toqki

"Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia"


Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia.

Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya. Kata orang, dengan menyalakan lilin kepada orang lain, lilin kita tidak akan padam… tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu.

Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Apakah formula mujarab untuk membahagiakan isteri?


Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa si 'dia' adalah amanah dan anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup sepanjang episod kembara kita di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.


Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu.

Itulah "modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada perkara yang lain?

Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita.



Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir.

Kata Dr Fadhilah Kamsah :

"Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih… mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh “kedutan” itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu “mercu tanda” pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita"


Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni.

Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati “turun” ke mata. Yang kita lihat bukan “body” tetapi budi.

Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi… tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan.

Love is verb – cinta itu tindakan.

Bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestapa…

Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.



Mungkin si kaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang “permaisuri”. Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang “orang gaji”. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!


Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata.

Malangnya, kita selalu terlepas pandang. Sesuatu yang ‘terlalu’ dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai.

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi…

Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang ‘hilang’ akan berganti? Apakah ibu ayah , isteri, suami yang ‘pergi’… akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada.

Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak ‘pulang’ atau tidak ada lagi si 'dia' yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda ‘pergi’ atau dia yang ‘pergi’. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

UNTUKMU SAYANG

Sungguh aku tidak akan mensia-siakan mu
Masakan dalam diri ini aku bisa lupa
Pada orang tersayang yang banyak berjasa
Aku tidak akan lupa

Dalam suka dan duka ku
Sentiasa kau disisi ku
Dalam bangun dan jatuh ku
Kau sentiasa memujuk ku

Kau ku sayang…
Itulah teman ku sepanjang jalan

Kekasih,
Kekadang lidah terlalu cepat melontar kata
Membuatkan hati mu sering sahaja terluka
Badan mu penat melayan karenah ku
Tapi kau tetap menerima ku

Bila berjauhan sesaat,
sendu itu memuncak,
Ingin ku dakap,
Ingin ku peluk,
Tidak mahu ku lepaskan
Mahu sahaja ku menjerit nama mu

Cinta itu semakin kukuh…

Sayang,
Aku tidak pernah meluahkan
Bila jemu, letih dan putaran hidup kian mencengkam
Tetapi percayalah…
Cinta ku tidak pernah letih
Sayang ku tidak pernah padam
Rindu ku tidak pernah hilang

Dalam sunyi dan ratap
Engkau tetap hadir dalam doa dan harap

Ya, Allah..
Rahmatilah kekasih hati ku di bumi
Agar cinta kami membumbung tinggi
Tiada sempadan, tiada tara,

sampai syurga!
Amin.


toqki : terima kasih sayang, kerna sabar mengenaliku...

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki


Bulan ini membuatkan saya betul kesempitan, bukan sempitnya duit, tapi kesempitan masa. Dek gara-gara peperiksaan yang menjelma.

'Ala kullia hal, saya ucapkan jutaan terima kasih diatas kesudiaan sahabat-sahabat semua yang setia menjenguk dan memberikan komentar di blog ini.

Khususnya pengunjung setia blog
T O Q K I Z O N E ini.
Mereka itu adalah:

1. Kak Afzan (azansubuh) 25 kali menjenguk saya untuk bulan ini.
2. Ustaz Din Tantawi (episod sebuah perjuangan) 21 kali - saya tak sangka Us Din acapkali masuk blog ana :)
3. tinta-aisya (zaujah ustaz Faisal) 20 kali
4. Ustazah Zaleha(Bisikan Semalam) 17 kali
5. Anas (adik saya) 16 kali


Klik untuk membesarkannya


Artikel yang kerap kali dibaca bulan ini ;

1. Ketika Cinta Itu
2. Khas Untukmu Abdullah ( mungkin sebab tuannya kot, maka ramai yang berkenan baca)
3. Cinta Oh Cinta (cinta lagi, sayakan mat jiwang)
4. Apa dah jadi dengan ustaz dan ustazah kita
5. Belajar dengan si DUNGU


- Maaf, tidak ada anugerah buat anda semua, saya kesempitan waktu:)
- Terima kasih buat Qudwah kerna sudi bagi anugerah ni :)





Terima kasih daun keladi, lain kali datanglah lagi!!!



post signature

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Subuh ini membuatkan saya leka membaca beberapa muqarar (sukatan) dari kitab nihayah as-sul untuk peperiksaan esok dan secara tidak sengaja hati dan pemikiran saya seolah-olah terbang mengembara dalam satu perjalanan yang jauh entah ke mana.

Terlalu sunyi, sehingga degup hati pun dapat dirasakan. Nafas dihela perlahan-lahan. Mencari makna pencapaian dan kejayaan. Apakah aku akan berjaya atau telah berjaya?

Ini soalan yang tidak relevan, hati saya memberi jawapan tanpa dipinta.

Orang yang berjaya tidak sempat bertanya apakah aku telah berjaya seperti mana orang yang bahagia tidak akan bertanya apakah saya bahagia?

Di mana ukuran kejayaan ku? Aku gagal atau berjaya?

Sering dibisikkan dihati, kejayaan itu apabila tercapai tujuan hakiki dalam hidup. Lalu apakah tujuan hidup itu?



Ini soalan asas yang sejak dahulu telah diberitahu bahawa tujuan hidup adalah menjadi hamba kepada Allah – IBADAH.

Ah, mudahnya. Tetapi tidak semudah itu apabila istilah ibadah itu hendak ‘ditulis’ dalam kehidupan.

Sering sekali tujuan dibayangi hajat dan keperluan, hingga alat bertukar menjadi matlamat bila memburu nikmat hingga terlupa Pemberi nikmat. Acapkali hajat hidup (makan, minum, kenderaan, rumah, harta, kejayaan) bertukar menjadi TUJUAN hidup.

Padahal, tujuan itulah yang pertama dan utama. Keperluan itu hanya perkara kedua yang datang selepasnya. Tujuan itu mengabdikan diri kepada Allah penuh seluruh.

Manakala makanan, pakaian, kediaman, KEJAYAAN dan harta serta dunia segalanya hanya keperluan hidup.

Tujuan itu ialah rasa kehambaan – takut, cinta, harap, taat – seorang hamba kepada Allah.

Keperluan itu ialah alat mencapai tujuan. Tujuan itu letaknya di hati.



Manakala keperluan itu harus di letakkan di tangan. Apakah hatiku sarat dengan TUJUAN?

Atau alpa hanya memburu memperbanyakkan keperluan dan hajat-hajat nafsu yang tidak pernah kenyang??

Ah, malang sekali jika aku merasakan kejayaan itu hanya apabila tercapainya keperluan. Pada hal, hati dan diri masih jauh daripada berjinak-jinak dengan Allah.

Jiwa masih liar. Nafsu masih buas. Dan tanpa disedari sering juga keperluan dimertabatkan sebagai tujuan. Cinta Allah tersisih, takutkan Allah terpinggir, hanya kerana hajat yang dicari tanpa henti atau yang telah melimpah tanpa batas tapi tak pernah puas!

Adakah aku mencari MU bila mana aku inginkan HAJAT??

Dan lebih aneh kalau ukuran kejayaan telah tertukar tanpa sedar. Kita mengukur ertinya pada neraca keperluan hajat bukan tujuan.

Aku lebih berjaya, kalau harta, rumah dan kenderaan ku mewah dan bertambah.

Aku berjaya jika manusia memandang tinggi padaku!

Padahal di neraca tujuan, timbangan cinta, takut dan harap mu kepada Allah kian ringan.

Kekadang, pandai syaitan berkias kata, berkilas rasa… katanya, kau mencari segalanya kerana Allah jua. Kalau kerana Allah, bagaimana hati mu?

Jika benar harta dan milik mu itu kerana Allah jua, bagaimana rasa hati mu ketika mencari, mengurus dan mentadbirnya? Apakah segala-galanya diurus tadbir dengan rasa takut, cinta dan mengharap keampunan-Nya?

Bagaimana pula dengan solat mu, kian khusyuk? Bagaimana dengan puasa mu, sudah soleh? Bagaimana dengan zakat dan sadakah mu sudah luhur? Bagaimana dengan mazmumah mu telah lebur?

Hati ‘besar mu’ boleh menipu wahai diri… tetapi ‘hati kecil mu’ tidak mampu menipu.

Hati kecil mu sentiasa tidak rela dan tega untuk menipu diri sendiri! Dialah yang paling terseksa apabila kau mengukur kejayaan berdasarkan keperluan, bukan tujuan! Makanan dan ubat jiwa bukan harta… tetapi cinta. Cinta Allah dan takut kepada-Nya.


Hari semakin cerah.. Akal semakin diheret dalam kembara hati yang bersimpang-siur. Apakah destinasi ku saat ini? Apakah tujuan atau keperluan? Hati besar dan hati kecil terus berebut untuk mengendali kemudi diri!

Sayidina Ali pernah berkata di satu ketika,

“Wahai dunia, janganlah tipu aku… janganlah tipu aku… aku telah ceraikanmu dengan talak tiga!”

toqki : doakan saya bisa jawab paper esok dengan baik dan tenang :)

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki


Alhamdulilah, itulah ucapan yang mampu saya ungkapkan setelah melangkah keluar dari dewan peperiksaan hari ini.

Walaupun ada sedikit gementarnya, tapi ketenangan yang saya rasa sungguh mententeramkan...dan perasaan tenang itu menjadi lebih indah setelah membersikan anggota yang 4 dan terus mengadu cinta dan rindu pada-Nya. Indahnya merasakan ketenangan anugerah Mu itu ya Allah!!

Banyak benda hari ini saya belajar, saya sangat bahagia hari, sungguh saya terlalu bahagia hari ini. Apa sebab? Saya tidak pasti, betul!

Amat tepatlah bahawa apa yang kita fikirkan, selalunya sangat mempengaruhi hati dan suasana yang ada disekeliling kita. Justeru, jika kita ingin mengetahui bagaimanakah keadaan pemikiran kita – sama ada positif atau negatif, kesanlah perasaan kita.

Ceria atau nestapa. Jika ceria, insya-Allah itu petanda fikiran kita positif dan insya-Allah tindakan-tindakan kita pun akan jadi positif juga. Tindakan yang positif, akan menghasilkan natijah yang positif.



What you see, is what you get – apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat.

Maksud “see” di sini bukan dengan mata, tetapi dengan pemikiran dan perasaan. Jika pemikiran kita positif terhadap sesuatu perkara, maka kita akan mendapat sesuatu yang positif daripadanya. Tetapi jika kita melihat sebaliknya, yang negatif akan kita dapat sebagai balasannya.

Dalam kaedah psikologi ada yang dinamakan “reframing” – yakni, memberi erti baru kepada sesuatu yang negatif. Misalnya, kita gagal dalam peperiksaan… Itu buruk bukan?

Tetapi cuba beri erti baru, itu sebenar peluang untuk kita lebih memahami apa yang kita pelajari. Mungkin juga untuk memberi ruang bagi kita koreksi diri. Atau memberi tumpuan yang lebih lagi pada subjek yang kurang kita gemari.

Bukan menafikan realiti, tetapi dengan “reframing” kita akan dapat ketenangan hati dan kestabilan fikiran untuk menyelesaikan kemelut kehidupan.

Itu semua kaedah yang dianjurkan oleh pakar psikologi. Tetapi Islam punya kaedah yang lebih hebat daripada itu.

Kita ada ajaran 'Husnu Zhon' bersangka baik sekali gus dilarang berprasangka (itu satu dosa).

Kita ada anjuran untuk berdoa – bukankah dalam doa kita pinta yang baik-baik dan pinta dijauhkan daripada yang buruk.

Kita ada tawakal, ada solat hajat, ada istikharah dan ada muzakarah. Semuanya yang dibuat atas dasar yang baik dan mengharap yang baik-baik.

Semunya itu hakikat satu “mekanisme Ilahi” untuk melakarkan sesuatu yang positif dalam fikiran dan hati para insani.

Malah, Allah sendiri menegaskan – AKU menurut sangka hamba-KU! Jadi, inginkan kebaikan? Sangka baik dengan Allah, dengan diri sendiri dan dengan orang lain serta sikon (situasi & kondisi) yang dihadapi.

Ingat betul-betul bahawa hati itu umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yang di luar diri.

Apa yang dirasakan, menentukan apa yang diterima sebagai pantulan. Justeru, penting sekali bersangka baik, agar kebaikan akan ‘ditarik’ ke dalam diri.

Jauhi daripada prasangka dan dendam, kerana itu jua yang akan diterima sebagai balasan. Sekali lagi… hati umpama magnet, semaikan rasa yang baik-baik, pasti kita akan menuai kebaikan. Jangan sekali-kali menyemai badai, nanti terpaksa pula kita menuai taufan!

Hati itu bolak-balik sifatnya. Sabda nabi, bagai kuah yang mendidih dan menggelegak. Simpang-siurnya begitu licik. Naik turunnya, berbolak-balik.

Kekadang ia baik, bagaikan asal mulanya sejak dulu. Jadi kain bersih yang menghamparkan kejernihan dan kesucian. Namun, seseketika bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.

Bila hatimu keras, buas dan liar sekali, bukalah Al Quran, bacalah dan tadabbur akan makna dan rasanya.

Al Quran itu bukankah penawar hati? Namun jika masih keras juga, dirikan solat.

Solat itu zikir penyucian hati....

Namun sekiranya masih keras jua… bangunlah di dinihari. Berwuduk dan berdoalah, pintalah kepada Tuhan agar dikurniakan hati yang lain kerana hati yang kau miliki waktu itu hakikatnya bukan lagi hatimu!

Hati itu ditarik antara dua graviti.

Pertama, graviti tahap tinggi pintalan ilham para malaikat.

Kedua, graviti menjunam lembah kehinaan simpulan para syaitan.

Ketika melihat simiskin meminta-minta, suara hati berdetik… bantulah dia, insan lara yang datang kerna kemiskinan. Namun sedetik cuma, tiba-tiba graviti bertukar, memberi alasan, biarkan… itu balasan buatnya akibat kemalasan!

Kau prasangka? Bukan, cuma berhati-hati. Dan atas alasan ‘berhati-hati’ ramai yang telah enggan memberi tetapi masih merasakan diri baik hati!

Ingat mati – pembasuh hati yang gelisah dan jiwa yang resah. Cukuplah mati sebagai peringatan dan amaran.

Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat.

Ingat mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan kebaikan.

Ingat mati itu sesungguhnya menghidupkan hati.

Tetapi… sayang, kita kian lupa untuk mengingatnya. Lalu, kita terkapai-kapai antara tarikan dua graviti hati… membuat kebaikan belum terasa kemanisannya, melakukan kejahatan tidak sunyi diburu rasa keresahannya!

toqki : Hari saya belajar apa itu POSITIF, usaha yang POSITIF, doa yang POSITIF, tawakal yang POSITIF , insya-Allah natijahnya pasti POSITIF!!


Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki


Semalam saya sempat mengusik isteri saya dengan mengatakan begini padanya,

"cuti musim panas ni, sayang balik Malaysia seorang jelah, tolong ayah di kampung.. abang nak stay sini, abang nak talaqi!!"

Isteri saya diam seketika, cuba menelan air liur dan terus melontarkan senyuman kelat-kelat, masin pada saya.

"Takpe, nur tak kisah..abang laki, abang kena belajar lebih lagi dari nur...nur sanggup jadi seperti Siti Hajar bang! "

Lebar bibir saya tersenyum mendengarkan ungkapan sebegini, hati saya lega campur bangga memiliki isteri sepertinya, walaupun pada hakikatnya saya sengaja mahu tahu apa reaksinya, marahkah? Merajuk kah dia...

Itu cerita saya dan isteri...

Dulu-dulu sebelum saya berangkat ke Mesir, saya sempat mengetahui beberapa teknik atau cara-cara 'menyuntik' daya tarikan pada tulisan kita. Antara tekniknya ialah dinamakan sebagai 'Kill your Darling'.


Ia adalah istilah dalam penulisan, dan merupakan frasa yang kita anggap paling indah, bernas dan hebat sebenarnya tidak sebegitu dalam realitinya. Walaupun selalu diingatkan supaya kita melakukan 'self editing' tetapi frasa yang kononnya sangat indah itu tidak akan kita buang. Munasabah ke kita membuang sesuatu yang kita sayang?

Justeru, kita perlukan orang lain menyunting tulisan kita. Dan hanya pada ketika itu sahaja frasa 'kesayangan' kita dipotong atau diperbaiki. Kill your darling, itulah yang selalu digunakan dalam bidang penulisan. Hasilnya, hasil tulisan kita akan menjadi lebih baik, bernas dan tepat...




Pembaca yang saya kasihi, kekadang kehidupan kita seperti itu juga. Sentiasa ada individu, sikap, pendirian atau pandangan hidup yang kita anggap benar tetapi hakikatnya tidak.

Walaupun kita cuba bermuhasabah, ia tidak akan kelihatan juga sebab ia sudah terlalu dekat dengan diri kita. Cuba dekatkan sedekat-dekatnya tapak tangan kita ke mata sendiri.

Semakin dekat, semakin kecil radius penglihatan kita dan ia menjadi semakin kabur. Maka begitulah sikap, pandangan dan individu yang terlalu hampir dengan kita… kekadang sudah terlalu hampir hingga kita menjadi 'buta' untuk melihatnya.



Boleh jadi dia seorang teman yang rapat, . Tetapi hakikatnya dia adalah musuh mu yang ketat. Tetapi oleh sebab terlalu sayang, onarnya kabur di mata kita. Mungkin kerana pandainya dia melayani perasaan dan impian kita, lalu kita letakkan seluruh kepercayaan, padahal dia sedang bersiap sedia mengkhianati kita.

Mungkin ia sebuah buku, yang kita kelek ke sana ke mari. Kita baca berulang kali, lalu pengarangnya kita sanjung dan junjung. Namun hakikatnya, buku itu jauh dari hidayah, tersasar dari taufik Allah. Sedangkan bertahun-tahun kita sudah berhujah, membuat keputusan dan bertindak atas suluhan buku yang kabur itu.


Ah, boleh jadi ia satu amalan, yang kita anggap sangat menyelamatkan. Mungkin juga satu gelar kesolehan, 'status ibadah' atau 'status sosial' yang begitu menenteramkan, melegakan, namun tanpa disedari itulah terowong bagi ujub, riyak dan sum’ah mencelah.

Rasa baik, tenteram dan aman yang 'dihadiahkan' oleh amal dan gelar itu rupa-rupanya membawa kita ke daerah 'rasa tidak atau kurang berdosa' – satu jurang yang paling ditakuti oleh para solihin dan mukminin.

Cari-carilah di mana kecintaan mu yang mungkin membutakan mata hati mu. Belajar dari kisah Nabi Ibrahim AS dan isteri Hajar, belajarlah dengan rentetan peritiwa Nabi Ibrahim As dengan anaknya, tatkala diperintahkan menyembelih kecintaannya Nabi Ismail AS – seorang anak yang soleh, taat dan setia manakan mungkin menjadi hijab cintanya kepada yang Esa?



Namun, Allah menguji Nabi Ibrahim AS, agar mengutamakan cinta Allah daripada yang lain. Siapa sangka Ibrahim yang pernah tega 'menyembelih' kebencian pada wajah ratusan berhala, kemudian di perintahkan menyembelih 'kecintaan' di wajah anaknya sendiri?

Sahabatku, saya seperti kamu. Kerap dibutakan oleh cinta. Siapakah 'Hajar-Hajar'dalam hidup kita?

Siapakah 'Ismail-Ismail' dalam hidup kita?

Carilah semua itu di sebalik pendirian, prinsip, gelaran, jawatan, amal, isteri, teman dan segala yang menjadi kesayangan mu.

'Sunting' tulisan hidup mu dengan imbasan dan suluhan doa. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kita panduan dan keberanian untuk jadi seperti Ibrahim AS… 'Kill your darling' dalam kehidupan!

Sering kita alpa, bahawa yang paling kita cinta itulah kerap menjadi hijab untuk mendapat CINTA.

Bukan untuk menimbulkan pertentangan apalagi dilema antara cinta manusia dengan cinta Allah…

Tetapi selalunya begitulah kita teruji. Lepaskanlah cinta yang kecil untuk mendapat cinta yang lebih besar. Apabila kita mendapat cinta yang besar, cinta yang kecil akan menyerah dengan rela.



Apakah nabi Ibrahim AS kehilangan Ismail yang rela dikorbankannya? Tidak, bila dia 'lepaskan' Ismail, Ismail kekal menjadi anak yang dincintainya. Malah dia dikurniakan seekor kibasy yang gemuk sebagai hadiah dan barakah kesediaannya mengorbankan Ismail AS. Allah mengajar kita supaya 'kill your darling' bukan untuk mendera, tetapi begitulah yang dinamakan cinta… sentiasa menagih ujian.

Selepas diuji layaklah seorang hamba Allah mendapat cinta dan CINTA (sekaligus) kerana berjaya 'mengorbankan' cinta demi CINTA!

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

“Barangsiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”

Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut sahabat saya tatkala saat hari lahir saya yang lepas. Agak terasa jugalah saya bila menerima penangan ‘percuma’. Saya kurang mengerti apa motifnya sahabat saya perlu berkata sebegitu rupa pada hari lahir saya.

“Untuk apa kita mati?”

“Untuk hidup…” jawab sahabat saya.

Saya diam dan terkial-kial. Apalah agaknya yang dimaksudkan sahabat saya seorang ini.

“Mati untuk hidup?”

Antara Perkataan Umar Ibn Aziz yang pernah beliau ungkapkan,

“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”


Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup kita di sana,.Maka akhirat itulah tujuan hidup yang fana ini, dan demi kelangsungan hidup yang baqa itu.


ADA APA DENGAN UMUR?

Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam dan minit . Kita akan kekal, tapi sifat kekal itu bukanlah seperti Khaliq yang bersifat Baqa’.

“Panjang dan pendek umur yang diberikan pada kita bukanlah dinilai pada kuantiti tapi pada kualiti. Juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi.” Tambah sahabat saya lagi

Para ulama zaman lampau telah lama mentakrifkan maksud nilai umur pada diri individu muslim.

Siapa tidak kenal Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi ‘panjang’ ilmu dan abadi jasanya. Imam Safie, Imam Ghazal tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangannya melangkaui dekad dan abad.Contoh lain Umar ibn Aziz memerintah hanya kurang lebih 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya.


“Rupa-rupanya petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa,” kata saya seakan merumuskan.

“Harta boleh panjangkan umur… sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur… hubungkanlah silahturrahim, panjanglah umur kita. Demikian maksud hadis.”


RAHSIA PANJANG UMUR

“Apakah rahsia kejayaan orang-orang yang ‘panjang’ umur itu?”

“Mereka sedar tentang tujuan! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu . Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.”

“Hasilnya?”

“Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is wiill, the is a way!.”

“Tapi kita bukan mereka?”

“Betul. Tapi itu bukan kelemahan, bahkan satu kekuatan. Setiap kita adalah istimewa. semestinya kita pasti ada kelebihan masing-masing. Tuhan tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Dia mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”

“Kita lebih bijak daripada mereka?”

”Ya, di sudut-sudut tertentu. Seorang pemandu lebih bijak daripada seorang profesor dari segi pemanduan kereta.”

“Tetapi keintlektualan lebih berharga daripada kebolehan memandu kereta. Profesor lebih berharga daripada seorang ‘driver’ ”

“Maksudnya, umur seorang profesor lebih ‘panjang’ berbanding seorang driver? Maksud enta begitu?”

“Perbezaan itu bukan perbezaan taraf, tetapi perbezaan jalan. Jalan untuk seorang driver menjadi hamba Allah berbeza dengan jalan seorang profesor. Itu sahaja.”

“Enta tidak mengiktiraf darjat orang berilmu ke?” saya cuba minta lebih penjelasan.

“Bukan begitu zie... Orang berilmu memang dilebihkan dengan beberapa darjat… tapi dengan syarat, mereka takutkan Allah. Kan itu takrif sebenar seorang ulama?”

“Maksudnya?”

“Seorang driver yang takutkan Allah lebih tinggi darjatnya daripada seorang profesor yang tidak takutkan Allah. Tetapi sekiranya kedua-duanya takutkan Allah, tentu sahaja ‘umur’ profesor itu lebih panjang daripada umur seorang driver lantaran ilmu dan amalanya yang lebih tinggi dan berharga!”


“Kan, surah Al Baqarah menukilkan seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup dan hidup.. Syuhada’ mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah. Jadi, satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid,” ujar sahabat saya cuba memendekkan masa perbualan"

Para sahabat Rasulullah sollahu'alaihiwasalam itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini ‘mati’ kerana mencintai hidup.

...........................

Tulisan ini sebenarnya adalah satu ucapan khas buat 2 orang sahabat saya Abdullah Harees, Tengku Khairul Idham dan mereka yang menyambut hari lahir pada bulan ini.

Selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silahturrahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah.

Selamat panjang umur!


Idham & Harees

Moga ukhuwah kita sentiasa hangat dan terus membakar!



Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki




Berat rasa hati mahu menulis bab rumahtangga walaupun pada hakikatnya saya sudah pun berumahtangga dan jika anda perhatikan terlalu sedikit rasanya tulisan saya berkenaan isu rumahtangga, atau hubungan suami isteri.

Yelah, ada waktu dan ketika saya kadang-kadang hampir sahaja terlupa saya ini suami orang!!:)

Tulisan kali ini saya hanya me'riwayat'kan satu isu yang pernah saya bualkan bersama abang angkat (Azhar namanya) saya dimusim percutian yang lepas.



............


Satu cerita : Seorang isteri mengeluh mengapa suaminya sudah semakin jarang membisik, bisikan berisikan kata-kata cinta, sayang, rindu seperti mula-mula kahwin dahulu. Kalau adapun tidak sehangat dan sekerap dulu. Mungkin hanya sepatah OK, “ya” atau “tidak” sahaja yang terkeluar dari mulut.

Apakah dia sudah jemu? Atau cintanya sudah berkurang? Begitulah detik hati si isteri. Kadang-kadang suami sudah semakin mahal dengan senyuman. Kata-katanya boleh dibilang dengan jari. Sudah banyak diam. Pujuk rayu? Ah, jauh sekali.

(saya dan abang Azhar)


Abang Azhar kata "gitulah resmi lelaki, enta kena ingat tu zie!"

Semakin banyak bebanan semakin sedikit luahan perkataan. Kesukaran kekadang menimbulkan kebisuan. Itu petanda ketenangan semakin dihakis. Dihakis oleh cabaran kehidupan.

Menjadi seorang suami bererti mengucapkan selamat tinggal kepada alam bujang yang penuh kebebasan dan serba boleh. Jika tidak pandai mengawal hati, mengurus emosi semakin bertambah usia perkahwinan, hidup akan menjadi semakin sunyi.


Namun, saya sedar apa yang saya tulis ini kemungkinan akan dicebikkan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta.

Mana mungkin pasangan yang begitu setia berSMS (kekadang sampai mencecah 100 kali sehari!) atau “bergayut” berjam-jam lamanya di gagang telefon boleh menjadi beku dan kaku seperti itu.

Tidak mungkin “kami” ataupun aku jadi begitu. Mungkin itulah yang berbunga di hati kini. Tetapi nanti dulu, pesan saya cinta itu pasti diuji.

Dalam perbualan kami itu, secara bergurau abang Azhar sempat sahaja menjelaskan betapa mulut seorang wanita semakin becok apabila sudah berumahtangga , sebaliknya mulut seorang lelaki menjadi semakin terkunci bila bergelar suami(bukan semualah, saya tak macam tu pun) :)

Mengapa? Menurutnya lagi, isteri yang mula diasak oleh kesibukan tugas sebagai suri rumah (lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang ibu), akan banyak bercakap, mengarah, menegur itu dan ini. Jika tidak dikawal, seorang isteri boleh bertukar daripada seorang wanita pendiam menjadi peleter yang tidak pernah kenal erti rehat.

Manakala suami yang dahulunya begitu besar ketawa dan lebar senyumnya, perlahan-lahan menjadi seorang pemenung dan pendiam(senyuman saya masih lagi lebar dan terus lebar)

Kesukaran tugas dan beban tanggungjawab menyebabkan seorang lelaki banyak berfikir dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah.


(zaman bujang yang sudah berlalu)


Ya, potensi lelaki menjadi “ahli falsafah” semakin menyerlah apabila menjadi seorang suami apatah lagi menjadi seorang ayah!

Rupa-rupanya ketawa yang lebar dahulu bukan kerana benar-benar gembira tetapi kerana belum mengenal erti kesusahan. Begitu juga yang senyap dahulu bukan kerana benar-benar pemalu tetapi kerana belum dicabar kesibukan dan cabaran tugasan.

Hakikatnya, lelaki dan wanita sama-sama teruji di dalam sebuah gelanggang mujahadah yang dinamakan sebuah rumahtangga.


Musim cinta sudah berlaku. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa perlahan-lahan bertukar menjadi taufan. Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati.

Benarlah kata hukama,

perkahwinan boleh dimulakan oleh sebuah cinta, tetapi hanya disempurnakan oleh satu tanggung jawab.

Apa maksud tanggungjawab?

Ia adalah satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita “tanggung” di dunia, “disoal” di akhirat dan mesti kita jawab di hadapan Allah SWT kelak. Sekalipun badai ujian rumah tangga ada kala begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu tanggung-jawab.

Kita sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun seorang isteri bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan yang diingini oleh fitrah setiap manusia tetapi yang lebih penting berkahwin itu adalah perintah dan amanah daripada Allah.

Telah sering kita diingatkan, bahawa untuk mengukuhkan hubungan antara makhluk (dalam konteks ini antara suami dengan isteri), Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya. Begitu juga dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredaan Allah.

Rumahtangga hakikatnya adalah satu gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan keredaan-Nya. Bukan cinta isteri atau cinta suami yang menjadi matlamatnya, tetapi itu hanya alat.

Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat. Ertinya, cintakan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah. Bila ini menjadi asas dan terasnya, maka itulah yang dikatakan bercinta dengan rasa tanggung jawab.

Cinta tidak boleh terpisah daripada tanggungjawab. Gabungan keduanya yang melahirkan rumahtangga yang bahagia. Jika ada cinta tetapi tidak ada rasa tanggungjawab, lambat laun cinta akan meluntur dan rumah tangga akan terkubur.

Sebaliknya, jika ada tanggungjawab tetapi tidak ada rasa cinta, maka hilanglah seri dan kemanisan sebuah rumahtangga… umpama hidup segan, mati tak mahu.

Ketika kemanisan bertukar pahit, ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, maka tinggallah rasa tanggungjawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan.


Ketika itu rasa cinta mungkin sedikit terumbang-ambing atau seakan-akan mula meminggir, tetapi rasa tanggungjawablah yang akan mengikatnya kembali dengan setia dan sabar.

Genggam bara api biar sampai jadi arang. Begitulah kekuatan satu tanggungjawab, yang mampu bertahan ketika 'cuaca' rumahtangga tenang ataupun bergelombang.

Salah satu ujian terbesar dalam rumah tangga ialah terserlahnya warna sebenar pasangan kita. Saat itu akan tiba. Dan jangan terkejut jika kita dapati dia seolah-olah insan lain yang belum pernah kita kenali.

Hairan melihat perubahannya? Jangan, kerana dia pun hairan juga melihat perubahan kita. Hakikatnya, kita dan dia sama-sama berubah.



Seorang pakar motivasi pernah mengatakan ;

"Warna sebenar (true colours) yang menurut pakar-pakar psikologi hanya akan muncul apabila mencecah lima tahun usia perkahwinan"

Justeru, jangan sekali-kali kita merasakan sudah kenal dengan pasangan kita walaupun telah lama hidup bersama sebagai suami isteri.

Proses perkenalan antara sesama pasangan mestilah diusahakan dan diteruskan secara konsisten. Ini adalah satu langkah ke arah pengukuhan cinta dalam rumah tangga.

Bukankah tak kenal maka tak cinta? Jadi, apabila cinta tergugat, itu adalah petanda yang menunjukkan proses pengenalan juga telah terencat.

Oleh itu, tunggu apa lagi?

Teruskanlah berkenalan dengan pasangan anda dengan cara bertanya, berkongsi, meluahkan dan meminta pandangan. Jangan sekali-kali menggunakan “fail lama” untuk mencipta keserasian baru.

Terimalah hakikat bahawa kesukaan, minat, hobi dan kecenderungan pasangan kita berubah. Warna yang terang kesukaannya dahulu mungkin bertukar menjadi warna redup seiring pertambahan usianya kini.

Mungkin corak seleranya juga turut berubah bersama penyakit fizikalnya yang mula singgah. Begitu jugalah dengan apa yang gemar ditonton, didengar, dilihat dan dirasainya. Mungkin jauh berbeza daripada saat mula-mula kahwin dahulu.

Membina cinta ketika tarikan fizikal sudah menurun , ianya memerlukan keikhlasan. Di mana lagi sumber keikhlasan jika tidak kembali kepada iman?

Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggungjawab. Walaupun berat terasanya mulut untuk berbual dengan isteri akibat beban masalah menyara rumah tangga, namun digagahi jua oleh kesedaran kata-kata yang baik itu adalah satu sedekah.

Walaupun terasa sukarnya mengukir senyuman di hadapan suami bahana kerenah anak-anak atau masalah yang dihadapi, tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah dan terus tersenyum di hadapan suaminya justeru menyedari senyuman itu adalah satu sunnah.

Sedekah dan sunah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sebuah rumah tangga.


Ya, bila musim cinta sudah berlalu, semailah “pohon” tanggungjawab. Insya-Allah, musim cinta akan kembali dan KETIKA ITU CINTA , ketenangan dan kebahagiaan akan berpaut kembali harum dan mewangi!

Tip untuk bertanggungjawab:

* Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita adalah milik Allah bukan milik kita.
* Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu.
* Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
* Sering melakukan solat istikharah dan hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
* Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing bertanggung jawab dengan perintah Allah.
* Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksanya jika mengabaikan tanggung jawab.
* Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati… itu semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat.

toqki : saya mahu lebih bertanggungjawab!!

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi


Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya



Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Salam

Hari ini memang adalah hari yang amat sibuk bagi saya. Lepas menunaikan solat jumaat tadi saya terus sahaja ke 'Atabah mencari barang keperluan rumah. Amat memenatkan sungguh berjalan di waktu musim panas begini.

Kesibukkan saya membuatkan saya terlupa, bahawa hari ini hari istimewa buat sahabat baik saya.



Ya, hari ini hari menyaksikkan sahabat saya ABDULLAH HARIS lahir sebagai khalifah Allah di muka bumi!!

Amat banyak jika mahu diceritakan kelebihan dan kebaikan sahabat saya seorang ini yang terkenal dengan 'ramah'nya.

Ketinggian ilmunya kerendahan hatinya membuat saya selalu kagum sendiri memiliki sahabat saya seperti ABDULLAH HARIS.

(walaupun ramai yang mengatakan wajah kita serupa, tapi ia bukan satu tiket untuk mengatakan dirimu lebih kacak dan hensem berbanding diriku)


So, dikesempatan yang pendek ini. Saya memohon ampun maaf dari hujung rambut ke hujung jari kaki dan SELAMAT HARI JADI BUATMU. MOGA ALLAH MERAHAMTI DAN MEMBERKATI SETIAP DETIK NAFASMU. MOGA KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA!!



senyuman menawan ABDULLAH

bekas KP SMAAZA memberi arahan

sungguh cute ABDULLAH sahabatku






Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki


Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.

Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.


Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin.

Pengisytiharan itu telah digelar 'Ominous Declaration' (Pengisytiharan Celaka).

Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.

Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.

Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.



Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).

Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.

Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis - ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.

Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.

Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).

Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.

Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.

Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.

Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.



Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.

Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Pagi tadi sebelum saya menghantar zaujah saya ke kuliah sempat saya membaca satu tulisan hamba Allah ini

Antaranya, penulis mengingatkan betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi “pendengar”. Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri.

Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga.


Benar-benar saya terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa “hati kecil” sentiasa mengingatkan bahawa pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri.


Ilmu, kata-kata dan tulisannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga kekadang tanpa sedar, manusia ditarik bukan lagi kepada Ilahi, tetapi kepada diri sendiri.

Malang, bila pendakwah jadi “peniaga” yang menjaja bahan dakwah dan tarbiah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur oleh gelak getawa dan puji-pujian melangit masyarakat atas keterampilan kata dan gaya.

Persis seorang selebiti! Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan “doktor” memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.

Bukan marahkan sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri. Mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, ceramah dan kuliah, masyarakat sangat kurang berubah?

Mengapa jenayah semakin marak? Apakah dakwah kita sudah semakin tawar? Apakah tarbiah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati… pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan dan gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.

Mengenangkan itu, teringat saya pada tulisan saya sebelum ini.. Saya malu sendiri.



Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Benar.. amat benar apa yang diungkapkan oleh imam Ghazali.. Kusut jiwa rasanya bila berjauhan dengan al-quran.

Apatah lagi bila digelar sebagai ahlul quran..Ada ketika hati rasa tidak layak dan rimas dilabelkan dengan status itu.

Ustaz Yunus (guru quran saya di Kelantan) pernah menasihati saya berkal-kali.

"Zie, ahlul quran itu jiwanya besar, berat mana pun ujian menimpa, hati mereka tetap cekal zie...

Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, tetapi itu bukan alasan bagi mereka untuk berhenti"


Berhenti ertinya mati – mati hati dalam mengharapkan cahaya Ilahi. Ketahuilah , itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini!!

Ya, kita perlu mulakan sekali lagi.

Begitu bisikan nasihat si guru kepada sang murid untuk menolak rasa ragu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa.

Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak pernah menutup pintu keampunannya selagi 'tiupan' itu tidak ditiupkan!!

Kunci pintu hati adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan.



Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.

Apa pun ujian dibumi ini kita tak boleh mengalah!!!

Tidak ada jalan lain wahai diri yang lemah, kecuali bangun dan terus menongkah tongkat mujahadah.

Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al Quran dan ingatkan mati.

Semak-semak dalam kehidupan harianmu. Bagaimana awal pagimu…

Telahkah kau buka setiap hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telahkah kau ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan?

Kemudian mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuh wajahmu, fikiranmu, pendengaranmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka.

Kemudian dirikan solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu.

Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh karenah-karenah manusia atau mainan rasa. Tetapi capai segera Al Quran dan bacalah.

Bacalah.. itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan.

Jiwa yang tidak membaca al Quran umpama talipon bimbit yang kehabisan bateri.

Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna… Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa al Quran segalanya tidak berguna.

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh.

Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya.

Ingat wahai diri, janji kesibukkan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang senantiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai.

Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik perlindungan adalah Al Quran.

Mereka yang begini sahaja mampu ‘menukar’ bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.

Burulah kehidupan dengan semangat orang yang bersedia untuk mati.

Jadilah insan bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah sollahu'alaihi wasalam agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.

Jadilah umpama para sahabat Rasulullah s.a.w yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan.

Jangan jadi Namrud, Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh dengan ketamakan dan kezaliman. Nanti kau diburu oleh resah, gelisah, kesibukkan, kejemuan, kemarahan yang tiada berkesudahan.


Ingatlah wahai orang yang bermujadahah…

Tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan.

Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan…Genggam al Quran, ingat mati dan berangkat dengan tongkat mujahid dan mujahidah!!

Ingatlah selalu jalan mujahadah itu susah tapi indah!

toqki: saya sudah bersemangat!! yeah!!

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Saya tidak tahu kenapa dan sebab apa 2,3 hari ini kepala asyik pusing. Macam nak pecah sahaja isi dalam otak ini.

Mungkin pertukaran status saya menjadi makhluk 'penjaga malam' boleh jadi antara sebabnya juga. Sudah hampir seminggu mata tidak dapat didodoikan bila tiba malam hari.

Hmm...Kepeningan kepala saya semakin bertambah tatkala membaca perkembangan terkini politik 'tempoyak masam' yang semakin menjadi-jadi di bumi Malaysia.

Aduh....

Timbul macam-macam hal politik di Malaysia. Kadang-kadang ada timbul juga rasa lucu , sedih pun ada , terkilan pun ada melihat gelagat ahli poltik berpe'el seakan budak-budak baru masuk tadika PASTI.


Bagi saya (bukan ahli politik) soal ‘pergeseran’ di kalangan ahli-ahli politik adalah perkara biasa. Saya pun pernah berbalah anda pun pernah, namun ia seharusnya terkawal di tahap persaingan sihat dalam amalan demokrasi.

Bagi ahli politik yang beragama Islam pula, pergeseran itu tidak boleh sama sekali melanggar prinsip akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Tapi yang malangnya kita dapat lihat perbalahan itu sudah sampai ke tahap ‘terlampau’ sehingga menyebabkan kestabilan negara dan nilai agama mula tercemar.

Wajah politik negara yang hodoh semakinlah hodoh..yang busuk makinlah busuk..

Maka dengan itu, kesedaran perlu sentiasa ada pada para pemimpin, bagaimana mahu menjernihkan dan menanam rasa ikhlas dalam diri masing-masing.

Soalnya, bagaimana hendak melahirkan ahli politik yang benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah?

Percaya atau tidak usaha ini memerlukan harus memerlukan gerak kerja pengukuhan yang bertitik-tolakkan sistem keyakinan (iman) – percaya kepada Allah dan hari akhirat.

TAJDID NIAT

Tujuan berpolitik mesti disejajarkan dengan dua tujuan utama manusia diciptakan – menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Bagaimana politik boleh dijadikan ibadah? Gagasan “berpolitik sebagai ibadah” , "politik dan Islam tak dapat dipisahkan" yang pernah diutarakan suatu masa dulu perlu dipandang serius .

Jangan biarkan gagasan itu menjadi retorik politik semata-mata. Ia mesti digerakkan sehingga ahli-ahli politik Melayu Islam mula bermuhasabah apakah niat, pendekatan dan pelaksanaan politik mereka sudah boleh dijadikan ibadah?


Berpolitiklah kerana Allah demi berbakti kepada manusia. Ahli politik mestilah berusaha membawa diri dan masyarakat untuk mentaati, membesarkan dan tunduk kepada kebesaran dan keagungan Allah.




Dan mereka juga mesti mengurus, mentadbir serta memakmurkan negara berpandukan syariat dan akhlak Islamiah. Tegasnya, jadilah hamba Allah sebelum menjadi khalifah!

Allah mesti menjadi paksi segala dorongan, pemikiran dan tindakan dalam mengurus dan memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara . Inilah asas dan teras sifat ikhlas – melakukan atau meninggalkan sesuatu, hanya kerana dan untuk Allah. Pada ketika itu kuasa bukan lagi dilihat sebagai satu anugerah tetapi amanah dari Allah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat!

Bahagia atau celakanya kita di akhirat sana sangat bergantung pada sejauh mana kita melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya di dunia sini. Ingatlah, kita akan mati. Dengan mengingati mati barulah lahir ahli politik yang benar-benar ikhlas.

Ahli politik yang ingat mati akan mempunyai kesedaran bahawa tingkah lakunya bukan sahaja dinilai oleh rakyat dan atasannya tetapi juga oleh Allah s.w.t. Bagi ahli politik seperti ini, kerja-kerja politik adalah urusan ibadah yang tidak hanya melibatkan soal hidup sebelum mati tetapi berkait terus dengan hidup selepas mati.

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya. Begitu maksud hadis. Maksud “ditanya” itu bukan sekadar tentang keadaan rakyatnya di dunia tetapi juga keadaan rakyat di akhirat.

Cuba anda bayangkan jika majoriti ahli politik dapat menghayati konsep ini. Tak perlu semua cukup ahli politik muslim sahaja!!

Ia dengan sendirinya akan menyelesaikan masalah perebutan kuasa, politik wang, budaya fitnah dan lain-lain perkara negatif yang tidak henti-hentinya ini.


toqki : saya mahu jadi PM!!

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Siapalah yang bisa tenang bila melakukan atau melihat kejahatan sedang bermaharajalela, dan siapalah yang mampu bangga dengan dosa yang dilakukannya.

Kemungkaran itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu hal yang dilazimi oleh sang hamba yang terbentuk tahap demi tahap dan ada masa kita sendiri tidak menyedarinya!!

Pertama kali buat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja menentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri


Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya… rasa bersalah pasti lesap. Sedikit demi sedikit.Akhirnya, hati itu telah menjadi 'sahabat' dengan dosa. Rasa bersalah tidak timbul lagi.

Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan… tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.

SEORANG PENGEMIS

Kita gemar meminta, kita meminta diberikan kekayaan, kita minta jadi orang yang berjaya. Serba serbi kitalah peminta itu.Hakikatnya sifat 'pengemis' itu tak pernah terlucut dijiwa sang hamba.

Jika ada seseorang yang meminta kita sesuatu berulang-ulang kali, tidak dapat tidak akhirnya pasti akan jatuh sifat kasihan juga dan secara tak langsung mendorong kita untuk menunaikan permintaannya.

Inikan pula Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemberi, pasti Dia akan mengabulkan permintaan hamba-Nya. Oleh sebab itu jelas sekali kitalah yang telah mensia-siakan jawapan (kurniaan) Allah itu.

Dalam hubungan sesama manusia kita biasa dengar ungkapan, “When you ask, listen!” Maksudnya bila kita meminta suatu pandangan, nasihat atau tunjuk ajar, maka dengarlah jawapannya, yakni pandangan atau nasihat yang kita minta itu.

Jadi amat tidak wajar kita hanya sering meminta panduan, namun apabila telah diberikan, kita mensia-siakan atau tidak mendengarnya.

Begitulah dalam hubungan dengan Allah, kerap berlaku situasi sedemikian. Kita sering meminta kepada-Nya dalam doa dan solat kita, tetapi apabila telah ditunjukkan, kita sendiri yang tuli dan mensia-siakannya.Kita menjadi manusia yang ingkar dan melawan semua perintah yang disuruh Allah.

WANG 50 SEN


Katakanlah adik kita menemui wang 50 sen di tepi jalan. Dia bertanya kepada kita sebagai abang atau kakaknya, “Bolehkah saya belanjakan duit ini?” Sudah tentu sebagai abang atau kakaknya, anda bertegas menjawab, “Tidak boleh.” Ini jawapan fitrah. Adik anda mungkin bertanya lagi, “Kenapa tidak boleh? Bukankah saya yang menjumpainya?” Dan anda akan menjawab, “Ya, walaupun kamu yang menjumpainya tetapi duit itu bukan hak kamu. Atas dasar itu kamu tidak berhak menggunakannya!”




Ya, begitulah manusia. ..

Apabila manusia lahir saja ke dunia, segala-galanya telah sedia ada. Bumi, lautan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, bukit, gunung, sungai dan segala isi dan hasil mahsulnya. Semua ini bukan manusia yang menciptanya.

Semua ini hak Pencipta, yakni Allah s.w.t. Justeru, kita tidak berhak mengatur dunia ini sesuka hati kita. Kita bukan pembuat dan penciptanya. Seperti contoh hal adik kita tadi, maka begitulah manusia, tidak berhak mengatur dunia ini mengikut jalannya; seperti mana anak tadi tidak berhak membelanjakan duit 50 sen yang bukan miliknya!

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU