشد (pada asalnya dua huruf,tetapi disebut satu huruf
sahaja yaitu huruf yang kedua(ta))

Ia(الإدغام)terbahagi kepada dua bahagian:
1)الإدغام صغير
الإدغام كبير(2

Perbicangan idgham kabir:
Apabila berjumpa dua huruf dalam tulisan mashaf,kedua-duanya berbaris sama ada dalam satu atau dua kalimah.Huruf yang pertama disebut sebagai mudgham(مدغم),huruf yang kedua disebut sbagai mudgham fih(مدغم فيه)

contoh متماثلان :
ما سلكَََكَم ،لكَ كَيدا (kedua-dua kaf berbaris dalam satu kalimah dan dua kalimah)
contoh متجانسان
المساجدِ تِلك (huruf dal dan ta berbaris,kedua-duanya sama pada makhraj tadak pada sifat)
contoh متاربان
يغفرُ لِمن يشاء (huruf ro dan lam berbaris,kedua-duanya berhampiran pada makhraj dan sifat)

  • Jika berjumpa dalam tulisan mashaf dua huruf
yang berbaris kedua-duanya(مدغم فيه dan مدغم) samada dalam satu kalimah atau dua kalimah
yang sama tempat makhraj dan sifat(متماثلان)
ataupun sama pada makhraj tetapi berbeza pada sifat(متجانسان)
ataupun berhampiran pada makhraj atau sifat atau kedua-duanya(متاربان)
maka Riwayat Hafs(رضى الله عنه)membacanya dengan izhar(إظهار)
kecuali pada 2 tempat:
1) (سورة الكهف ( قال مكنى dibaca dengan di idghamkan huruf nun kedalam huruf nun.
2)(سورة يوسف (ما لك لا تأمنا dibaca dengan idgham nun kedalam nun dengan
khilaf(harus memilih salah satu daripda wajah):
1) الإشمام (idgham bersama dengan memuncungkan mulut sebagai isyarat baris hadapan disertai dengung)
2) الروم (membaca satu pertiga daripada baris hadapan huruf nun bersama
dengan izhar)


keterangan:
1)asal kalimah مكنّى adalah مكنَنِى,kedua-dua nun adalah berbaris, yang pertama berbaris atas, yang kedua berbaris bawah lalu di idghamkannya mejadi satu huruf.
2)asal kalimah تأمنّا adalah تأمنُنَا kedua-dua nun berbaris yang pertama berbaris hadapan,yang kedua berbaris atas lalu idghamkannya menjadi satu huruf.

masalah:
termasuk juga dalam perbincangan ini(idgham kabir) dua huruf yang berjumpa pada tulisan tetapi tidak pada bacaan:
contoh:إنه هو (kedua-dua ha berjumpa dalam tulisan,tetapi terpisah pada bacaan kerana mad silah qasirah)
terkeluar daripada perbincangan apabila dua huruf sama ada متماثلا atau متجانسان atau متاربان yang tidak bertemu dalam tulisan:
contoh:أنا نذير(kedua-dua nun dipisahkan oleh alif,sekalipun berjumpa pada bacaan kerana alif tidak dibaca mad)

bab ini akan dibincang secara panjang lebar dalam manhaj Riwayat As-Susi(رضى الله عنه)



باب هاء الكناية
maksud ha kinayah( هاء الكناية)di kalangan ahli Qurra':
Ha' dhomir( هاء الضمير) (ganti nama) yang di ibaratkan bagi sesuatu yang muzakkar mufrad(satu)yang ghaib.

maksud silah( الصلة):
memanjang baris bawah menjadi ya' maddiah,memanjangkan baris hadapan menjadi wau maddiah.Ia datang ketika sambung( الوصل)dan dibuang ketika waqaf(الوقف)

ketahuilah wahai sahabatku bahawa ha kinayah itu datang di dalam empat keaadaan:
1)Ia(ha kinayah)terletak di antara dua huruf mati:
contoh: وءاتيناه الإنجيل (sebelum ha kinayah terdapat huruf mati(alif),dan selepasnya juga terdapat huruf mati(lam)
2)Ia terletak sebelum huruf mati,dan sebelumnya(ha kinayah) huruf berbaris:
contoh:له الحمد (sebelumnya terdapat huruf berbaris(lam)dan selepasnya terdapat huruf yang sukun(lam))

kedua-dua bahagian ini tiada perbezaan di kalangan ahli qurra',iaitu dibaca dengan tanpa silah
عدم الصلة)

3)Ia terletak diantara dua huruf yang berbaris.
contoh:إنه هو(sebelumnya berbaris(nun)dan selepasnya juga berbaris(wau)
4)sebelumnya(ha kinayah) huruf mati dan selepasnya huruf berbaris
contoh:فيه هدى (sebelumnya huruf sukun(ya),selepasnya berbaris(ha')

dua bahagian ini menjadi perbezaan di kalangan ahli Qurra'



  • jika ha' kinayah yang terletak diantara dua huruf yang berbaris(bahagian ke 3) maka Riwayat Hafs membacanya dengan silah(الصلة)baris ha' tersebut,kecuali pada 4 tempat:
1) (أرجه وأخاه ( الأعراق 111 الشعراء 36
2) (فألقه إليهم ( النمل 28
kedua-duanya dibaca dengan dimatikan huruf ha'(selepas huruf jim dan qaf).

3)ويتقه)النور 52 ) dibaca dengan tanpa silah pada huruf ha,dan di matikan huruf qaf
4) يرضَه لَكم) الزمر 7 )dibaca dengan tanpa silah pada dhommah huruf ha'.

