toqki

Saya tidak tahu kenapa dan sebab apa 2,3 hari ini kepala asyik pusing. Macam nak pecah sahaja isi dalam otak ini.

Mungkin pertukaran status saya menjadi makhluk 'penjaga malam' boleh jadi antara sebabnya juga. Sudah hampir seminggu mata tidak dapat didodoikan bila tiba malam hari.

Hmm...Kepeningan kepala saya semakin bertambah tatkala membaca perkembangan terkini politik 'tempoyak masam' yang semakin menjadi-jadi di bumi Malaysia.

Aduh....

Timbul macam-macam hal politik di Malaysia. Kadang-kadang ada timbul juga rasa lucu , sedih pun ada , terkilan pun ada melihat gelagat ahli poltik berpe'el seakan budak-budak baru masuk tadika PASTI.


Bagi saya (bukan ahli politik) soal ‘pergeseran’ di kalangan ahli-ahli politik adalah perkara biasa. Saya pun pernah berbalah anda pun pernah, namun ia seharusnya terkawal di tahap persaingan sihat dalam amalan demokrasi.

Bagi ahli politik yang beragama Islam pula, pergeseran itu tidak boleh sama sekali melanggar prinsip akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Tapi yang malangnya kita dapat lihat perbalahan itu sudah sampai ke tahap ‘terlampau’ sehingga menyebabkan kestabilan negara dan nilai agama mula tercemar.

Wajah politik negara yang hodoh semakinlah hodoh..yang busuk makinlah busuk..

Maka dengan itu, kesedaran perlu sentiasa ada pada para pemimpin, bagaimana mahu menjernihkan dan menanam rasa ikhlas dalam diri masing-masing.

Soalnya, bagaimana hendak melahirkan ahli politik yang benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah?

Percaya atau tidak usaha ini memerlukan harus memerlukan gerak kerja pengukuhan yang bertitik-tolakkan sistem keyakinan (iman) – percaya kepada Allah dan hari akhirat.

TAJDID NIAT

Tujuan berpolitik mesti disejajarkan dengan dua tujuan utama manusia diciptakan – menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Bagaimana politik boleh dijadikan ibadah? Gagasan “berpolitik sebagai ibadah” , "politik dan Islam tak dapat dipisahkan" yang pernah diutarakan suatu masa dulu perlu dipandang serius .

Jangan biarkan gagasan itu menjadi retorik politik semata-mata. Ia mesti digerakkan sehingga ahli-ahli politik Melayu Islam mula bermuhasabah apakah niat, pendekatan dan pelaksanaan politik mereka sudah boleh dijadikan ibadah?


Berpolitiklah kerana Allah demi berbakti kepada manusia. Ahli politik mestilah berusaha membawa diri dan masyarakat untuk mentaati, membesarkan dan tunduk kepada kebesaran dan keagungan Allah.




Dan mereka juga mesti mengurus, mentadbir serta memakmurkan negara berpandukan syariat dan akhlak Islamiah. Tegasnya, jadilah hamba Allah sebelum menjadi khalifah!

Allah mesti menjadi paksi segala dorongan, pemikiran dan tindakan dalam mengurus dan memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara . Inilah asas dan teras sifat ikhlas – melakukan atau meninggalkan sesuatu, hanya kerana dan untuk Allah. Pada ketika itu kuasa bukan lagi dilihat sebagai satu anugerah tetapi amanah dari Allah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat!

Bahagia atau celakanya kita di akhirat sana sangat bergantung pada sejauh mana kita melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya di dunia sini. Ingatlah, kita akan mati. Dengan mengingati mati barulah lahir ahli politik yang benar-benar ikhlas.

Ahli politik yang ingat mati akan mempunyai kesedaran bahawa tingkah lakunya bukan sahaja dinilai oleh rakyat dan atasannya tetapi juga oleh Allah s.w.t. Bagi ahli politik seperti ini, kerja-kerja politik adalah urusan ibadah yang tidak hanya melibatkan soal hidup sebelum mati tetapi berkait terus dengan hidup selepas mati.

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya. Begitu maksud hadis. Maksud “ditanya” itu bukan sekadar tentang keadaan rakyatnya di dunia tetapi juga keadaan rakyat di akhirat.

Cuba anda bayangkan jika majoriti ahli politik dapat menghayati konsep ini. Tak perlu semua cukup ahli politik muslim sahaja!!

Ia dengan sendirinya akan menyelesaikan masalah perebutan kuasa, politik wang, budaya fitnah dan lain-lain perkara negatif yang tidak henti-hentinya ini.


toqki : saya mahu jadi PM!!

Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

4 Responses
  1. al-aman Says:

    kepala pusing x pe lagi jangan hati pusing... mudah-mudahan Allah tetapkan hati kita di atas landasan yg benar...

    Malaysia di ambang kehuruharaan... isu Sidang DUN Perak baru ni mesti dimasukkan dalam silibus Sejarah... pakai jubah speaker, songkok...lps tu jadi speaker. Err, Malaysia ni bukan dlm hutan rimba kan?

    Ada khabar angin kisah Najib dan Altantuya dijadikan drama di Hong Kong tapi dengarnya tu propaganda je..


  2. toqki Says:

    hati masih tetap lagi us fahmi, hehehe. Tak tahulah apa nak jadi dgn tanah airku...agaknya kejadian di Perak klu buat filem lawak memamg laku, panas n meletup..

    ana tak malaysia pki undang2 rimba..kesian ana bila blk nnt


  3. amy mohd nor Says:

    aiyaa toqki,bukan masuk tadika PASTI la..kalo masuk tadika PASTI mesti dop gini..
    neh mesti tadika KEMAS neh..hehehe


  4. toqki Says:

    betul-betul..hehehehe


Post a Comment