  • jika ha kinayah yang terletak sebelum huruf berbaris,dan sebelumnya(ha' kinayah) huruf mati(bahagian ke 4)maka Riwayat Hafs membaca dengan tanpa silah pada baris ha' tersebut,kecuali pada satu tempat:
1)(فيهِ مهانا (الفرقان 69 dibaca dengan silah ha tersebut.

faedah:
asal baris ha' kinayah adalah dhommah
contoh:إنهُ هو,
kecuali apabila terletak sebelumnya(ha' kinayah)huruf yang kasrah(baris bawah) atau
ya' sakinah(mati)
contoh:فيهِ هدى
tetapi Riwayat Hafs telah membaca 2 tempat yang terkeluar daripada kaedah tersebut:
1)وما أنسانيهُ ( الكهف 63
2)عليهُ الله (الفتح 10
kedua-duanya dibaca dengan dhommah huruf ha' tanpa silah.
faedah:
huruf yang terletak selepas ha' kinayah yang silah terbahagi kepada dua bahagian:
1)hamzah
contoh: وله أخ (selepas ha' kinayah yang silah huruf hamzah)
hukumya sama seperti mad jaiz munfasil(المد المنفصل )
harus dibaca dengan 4 dan 5 harakat.
2)selain hamzah
contoh:وملئه فظلموا (selepas ha' kinayah yang silah huruf fa')
hukumnya harus dibaca 2 harakat sahaja

باب المد والقصر
Pada hukum:
1)mad munfasil:Apabila huruf mad(ا ي و)berjumpa dengan hamzah(ء)dalam dua kalimah.
contoh:وما أبرئ
2)Mad Muttasil:apabila huruf mad berjumpa dengan huruf hamzah dalam satu kalimah
contoh:والسماء بناء
maka Riwayat Hafs membaca kedua-duanya dengan 4 atau 5 harakat.

Pada hukum
mad badal:apabila berkumpul huruf hamzah dan huruf mad, huruf mad terletak selepas huruf hamzah
contoh:ءامنو
maka Riwayat membacanya dengan 2 harakat sahaja.

Tiada khilaf di kalangan ahli Qurra' pada bacaan mad lazim di baca dengan 6 harakat.

والله أعلم

باب الهمز المفرد و الهمزتين من كلمة والكلمتين

Perbincangan hamzah mufrad:kalimah yang mempunyai satu hamzah sahaja,sama ada hamzah tersebut berbaris ataupun mati.Bab ini lebih dikhususkan pada hamzah yang mati.
contoh hamzah yang berbaris:يؤخر(hamzah berbaris fathah)
contoh hamzah yang sukun :يؤمنون (hamzah sukun)

maka Riwayat Hafs membacanya dengan tahqiq.
Tahqiq:istilah yang digunakan untuk menunjukkan bahawa menyebut huruf hamzah yang keluar daripada makhrajnya secara sempurna pada sifatnya.

Riwayat Hafs membaca tahqiq pada hamzah mufrad keculi beberapa kalimah.

faedah:

Jika hamzah mati yang terletak selepas hamzah wasal:
contoh: ائذن لى (hamzah mati terletak selepas hamzah wasl)
Jika kita memulakan bacaan pada kalimah tersebut,maka perlu ditukarkan hamzah kepada huruf mad mengikut baris hamzah wasl tersebut.
maka dibaca seperti berikut:ايذن لى (ditukarkan hamzah sukun kepada huruf ya,kerana hamzah wasl bebaris bawah)
contoh lain: اؤتمن (ditukarkan hamzah kepada huruf wau,kerana hamzah tersebut berbaris dhommah jika kita bermula dengannya.



  • Jika berkumpul dua hamzah dalam satu kalimah yang perpasangan,maka riwayat Hafs RA membacanya dengan tahqiq kedua-dua hamzah tersebut:
contoh:
ءأنذرتهم ,أؤنبئكم ,أءذا
kecuali pada kalimah أءعجمي (yang marfu') dalam surah fussilat 44.
maka kalimah ini dibaca dengan tashil hamzah yang ke-dua.

  • Pada kalimah ءاّلذكرين dan yang seumpama dengannya,maka riwayat Hafs membacanya dengan dua wajah:
1) menukarkan hamzah kedua menjadi huruf mad dengan kadar 6 harakat.wajah ini kebiasaanya dibaca.
2)membaca tashil hamzah yang kedua.

bersambung...
إن شاء الله


Sumber: my sifu http://abuelabbas.blogspot.com/

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki


Tinggal beberapa hari lg negara, dan rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan kali ke-51. Kemerdekaan yang dinikmati bagi membebaskan Negara dari cengkaman penjajah adalah suatu yang sangat berharga dalam hidup rakyat dan Negara . Namun persoalan yang perlu diteliti ialah bagaimana kemerdekaan dicapai dan bagaimana pula ruang kemerdekaan itu dimanafaatkan .

Suka to'ki ingatkan, penjajah bukan sekadar meragut tanah2 org melayu bahkan turut menjajah minda , budaya dan aqidah ummat Islam di Tanah Melayu.

Penjajah Inggeris , dalam melaksanakan misi dan visi penjajahan mereka di negara kita , tidak hanya meragut bijih dan rempah , tetapi juga menubuhkan sekolah – sekolah Missionary Kristian dan juga kelab – kelab yang menjadi agen kepada Kristian dan Yahudi di atas tanah jajahan mereka untuk melebarkan daerah jajahan melepasi sempadan aqidah ummat Islam .

Apa itu MERDEKA???

Kemerdekaan yang sebenar menurut pandangan Islam bolehlah diertikan sebagaimana kata2 keramat Rub'ie bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:

لله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخر

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.Rub'ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.

Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah:

Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:
1.
Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.
2.
Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum Allah swt bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.


Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:
1. Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.

2. Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.

Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:
1. Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.

2. Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.

Justeru itu: Kemerdekaan yang sebenar ialah :
Membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia.

Membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan islam.

ذهب الإنجليز الحمر و بقي الإنجليز السمر
“Telah pergi Inggeris yang berkulit merah kemerahan namun masih tinggal Inggeris yang berkulit sawo matang”

Kini apa yg berlaku telah berlaku anak watan menjadi lebih Inggeris dari Inggeris , lebih barat dari barat .
KIAN …...

Budaya melayu muslim kian pupus , moral dan akhlak ketimuran kian musnah , adab dan susila kesopanan kian hilang , maruah bangsa dan nilai bahasa kian jatuh ,apatah lagi adab2 muslim, akhlak muslim kian, cara hidup Islam langsung tidak diendahkan terhakis dek anasir2 barat, dakyah2 yahudi dan agenda yg direncanakan oleh tali2barut barat.

Segalanya berlaku dalam ruang kemerdekaan yang disambut ulangtahunnya saban 31 ogos .

Menambah rasa remuk dan terhiris luka perasaan kita apabila jumlah mereka yang murtad ( meninggalkan ajaran ) Islam kian mengerikan, di ruang kemerdekaan yang sendat ini pelbagai institusi agama seperti Pusat Islam , University Islam , Institut Kefahaman Islam , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan sebagainya.Tetapi mengapakah ini masih terjadi??? Manakah yg silap?

Sedang sebelum merdeka , di bawah cengkaman penjajah sekian lama tanpa sebarang institusi agama , aqidah ummah masih dapat dipelihara .

Apabila Pengerusi Majlis Mufti Negera Dato’ Seri Harussani Zakaria mendedahkan bagaimana 250 ribu ummat Islam telah murtad , pelbagai pihak menyindir sinis dan mempertikaikan angka seramai itu didedahkan .

To'ki merasakan bahawa angka tersebut masih terlalu kecil berbanding jumlah sebenar mereka yang menyeleweng dan terkeluar dari manhaj Islam. Betapa ramai rakyat malaysia yg jahil berkenaan hukum hakam agama apatah lg ingin beramal dgn Islam secara 'kaffah' (menyeluruh)

Dimanakah kita ketika ini?

Adakah kita hanyut bersama mereka yg dihanyutkan?

Adakah kita turut sama memperjuangkan kemusnahan anak bangsa kita sendiri?

Adakah kita hanya mengambil sikap berdiam diri tanpa mencari langkah, strategi menahan, menghapus , dan membanteras ideologi yg telah dijajah di pemikiran anak bangsa kita selama ini?

Semua jawapan itu terlatak ditangan anda, fikir2kanlah...

to'ki: tepuk dada tanya IMAN

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Salam

Alhamdulilah..3 hari to'ki sekeluarga 'bercuti' ke negeri kelahiran penyu. Walaupun penat, dan meletihakn tapi amat menyeronokkan sekali.

Dalam suasana cuti sekolah ni, kami mengambil kesempatan utk bercuti di negeri kelahiran ayah to'ki di marang. Di samping menjenguk keadaan teratak kami yg dibina atas tanah pusaka arwah tok to'ki.hihihi.

Cmne? Besar ke? kecik je benornye..teratak kami tu sebenarnya dibahagikan dua dgn PASTI. Ayah to'ki dah waqfkan separuh tanah pusaka tu kepada Pasti. Allah tu Maha Pemurah, mungkin ayah to'ki ikhlas waqafkan tanah tersebut, ada hamba Allah yg murah hati menyediakan pasir dan batu kepada ayah dan PASTI . Begitulah pembalasan Allah kpd hamba Nya yg melakukan sebarang amalan samada baik atau pun buruk , xsemestinya Dia akan membalas perbuatan kita di akhirat semata-mata, adakalanya Dia akan tunjuk serta memperlihatkan kesan perbuatan dan amalan kita tanpa memakan masa yg lama.

Hidup xlama, makan bukan selamanya, enjoy bukan selalu, so perlu senantiasa beringat. Beringat sehari2 , apa yg telah tangan kita lakukan, apa yg telah kaki kita lakukan, apa yg telah mata kita lakukan , apa yg telah telinga, mulut kita lakukan dan apa yg telah hati kita lakukan..

Semua pekerjaan dan amalan kita akan dinilai oleh Allah serta dihisab di akhirat kelak.

" Hari itu( Akhirat ) kami akan mengunci mulut mereka, dan kami memerintakan supaya tangan mereka berkata2 , dan kaki mereka menjadi saksi atas perlakuan , perbuatan yg telah mereka lakukan di dunia dahulu"


permandangan kg sentol patah dari surau arwah tok to'ki



pantai rhu rendang


Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man



Masjid Kristal

anak sapelah ni..


abid:" abg, ade ape kt atas tuuu"




Hero2 Che Kadir

Puteri2 Ummy ( Puteri Sulung xde)



Poyo gle mamat ni


Ayah & Ummy



-Balik-



to'ki : Rindu sokmo2 ganu kitee

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Sejuta harapan yang aku sandarkan..
Sebekas cahaya Mu untuk terangi jalanku..
Oh Tanpa rahmat ampun Mu tanpa kasih sayang Mu..
Hampa terasa hidupku..

Oh ku ingin bersama Mu, dekat selalu dengan Mu..Bahagia bersama Mu

Ya Allah terangilah gelap hitam hatiku,
Ya Allah sucikanlah hati ikhlas untuk Mu
Ya Allah terangilah gelap hitam jalanku,
Ya Allah sucikanlah hati ikhlas untukmu....

lalalalala...lalalalala...lalalalala....lalalalala..

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

- ke Terengganu -

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Hari Penamaan Calon
Anwar Sudah Menang Besar
Oleh: Sayuti Omar

BAHANA jalan raya mengecewakan saya untuk menyaksikan secara keseluruhan dan live suasana dihari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dilangsungkan di Institiut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Martajam. Lebih tiga jam saya terperangkap di atas jambatan Pulau Pinang. Kesesakan bermula dari atas jambatan hinggalah ke persimpangan untuk masuk ke Permatang Pauh. Silapnya kerana diri sendiri kerana tidak berlepas awal.

Apa yang dapat dilakukan hanya menghubungi kawan-kawan yang sudah pun berada di tempat penamaan calon sejak awal pagi. Telefon dari luar juga bertalu-talu masuk, semuanya ingin mengetahui perkembangan proses penamaan calon itu dari masa ke semasa. Agak susah dan sedih juga apabila penjenguk blog sudah menjadikan saya sebagai news agensi mereka!

Bila mereka jenguk blog tidak ada laporan, ada yang memberanikan diri menghubungi secara langsung untuk mengetahui perkambangan. Kepada mereka saya minta maaf dan terima kasih kerana terus memberi perhatian kepada blog saya.

Laporan daripada kawan di tempat lokasi jam 7:30 memberi tahu keadaan sudah pun penuh sesak. Sebahagian jalan-jalan menuju ke tempat penamaan calon dipenuhi dengan penyokong Anwar Ibrahim. Masing-maing membawa bedera PKR, Pas dan DAP di samping berbagai sepanduk menyuntik semangat dan penguat jiwa. Kombinasi itu boleh dibayangkan bahawa sokongan kalangan rakyat bawahan begitu kuat dan Pakatan Rakyat tidak berpecah.

Akhirnya sampai ke kemuncak jam 10:00 setelah tempoh penamanaan calon tamat. Pemanggil yang berada di lokasi memberi tahu kedudukan kekuatan penyokong masing-masing dengan nisbah 15: 1. Ada yang kata angka kekuatan Pakatan Rakyat 20,000 manakala BN hanya 3,000. Ada yang melaporkan kekuatan PKR 50,000 manakala BN hanya 5,000 dan ada yang ekstrime mengatakan kekekuatan PKR hampir 100,000 manakala BN tidak sampai 2,500 orang.

Bagaimana pun dari angka-angka itu jelas menunjukkan bahawa kekuatan PKR semalam cukup kuat, bersemangat dan mengatasi kekuataan BN.

Satu penemunan yang boleh dijadikan ukuran, semasa berhenti rehat di Tapah dalam perjalanan pulang ke KL, malam tadi saya terserempak dengan seorang anak muda yang mengenakan t-shirt di belakngnya bergambarkan wajah Nik Aziz sanggup menaiki motorsikal untuk ke Permatang Pauh semata-mata untuk mengiringi Anwar ke pusat penamaan calon. Anak muda ini berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Apa yang dilakukan anak muda berkenaan menjelaksan betapa bersemangat dan kentalnya penyokong PKR dan Anwar. Saya tidak fikir ada penyokong calon BN, Arif Shah Omar Shah walaupun hanya dari Perlis yang sanggup bermotosikal dengan memakai t-shirt Muhammad Isa Sabu MB Perlis datang untuk melihat penamaan calon itu?

Ternyata berdasarkan dapatan dan gambaran itu, atas kertas Anwar akan menang dengan muda pada pilihan raya 26 Ogos nanti. Dari segi moralnya suasana yang berlaku semalam sudah dimenangi Anwar. Sumpah yang dikeluarkan oleh bekas pembacuh kopinya sedikitpun tidak menggugat dan dipedulikan oleh mereka yang mengiringi Anwar ke pusat penamaan calon. Sumpah itu telah dipersetankan dan ia tidak memberi apa-apa pengertian kerana yang melapazkan tidak mengerti isi kandung al-Quran Nurkarim.

Begitu juga kebimbangan ekoran berlaku mahasabah (salah perkiraan politik) di kalangan sesetengah pemimpin tertinggi Pas terhadap kredibiliti dan batang tubuh Anwar sebelum ini juga tidak memberi apa-apa kesan. Nampaknya pemimpin Pas tidak mudah dijadikan alat untuk mengagalkan impian Anwar ke Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. Walaupun ada kalangan Pas merasa impian Anwar itu sebagai satu sinikal tetapi mereka tidak sampai mengkhianti Anwar secara hidup seperti mana dilakukan Mahathir Mohamad sebelum ini.

Kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din dan lain-lain mengambarkan mereka masih terkenang dan sayangkan Anwar. Dan kehadiran Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama permata hatinya Husam Musa memberi kebahagian kepada semua orang.

Selepas majlis penamaan calon selesai baru saya sampai ke kawasan berkenaan. Jalan raya masih berlaku kesesakan. Hujan yang dikatakan turun menyiram tempat penamaan calon dan Permatang Pauh juga sudah reda. Namun jalan rasa masih penuh dengan kenderaan. Jalan ke luar dari Permatang Pauh semuanya penuh sesak.
Derauan motosikal anak muda yang membawa bendera, DAP, PKR dan Pas kelihatan di mana-mana saja. Mereka nampaknya tidak mempedulikan hujan dan panas. Bagi mereka seolah sedang meraikan kemenangan wira mereka, Anwar Ibrahim. Seolah anak-anak muda ini pun memahami perlawan di Permatang Pauh itu bukan antara Anwar dengan BN, tetapi rakyat dengan Barisan Nasional.

Di bebeapa buah pos PKR terutamanya di Kampung Pauh sudah mula digerakkan secara aktif. Ada pos yang sudah mula berkenduri menjamu para petugas dan penyokong. Kesemua 28 pos PKR sebenarnya digerak sejak seminggu lalu lagi.

Perhatian: Kalau tidak ada aral merintang saya akan postkan beberapa keping gambar di hari penamaan calon semalam yang bakal dikirimkan oleh seorang kawan! Maaf gambar yang dijanjikan tidak dikirimkan sampai saat ini. [wm.kl 10:00 am 17/08/08]



Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki


Al-Mubahalah (المباهلة) membawa maksud al-Mula’anah (الملاعنة) iaitu saling laknat melaknati. Dalam ertikata lain, saling berdoa diturunkan laknat ke atas individu yang berbohong dari kalangan orang yang bersedia bermubahalah. (Sila lihat al-Qamus al-Muhith)

Mubahalah ini suatu yang dibenarkan (disyariatkan) di dalam Islam bertujuan menyatakan kebenaran dan memusnahkan kebatilan, juga untuk menegakkan hujah ke atas orang yang berpaling dari kebenaran setelah kebenaran itu ditegakkan ke atasnya.

Asas kepada pensyariatan Mubahalah ini ialah firman Allah S.W.T.

Maksudnya: “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpa ke atas orang yang berdusta.” (Ali Imran: 61)

Ayat ini diturunkan sempena dengan kedatangan wakil Nasara Najran ke Madinah yang berhujjah dengan Nabi S.A.W. tentang keyakinan batil mereka berkenaan Isa A.S. namun mereka tetap berkeras dengan keyakinan mereka yang batil itu setelah Nabi S.A.W. mendatangkan hujah yang jelas kepada mereka. Lalu Allah S.W.T. menurunkan ayat di atas supaya Nabi S.A.W. mencabar utusan Nasara itu untuk bermubahalah, namun cabaran itu telah ditolak oleh mereka disebabkan rasa takut atas perbuatan dusta mereka.

Dalam mubahalah setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika dia berada di pihak yang salah. Sebagai contoh satu pihak diminta menyebut: “Ya Allah! jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku”. Sementara pihak yang lain menyebut: “Ya Allah! jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku”.

Apakah Mubahalah khas untuk Nabi S.A.W. sahaja?

Tidak ada bukti yang menunjukkan mubahalah adalah khusus untuk Nabi S.A.W. sahaja. Bahkan mubahalah adalah suatu perkara yang dibenarkan kepada umat Baginda S.A.W. sehinggalah berlakunya kiamat. Ia juga tidak dikhususkan bersama Ahli Kitab sahaja, sebaliknya terhadap setiap golongan yang berselisih. Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi di dalam salah satu fatwanya menyebut:


Maksudnya: “Mubahalah bukanlah dikhususkan kepada Rasulullah S.A.W. bersama Nasara sahaja, akan tetapi ianya umum kepada Baginda dan kepada umat Baginda samaada bersama Nasara atau lainnya. Ini kerana asal dalam pensyariatan hukum, hukum itu umum (untuk semua, bukan khusus untuk Nabi), sekalipun mubahalah yang berlaku di zaman Nabi S.A.W. antara baginda dan Nasara Najran. Ini hanyalah sebahagian perlaksanaannya terhadap makna ayat (al-Quran), bukan menunjukkan terhad kepada hukum dalam keadan itu sahaja.” (Bil. Fatwa: 623 8)

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyebut antara pengajaran dari kisah cabaran Mubahakah antara Nabi S.A.W. dengan Nasara Najran ialah:


Maksudnya: “Bahawa menjadi sunnah dalam berdebat dengan ahli kebatilan, apabila telah ditegakkan hujah namun mereka enggan kembali kepada kebenaran sebaliknya terus berdegil, maka diseru mereka agar bermubahalah. Allah telah memerintahkan rasul-Nya berbuat demikian. Tanpa Allah menyatakan ini bukan untuk umatmu selepas ini. Sepupu baginda Abd Allah bin ‘Abbas juga pernah mengajak mereka yang membantah dalam beberapa perkara furu’ bermubahalah dengannya. Tiada seorang sahabat Nabi SAW yang membantah tindakan itu. Juga al-Auza‘i pernah mengajak Sufyan al-Thauri bermubahalah dalam masalah ‘mengangkat tangan’ tanpa ada yang membantah tindakannya. Ini adalah hujah yang kuat” (Ibn Qayyim, Zad al-Ma‘ad 3/562-563)

Al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab juga pernah menyeru orang-orang yang menentangnya untuk bermubahalah sepertimana yang tercatit di dalam salah satu risalahnya:


Maksudnya: “Dan aku menyeru kepada sesiapa yang menentangku kepada salah satu dari empat perkara: samaada kembali kepada Kitab Allah, atau kembali kepada Sunnah RasulNya, ataupun kembali kepada ijma’ para ulama atau jika dia degil juga aku menyeru dia kepada Mubahalah.”

Syarat-Syarat Mubahalah

(Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.)

1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah

2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.

3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.

4. Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.

5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.

Kesan Mubahalah

1. Ibn Hajar al-‘Asqallani berkata: “Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan.”

2. Seorang ulama India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari (الشيخ أبوالوفا ثناء الأمرتسري) telah melakukan mubahalah dengan Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang mendakwa dirinya seorang Nabi. Lalu Allah S.W.T. membinasakan Mirza Ghulam Ahmad selepas setahun dari hari mubahalahnya. Manakala al-Syeikh Abi al-Wafa’ terus dipanjangkan umurnya hampir 40 tahun selepasnya. (Sila lihat al-Qadyaniyyah Dirasaat wa Tahlil oleh Ustaz Ihsan Ilahi Zahir. m.s. 154-159)

Wallahu a’lam.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Syaikh Daud Abdullah al-Fatani menyebut dalam kitab Hidayatu al-Muta’allim[1]: ketika mengulas tentang perlaksanaan hukum hudud zina:

“(Bermula ) zina yang wajib [hukuman] had itu iaitu orang yang melazimkan hukum [mukallaf] lagi mengetahui dengan haramnya [berzina] dengan memasukkan hasyafah [forehead] atau kadarnya [sekiranya zakar yang tidak mempunyai hasyafah] dengan faraj atau dubur yang haram bagi ‘ainnnya, lagi keinginannya pada tabiatnya [tidak dipaksa] dengan tiada syubhah…….”

Syaikh Daud menyambung dengan menyebut pengecualian daripada hukum, yakni tidak sampai dihukum dengan hukum hudud tetapi ditakzirkan:

“Tetapi tiada thabit [hukum had] dengan tiada masukkan [zakarnya] ke dalam faraj seperti bergurau-gurau jua atau dengan di wati isterinya pada masa haidhnya dan puasa atau di wati [disetubuhi] pada dubur[2] [isterinya] atau diwati sahayanya yang ada suaminya atau yang di dalam ‘iddah atau sahaya itu mahramnya atau diwati dengan tergagah [dipaksa] atau dihalalkan oleh orang alim [seperti fatwa ulama shiah tentang nikah mut’ah] atau diwati orang mati atau akan binatang, maka tiada [dilaksanakan] hukum had pada segala perkara itu” [m/s 300-301]

2-Syaikh Daud Abdullah al-Fatani di dalam kitabnya Fathu al-Mannan[3] yang merupakan terjemahan kepada kitab Safwatu az-Zubad menyebu dengan jelas yang hukum hudud qazaf meliputi tuduhan liwat:

Dan wajib atas melontar[4] dengan liwat dan zina* didera dulapan puluh bagi orang yang hurr [5] dan muhsana*

dan bagi sahaya setengah ketahui engkau orang yang muhsana* iaitu orang mukallaf yang Islam lagi merdeheka tiada berzina*

dan jika berdiri baiyyinah atas yang kena tuduh atas berzinanya* gugurlah seperti adalah benar bagi tuduh atau dimaafnya*

(Dan wajib) atas orang yang menuduh akan seseorang semada laki-laki atau perempuan dengan liwat atau dengan zina seperti dikatakan “zanaita”, “latta” [yang bermaksud] zinah engkau, atau diliwat engkau atau “lat” bagi fulan , telah liwat dengan dikau sianu atau “ya zani” atau “ya la it”, dan yang menuduh itu orang mukallaf lagi dengan ikhtiarnya , yang bukan usulnya [yang membuat tuduhan bukan ayah atau datuk], maka tiada dihadkan [tiada dihukum dengan hukuman had] kafir atau kanak-kanak dan orang gla atau jahil ia akan haramnya sebab baharu masuk Islam atau jauh daripada ulama’ atau tergagah [dipaksa] .

3-Syaikh Muhammad Ismail al-Fatani di dalam kitab Matla u’ al-Badraini menyebut:

(Bermula hukum liwat) seperti hukum zina iaitu dihadkan dia yakni direjamkan dia jika ada ia muhsan, dan dipukul dan didagangkan [buang daerah] akan dia jika tiada muhsan , atas yang mazhabnya [yakni mazhab Imam as-Syafi’ie] ialah yang mu’tamad-nya dan muqabalah-nya [yang tidak mu’tamad] bahawa sanya dibunuh akan dia mutlaqan[apa cara sekalipun], dan kaifiyyat membunuh akan dia itu beberapa wajah, salah suatunya dibunuh akan dia dengan pedang, dan keduanya direjamkan dia dan ketiga dirobohkan jidar [dinding] atasnya atau dicampakan dia daripada tempat yang tinggi, {hukuman bunuh] ini pada fa’il [pelaku] yakni yang meliwatnya, adapun yang kena liwat, maka dipukulkan dan didagangkan akan dia, jika ada ia mukallaf lagi taat [dilakukan secara rela] ia akan dia semada ia muhsan atau tiada, semada laki-laki atau perempuan , jika tiada mukallaf atau yang digagahi[ dipaksa] akan dia maka tiada dihadkan atasnya, maka makna liwat itu [ialah] wati pada dubur laki-laki , jika pada dubur sahaya yang laki-laki sekalipun, atau pada dubur perempuan . Dan wajib had padanya [kesalahan ini] pada yang lain daripada [meliwat] isterinya dan sahaya yang perempuan (m/s 195)

Syaikh Muhammad Ismail menyebut dalam bab Qazaf dalam kitab ini:

(Dan tertegah) maqzuf yakni orang yang dituduhkan dia daripada bersumpah kerana bahawa sanya harus bagi qazif yakni yang menuduh ia suruh maqzuf bersumpah atas ketiadaan berzinanya dan jika serta kuasanya atas baiyyinah sekalipun[6], pada [pemahaman] kebanyakan ulama maka [jika] bersumpah maqzuf , dihad-kan qazif dan jika tiada bersumpah maqzuf gugurlah had qazif (m/s:196)

4-Tuan Tabal, Syaikh Abdul Samad Soleh al-Kelantani dalam kitabnya Minhatu al-Qarib[7] menyebut:

(dan bermula) hukum liwat (yakni) wati pada dubur orang lain daripada isterinya, ini seperti hukum zina juga atas qaul yang mu’tamad (adapun liwat) pada isteri atau sahaya perempuannya maka ditakzirkan dia jua jika berulang-ulang, jika tiada berulang-ulang maka tiada ditakzirkan padanya (m/s 215)

5-Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani menyebut dalam kitabnya ‘Unwanu al-Falah, tentang perlaksanaan hukum hudud atasjenayah zina dan liwat, serta syaikh memilih salah suatu qaul daripada menyatakan hukuman liwat:

Dan disyaratkan pada wajib had itu taklif maka tiada dihad-kan kanak-kanak dan orang yang gila bahkan dita’dibkan keduanya (dan hukum) liwat [sama dengan] hukum zina. Dan orang yang dikerjakan [ orang yang kena liwat] pada duburnya itu had-nya jild [sebatan] semada muhsan atau tiada (m/s 75)

6- Syaikh Muhammad Ismail al-Fatani dalam kitabnya Kasyafu al-Litham menyebut dalam bab Qazaf:

(Furu) Harus yang menuduh itu menuntut akan yang kena tuduh itu suruh bersumpah atas tiada ia [orang yang kena tuduh] berzina , dan jika enggan ia [orang yang kena tuduh] daripada bersumpah gugurlah hadnya [had qazaf atas yang menuduh], dan jika bersumpah ia [orang yang kena tuduh]. Dihad-kan dia [yang menuduh] [inilah] kata kebanyakan ulama’, tiada didengarkan dakwa dengan zina dan bersumpah ia atas menafikan dia melainkan pada masaalah ini jua seperti kata dalam [kitab] Syarah Raudah[8]

Dalam persoalan yang lebih menjurus dicatitkan:

(Furu) Ditanya akan [Imam} Ramli daripada seorang yang mendakwa ia atas seorang yang lain bahawa sanya ia [yang kena tuduh] liwat dengan dia, maka engkar ia [yang kena tuduh], maka adakah [perlu] bersumpah ia [yang kena tuduh] yakni menuntut suruh bersumpah , dan apabila kamu kata tiada disumpahkan dia [yang kena tuduh enggan bersumpah], maka apabila tiada didirikan baiyyinah [saksi dan bukti yang secukupnya] dihad-kan dia [yang menuduh] yakni akan orang yang mendakwa itu? Apabila maaf maqzuf [orang yang kena tuduh] itu daripada [dilaksanakan hukum] had [ke atas yang menuduh], maka adakah bagi qazif tuntut suruh bersumpah akan dia atau tiada?

Dan maka jawab ia dengan bahawa sanya ia [yang menuduh] iqrar atas dirinya dan menuduh ia[ yang menuduh] akan di fa’il [yang dituduh sebagai pelaku] , maka [ dalam keadaan ini] jika menuntut ia [yang kena tuduh] akan had qazaf-nya [terhadap yang menuduh], niscaya adalah baginya[yang kena tuduh] menyumpahkan [bersumpah] dia atas nafi liwatnya [meliwat si penuduh], dan jika [sekiranya ] tiada menuntut ia [yang kena tuduh] akan [hukuman] had-nya [dilaksanakan ke atas yang menuduh] maka tiada boleh dituntut bersumpah. (m/s:369)

Syaikh Muhammad Ismail menyebut ‘rational’ fatwa ini dalam kitabnya yang sama:

Bermula orang yang mendakwa itu orang yang mukhalafah [menyalahi] oleh [dengan perkataan] katanya akan zahir dan mudda’a ‘alahi [orang yang kena dakwa] itu orang yang muafakat akan yang zahirnya m/s: 455

8. Sayaikh Daud Abdullah al-Fatani dalam kitabnya Furu al-Masail mencatitkan persoalan yang sama:

(Soal radiyyallahu ‘anhu ) daripada seorang dakwa atas seorang [yang lain] bahawa ia liwat, maka engkar ia [yang kena tuduh], adakah ia [yang kena tuduh] bersumpah atas ketiadaannya [melakukan liwat tersebut] ? Dan jika kita kata tiada [kewajiban] atasnya bersumpah , makajika tiada [pula] didirikan baiyyinah [oleh yang menuduh] adakah didirikan [dilaksankan hukuman] had atas mudda’ie ? Dan apabila memaafkan oleh yang kena tuduh daripada hadnya [hukuman ke atas yang menuduh kerana qazaf], maka adalah bagi yang menuduh suruh ia bersumpah?

(Maka dijawabnya) bahawa sanya ia mengaku atas dirinya [diliwat] dan menuduh ia bagi yang berbuatnya dengan dia [yang menuduh], maka jika menuntut [ oleh yang kena tuduh] akan dia [yang menuduh] dengan [dikenakan] had qazaf , harus ia [yang menuduh] menuntut suruh [yang kena tuduh] bersumpah atas menafikan liwatnya, manakala dimaafkan daripadanya [tiadalah dilaksanakan hukum had ke atasnya], dan jika tiada [menuntut hukum had qazaf ke atas yang menuduh] maka tiadalah boleh ia menuntut suruh ia bersumpah[9]. (m/s:323)

9-Syaikh Abdul Rauf Singkel dalam kitabnya Mira atu at-Tullab menyebut:

Bermula wajib had zina itu atas orang yang menetap [mukallaf] bagi segala hukum Islam lagi tahu ia akan haramnya dengan sebab memasukkan hasyafah atau kadarnya [bagi yang tiada hasyafah] ke dalam faraj semada faraj itu qubul atau dubur dan semada ia daripada lelaki atau perempuan dan adalah faraj itu faraj yang diharamkan ia kerana ‘ainnya lagi yang keinginannya pada tabiat yang sejahtera dan adalah masuknya itu dengan tiada syubhah dan ada yang empunya faraj itu diupah lagi menghalalkan dirinya atau mahramnya sekalipun. (m/s:447)[10]

Lihat bagaimana keatanya syarat baiyyinah bagi menthabitkan perbuatan zina yang dijatuhkan hukuman hudud, Syaikh Abdul Rauf menyebut dalam kitab yang sama:

(Soal) jika bertanya seorang apabila naik saksi orang yang diqabulkan [diterima] saksinya [kesaksiannya] padahal kurang daripada empat orang akan zina seorang, adakah thabit zina dengan dia [orang yang dituduh] atau tiada, maka apabila tiada thabit dengan dia [kesaksian yang tisak cukup empat orang] [kesalahan] zina adakah wajib atas sekelian saksi had atau tiada

(Jawab) tiada thabit zina dengan dia dan wajib atas sekelian saksi itu [hukuman] had supaya jangan jatuh pekerjaan [practice] itu membinasakan hormah [kehormatan/maruah] manusia dengan rupa saksi. Dan demikian lagi jikalau naik saksi akan zina itu sekelian perempuan atau segala sahaya atau ahli az-zimmi , niscaya wajib [hukuman] had atas mereka itu kerana bukan mereka itu ahlu as-syahadah (yakni) yang bukan patut akan [menjadi] saksi (m/s 450)

10-Syaikh Muhammad Nur Bin Ismail al-Fatani dalam kitabnya Kifayatu al-Mubtadi menyebut:

(Dan) hukum (liwat) iaitu memasukkan hasyafahnya atau kadarnya (pada) dubur (lelaki) dan jika sahayanya atau pada dubur perempuan yang bukan isterinya atau gundiknya [sahaya perempuannya sama dengan] (hukum zina) maka direjamkan fa’il yang muhsan dan dipukulkan yang tiada muhsan dan didagangkan dia [dibuang daerah] sepeerti yang telah lalu sebutnya. Adapun yang kena perbuat maka dipukulkan dan didagangkan dia semada muhsan atau tiada, maka iaitu atas mazhab, maka ialah yang mu’tamadnya pada [hukuman] liwat dan muqabalahnya [pendapat yang tidak mu’tamad dalam mazhab] dibunuhkan fa’il-nya dan kaifiat membunuhkan dia itu bersalah-salahan padanya, kata setengahnya dengan pedang dan kata setengahnya direjamkan dia dan kata setengah dirobohkan jidar atasnya dan kata setengah dicampakkan akan dia daripada puncak gunung yang tinggi[11] m/s 310-311

!1- Dalam Kitab ‘Umdatu as-Salik , sebuah kitab feqah mazhab Imam as-Syafi’ie berbahasa arab, karangan Syaikh Ahmad Ibn Naqib . Terdapat edisi kitab ini yang dibuat ta’liqat oleh Syaikhuna Nuruddin al-Banjari. Kitab ini juga telah diterjemaholeh Syaikh Nuh Hamim Keller ke dalam bahasa inggeris dengan baik sekali. Terjemahan yang saya fahami adalah lebih kurang:

Apabila membuat tuduhan (qazaf) oleh seorang yang baligh, beraqal dan dengan pilihannya [tidak dipaksa] sedangkan dia seorang muslim, atau seorang zimmi atau seorang yang murtad atau seorang kafir yang diberi jaminan keamanan terhadap seorang yang muhsan, bukan anak kepadanya dengan tuduhan zina atau liwat dengan jelas [sarahah] atau dengan simbolik [kinayah] beserta dengan niat maka dikenakan hukum had

Khulasah

Jelaslah dalam matan-matan kitab yang telah dirujuk menunjukkan hukuman hudud bagi jenayah liwat adalah di bawah bab jenayah zina dan hukumannya sama bahkan lebih berat. Sementara tuduhan zina ke atas seorang yang muhsan membawa kepada jenayah qazaf, sudah tentu tuduhan liwat, yang disebut oleh Imam al-Mawardi yang liwat itu adalah perlakuan yang lebih dahsyat daripada zina itu juga diambil kira sebagai qazaf.

Sementara jika ada seorang yang mengaku dirinya diliwat tanpa mendatangkan baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf syara’ ,sedangkan orang yang kena tuduh itu pula menafikan tuduhan tersebut dan dia meminta kepada qadi agar orang yang menuduh itu didakwa sebagai orang yang melakukan qazaf. Dan orang yang menuduh itu kerana menguatkan hujjahnya, dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh itu bersumpah menafikan yang dia telah meliwat orang yang menuduh. Maka apabila orang yang kena tuduh itu bersumpah maka orang yang menuduh itulah yang dijatuhkan hukuman had qazaf.

Sekiranya orang yang menuduh itu mempunyai baiyyinah atau qarinah, sepatutnya dia menthabitkan jenayah orang yang kena tuduh itu dengan menggunakan baiyyinah dan qarinah tersebut, jangan diminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, kerana sekiranya orang yang dituduh itu bersumpah menafikan yang dia meliwat orang yang menuduh, maka hukuman had qazaf jatuh ke atas orang yang menuduh. Itulah kefahaman kebanyakan ulama dalam mazhab Imam as-Syafi’ie. Ini kerana apabila dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, implikasi undang-undangnya ke atas orang yang membuat tuduhan ialah dia mesti menerima butiran sumpah yang dibuat oleh orang yang kena tuduh

Bagaimana pula sekiranya orang yang membuat tuduhan itu tidak mempunyai baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf oleh syara’ dan mendesak agar orang yang kena tuduh bersumpah? Tidakkah dia takut kepada hukuman lapan puluhan sebatan thabit ke atas zimmahnya, serta dia akan dikira sebagai seorang yang pembohong di sisi hukum syara’. Mengikut Imam as-syafi‘ie dan sebahagian ulama yang lain, sekiranya orang yang melakukan qazaf ini bertaubat sekalipun, maka taubatnya itu di antara dia dan Allah, dari segi perlaksanaan hukum syara’ dia dikira sebagai ‘fasiq’ sampai bila-bila.

Begitulah perincinya hukum Islam, alhamdulillah keperincian perbincangan hukum itu juga dikupas oleh ulama-ulama jawi dalam kitab-kitab mereka. Kita diwariskan dengan khazanah ilmu yang sangat bernilai dan mendalam sifatnya, rugilah bangsa yang tidak tahu menilai warisan sendiri serta dalam kejahilan mereka itu pun , mereka sanggup memandang orang tua mereka sebagai orang yang tidak memahami Islam yang luhur dan lengkap-melengkapi sebagaimana yang mereka faham sekarang. Aduhai bangsaku, adakah ini nasib kita selepas 51 tahun merdeheka…..

Alhamdulillah selesai membuat catitan selepas zuhur satu Syawal 1429H. Ia diselesaikan dengan segala keterbatasan ilmu dan faham dan rujukan tetapi memandang dengan sangka yang baik terhadap ‘inayah dan taufiq dari Allah , semoga catitan ini memberi manafaat kepada pencatit yang serba kekurangan dan saudara-saudaranya yang mahu memahami dan menghayati kebenaran.


[1] Naskhah yang dirujuk dicetak Matba‘ah al-Miriyyah pada tahun 1312 H. Alhamdulillah ianya adalah naskhah yang lengkap.

[2] Anal-sex yang tidak dijatuhkan hukuman hudud itu ialah dengan isteri atau sahaya, bagaimanapun ditakzirkan

[3] Naskhah yang dirujuk dicetak di Matba‘ah al-Miriyyah pada tahun 1330H. Matan Zubad diterjemah dalam bentuk puisi serta diikuti oleh syarah di dalam bentuk prosa. Sedang kitab asalnya yang berbahasa ‘arab ditulis oleh Syaikh Ahmad ibn Raslan dl-Dimasyqi.

[4] Melontar maksudnya menuduh

[5] Hurr orang yang merdeka-bukan sahaya

[6] Apabila si penuduh meminta agar orang yang kena tuduh bersumpah, bererti dia mengiktiraf apa yang disumpah oleh orang yang kena tuduh.

[7] Naskhah yang dirujuk di cetak oleh Di. Ya Ikhwan

[8] Cetakan tahun 1345H

[9] Naskhah yang dirujuk cetakan Matba’tu al-Misriyyah pada 1307H

[10]Siap ditulis pada tahun 1184H. Naskhah yang dirujuk dicetak di Matba’atu Ummu al-Qurra pada tahun 1309H.

[11] Naskhah yang dirujuk cetakan Dar al-Maarif, Pulau Pinang (t.t)

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU