toqki

Salam..

Peperiksaan fatrah ini dah semakin hampir, tapi tak tahu kenapa. Semakin dekat dengan peperiksaan, hati, perasaan semakin terganggu.

Argh!! Tatkala waktu begini hati terasa memerlukan manisnya hikmah untuk ditelan atau bisa disuntik menjadi semangat untuk terus hidup

Mujurlah amukan ini terubat dengan kata-kata keramat Luqman Al Hakim ketika ditanya bagaimana dia mendapat hikmah? Dia menjawab,

“aku belajar hikmah daripada orang yang dungu. Jika dia melakukan sesuatu, maka aku tidak akan melakukannya.”

Ilmu yang kita perolehi umpama aliran air. Air akan sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah.

Lebih rendah sesuatu tempat itu, maka semakin banyaklah air yang bertakung di situ.

Subhanallah !! Sekiranya kita perhatikan, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai.



Maka begitu juga dengan ilmu, perlu “ditakung” dengan hati yang merendah diri.

Luqman menjadikan si jahil sebagai “guru” yang mengajarnya erti sempadan pada percakapan dan tindakan.

Kita bagaimana? Jangan dilupakan petua dalam pembelajaran, bila murid bersedia, guru akan tiba.


Maksudnya, bila kita sentiasa ingin dan bersedia untuk belajar, maka akan muncul “guru-guru” yang mahu mengajar kita.

Ada masa kita buntu dengan masalah yang kita hadapi, kita tertekan, lantas bermacam tindakan yang akan muncul dibenak akal fikiran kita.

Cuba padankan segala-galanya dengan kisah-kisah hidup kita sendiri. Cubala berguru dengan pengalaman hidup sendiri.

Sesetengah ilmu perlu “dirasai” baru boleh difahami, dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan.

Hidup ini penuh dengan warna-warni, ada masa manis tanda kejayaan yang bakal kita nikmati, dan ada waktu kita pasti menemui jalan kegagalan.

Ya, saya pernah buat salah, pernah melakukan onar. Jawab soalan saya. Kita siapa? Maksumkah kita??

Pesan ringkas saya, jangan kesal jika kita tersalah di masa lampau.

Melakukan kesalahan dan kesilapan adalah bukti yang kita masih manusia.

Oleh itu, sebaik mendapat pengajaran daripadanya, lupakan dan tumpukan ke masa hadapan. He who does not look ahead remains behind - dia yang tidak memandang ke hadapan akan sentiasa tertinggal di belakang.

Kita tidak boleh “menggergaji habuk kayu” (meminjam istilah Dale Carnargie).

Ertinya masa lalu akan terus berlalu. Apa yang penting, gunakan pengajaran masa lampau untuk “mengemas kini” masa kini dan merancang masa depan.

Yesterday ended last night! Semalam berakhir malam semalam.

Jangan pula berbangga jika kita dalam kebenaran.

Justeru, tidak ada jaminan kita akan seterusnya benar sepanjang hayat. Sering diperingatkan, kejayaan hari ini boleh menjadi musuh kepada kejayaan hari esok.

Jagalah kebenaran yang kita miliki dengan selalu memohon hidayah dan taufik.

Sematkanlah selalu didalam hati

“dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Jadilah “wira’ yang tidak didendangkan.

Wira yang berbakti tanpa ingin disanjung dan dipuji.

Belajarlah “menikmati” keikhlasan dengan rasa ingin membuat kebaikan tanpa dilihat oleh orang lain.



Saya bangga melihat segelintir sahabat saya yang rajin, taat melakukan ibadat. Ya, kita perlu memujinya dalam hati kita!!

Jangan ada sifat hasad dalam diri kita dengan nikmat yang Allah beri padanya.

Mereka “menulis” menerusi amalan. Dalam tidak sedar, saya menulis amalan mereka melalui perkataan. Ya, orang yang mencipta sejarah, jarang mampu menulis sejarah.

Mereka (sahabat saya) hanya manusia biasa tetapi menjadi luar biasa kerana budi, nilai dan akhlak yang tinggi.

Mereka punya hati emas yang tidak boleh direbut oleh sesiapa. Kekadang gelanggangnya hanya sekangkang kera, namun peranannya seluas maya pada.

Ada kalanya pangkat mereka cuma kuli biasa, namun jasanya mengatasi hartawan, bangsawan dan sarjana.

Marilah kita belajar di “universiti kehidupan” dengan gugusan kisah dan rencah peristiwa sebagai teks kuliah yang tidak bernoktah.

Kita amat-amati nasihat dari “guru pengalaman” yang bersyarah tanpa suara dan kata.

Rendahkan hati dan diri anda. Pedulikan sama ada saya yang menulis ini baik atau jahat, jahil atau ilmuwan kerana jika anda tawaduk anda bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan berilmu tetapi juga daripada orang yang jahat dan dungu!


Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Hati saya sedang mencari ketenangan dikala fatrah peperiksaan ini..

Apa kata kita hayati tulisan yang dikirim oleh sahabat saya :)

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi - dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.


Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah - ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

* Dimensi kata, rasa dan tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan - forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah - zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

* Rasa kehambaan.
* Rasa bertuhan.
* Memahami maksud takdir.
* Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

* Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ - innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

* Rasa bertuhan.

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana - jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” - Al Hadis.

* Memahami maksud takdir Allah.

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail - kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah - yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

* Mendapat hikmah bila diuji.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” - didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”


Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi - yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.


Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)


Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.


Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.


Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.


Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah - sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki































nak balik dah...

post signature



Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Salam

Saya tidak teringin mahu menulis sebarang posting dalam fatrah peperiksaan ini. Cuma saya ingin berkongsi artikel ini buat tatapan anda. Amat menarik.


Oleh : Ust Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Apabila negara Islam berkembang luas, berlaku perbincangan antara saudara-saudara baru mengenai agama. Antara topik yang terpenting adalah membicarakan masalah akidah. Hasil daripada beberapa perbincangan, lahir berbagai-bagai fahaman yang berpandukan logik. Akibatnya, ada yang terpesong dalam memahami teks al-Quran yang sebenar. Walau apapun berlaku, Allah berjanji memelihara agamanya dengan melahirkan sarjana yang mempertahankan akidah yang tulen. Antara sarjana-sarjana itu adalah Imam Abu Hasan al-Asy’ari.



Abu Hasan al-Asy’ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Beliau pernah berpegang pada fahaman Muktazilah dan berguru kepada ayah tirinya Abu Ali aljubbai. Selepas berusia 40 tahun, beliau berfikiran matang dan tekun mengkaji secara mendalam. Pada suatu hari, beliau berdebat dengan ayah tirinya dalam mengenai kehidupan selepas mati. Selepas berdebat dengan ayah tiri beliau, Abu Hasan al-Asy” ari bangun berucap di Masjid Basrah lalu mengisytiharkan dirinya keluar daripada fahaman Muktazilah dan berpegang pada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Abu Hasan al-Asy’ari membuat pembaharuan dalam aliran Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik akal serta teks-teks al-Quran dan hadis yang ada. Hujah-hujah yang dikumpulkan cukup kuat bagi mematahkan hujah Muktazilah yang pesat berkembang pada masa itu. Beliau berjaya mengumpulkan ramai murid dan pengikut. Kemudian, lahir golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dikenali sebagai Asya’irah iaitu golongan pengikut fahaman Abu Hasan al Asy’ari.

Antara teori Abu Hasan al-Asy’ari adalah mengemukakan 13 sifat yang wajib bagi Allah secara terperinci iaitu:
1. Ada
2. Bersedia
3. Kekal
4. Berlawanan dengan sesuatu yang baru
5. Berdiri dengan sendirinya
6. Satu
7. Berkuasa
8. Berkehendak
9. Mengetahui
lO.Hidup
11. Mendengar
12.Melihat
13.Berkata-kata

Beliau juga menghuraikan perkara taklid iaitu mengambil pendapat orang lain tanpa hujah yang menguatkannya ataupun tidak dalam perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat itu. Beliau menghuraikan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kepercayaan pada rukun-rukun iman.

Aliran Asya’irah ini berkembang dengan pesatnya di Iraq. Kemudian, ia berkembang di Mesir pada zaman Salahuddin al- Ayubi, di Syiria dengan sokongan Nuruddin Zanki, di Maghribi dengan sokongan Abdullah bin Muhammad, di Turki dengan sokongan Uthmaniah dan di daerah-daerah yang lain. Ideologi ini juga didokong oleh sarjana-sarjana di kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Antara mereka adalah al-Asfaraini, al -Qafal, aljarjani dan lain-lain sehingga sekarang.

Pembaharuan yang dibawa oleh Abu Hasan al-Asy’ ari adalah dengan mengemukakan hujah logik dengan disertakan hujah teks al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Hujah-hujah ini membawa kekuatan kepada Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi hujah golongan Muktazilah yang pesat berkembang dan mendapat sokongan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Abbasiah. Akhirnya, golongan Muktazilah bukan sahaja dibendung dengan hujah, tetapi kerajaan yang ditubuh kemudiannya memberi sumbangan politik yang besar bagi mempertahankan dan mengembangkan fahaman Asya’ irah. Di samping itu, lahir tokoh sarjana Islam yang menyambung aliran fahaman ini seperti Abu Abdullah bin Mujahid, Abu Hasan al-Bahili, Abu Bakar bin al-Taib al Bakilani, Abu Bakar bin Furak, Abu Ishak al-Asfiraini, Abu Muhammad aljuwaini, Abu Mazfir al-Asfaraini, Imam al-Haramain aljuwaini, Hujah Islam Imam al-Ghazali, dan Imam Fakruddin al-Razi.

Imam Abu Hasan al-Asy’ari juga meninggalkan beberapa buku yang dikarangnya dan yang masih ada pada zaman sekarang antaranya Al-Ibanah Min Uslul Diniati. Dalam buku ini, beliau menyokong dengan tegas kepada Imam Ahmad bin Hanbal yang dipenjara dan didera oleh kerajaan Abbasiah yang menyokong Muktazilah pada zamannya. Begitu juga dalam buku AJ-Luma ‘ Fir Raddi ‘Ala Ahlil Zaighi wal Bid ‘i beliau mendedahkan hujah logik dan teks. Buku Maqalatul Islamiyiin mendedahkan fahaman-fahaman yang timbul dalam ilmu Kalam dan menjadi rujukan penting dalam pengajian fahaman-fahaman akidah. Buku Istihsan al-Khaudhi Fil Ilmu Kalam pula adalah risalah kecil bagi menolak hujah mereka yang mengharamkan ilmu Kalam.

Walaupun ada di kalangan sarjana Islam terutamanya di kalangan mazhab Hanbali yang menyanggah beberapa hujah dan kaedah yang dibawa oleh Abu Hasan Asy’ ari, ia tidak menafikan jasanya mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman beliau berjaya mematikan hujah-hujah Muktazilah yang terpesong jauh iaitu membicarakan al-Quran sebagai kata-kata Allah yang kekal, isu melihat Allah pada hari Kiamat, membetulkan perkara yang berhubung dengan Qadak dan Qadar dan lain-lain dan menjadi golongan pertama yang menamakan Ahli Sunnah Wal Jamaah di tengah-tengah kelahiran pelbagai fahaman pada zamannya.

Imam Abu Hasan Asy’ari meninggal dunia pada tahun 324 Hijrah dengan meninggalkan pusaka ilmu yang terdiri daripada buku-buku karangan beliau serta murid-murid yang meneruskan perjuangannya. Akhirnya, ia meninggalkan aliran pengajian akidah yang dianuti oleh sebahagian besar umat Islam hari ini dalam melanda cabaran-cabaran baru yang tidak ada pada zamannya. Seterusnya aliran ini memerlukan pembaharuan lagi dalam mengemukakan hujah-hujah kontemporari bagi mempertahankan akidah yang sebenar.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Dengan ini diumumkan bahawa T O Q K I Z O N E akan diberhentikan segala operasinya. Ini kerana saya ingin memberi laluan kepada peperiksaan yang bakal saya hadapi tidak lama lagi

Terima kasih kerana setia berkunjung ke zone ini. Sekian

toqki : Maafkan salah silap saya, halalkan makan minum. Doakan kita semua BERJAYA duina dan akhirat




post signature

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Oleh : Pak Sayuti

APAKAH angin perubahan kepimpian dalam Umno akan turut berjangkit kepada Pas? Apakah muktamar Pas pada bulan Jun nanti akan panas? Inilah garuan yang bermain dalam minda. Mesyuarat Pas kawasan sudah bermula dan akan menjadi rancak minggu depan. Mesyuarat kawasan akan membuat pencalonan mana-mana tokoh yang layak untuk bertanding apa-apa jawatan dari ahli jawatankuasa agung hinggalah ke presiden.

Sekiranya angin perubahan kepimpinan dalam Umno terbawa keluar, tentu muktamar Pas akan menjadi panas. Kalau pun tidak seriuh pemilihan Umno namun ia sudah tentu menjadi bahan ikutan dan pemerhatian umum.






Pelan perubahan tidak terdengar dalam Pas. Walaupun ada orang tertentu cuba membengkitkan tetapi tidak menjadi, kurang mendapat sambutan. Suatu waktu dulu ada cadangan agar Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menjadi Musyidul Am Pas mengganti Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pelan ini sebagai helah untuk mengeluarkan Abdul Hadi dari kuasa eksukutif Pas. Bolehlah dikatakan pelan berubah secara senyap.

Ada pihak yang merasa Abdul Hadi menjadi penghalang kepada cita-cita mereka untuk membawa Pas lebih maju dan serasi dengan selera politik semasa. Abdul Hadi dilihat sebagai begitu kejap pegangannya kepada prinsip dan dasar Islam sejati serta tidak pandai berpolitiking. Pegangan dan keyakinan ampuh Abdul Hadi kepada Islam dilihat sebagai penganggu kepada cita-cita politik matlamat menghalalkan cara.

Cadangan itu bagaimana pun tidak menjadi. Program untuk menjejaki Abdul Hadi yang ketika itu berada di Jakarta tidak kesampaian. Manakala mereka juga tidak tergamak untuk ‘menasihat’ Mursyidul Am Pas supaya meminta Abdul Hadi mengambil tempatnya selaku Mursyidul Am secara terhormat. Gerakan ini jelas menunjukkan ada usaha untuk menyingkir Abdul Hadi.

Tetapi dipercayai ada usaha secara halus dan seni agar Nik Aziz terus melaksanakan apa yang diinginkan itu. Di bawah sedarnya beliau dipengaruhi menyebabkan ada kalanya Nik Aziz seakan tersasau menyebabkan timbul suasana tidak kondusif beliau dengan presiden.Percanggahan pendapat serta penyentuhan bidang kuasa presiden berlaku secara terbuka. Namun atas kerendahan diri dan penghormatan Abdul Hadi yang tinggi kepada Nik Abdul Aziz di mana sanggup berdepan akhirnya kekeliruan yang dicipta itu dapat diatasi.

Buat masa ini kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden masih selamat. Tidak ada kedengaran ianya dicabar. Walaupun ada cadangan untuk merempuh Abdul Hadi namun tidak ada tokoh ataupun calon yang sepadan untuk dihadapkan dengan Abdul Hadi. Persiapan ke arah itu juga tidak berjaya disiapkan dalam masa setahun dua ini.

Orang yang sedang menempah baju presiden dan rancak membaca buku-buku pengurusan parti dan kerajaan kini juga tidak berani untuk berhadapan dengan Abdul Hadi. Watak orang sufi yang ditunjukkan dengan tasbeh ditangan dan membaca Quran di mana saja termasuk di dewan mesyuarat tidak berkeupayaan untuk menandingi pengalaman dan ketinggian ilmu agama serta zuhud Abdul Hadi.

Bagaimana pun sedikit sebanyak orang ini telah menunjukkan dia lebih hebat daripada presiden. Beberapa kali beliau telah melangkaui pemikiran Abdul Hadi dalam membuat analisa dan predition sebagai signal dan sekaligus dia lebih ke depan dan pintar berbanding Abdul Hadi Awang. Sudah beberapa kali signal itu dihantar, sayangnya ditafsirkan oleh ahli Pas sebagai ianya satu perbuatan biadap, tidak menghormati presiden di mana akhirnya orang ini dilihat bernafsu besar dan parasit dalam Pas.

Dalam jemaah Pas ahli diasuh supaya bersikap berlapang dada, tawaduk, akur kepada keputusan jemaah dan berfikir secara kolektif. Sesiapa yang cuba membawa budaya baru atau politik sekular kering akan dilihat sebagai gelojah dan tidak memiliki syaksiah Islam yang baik. Apa lagi kalau berlagak dan menunjuk pandai di dalam media di samping mengamalkan politik lempar batu sembunyi tangan dan tidak bertanggungjawab dengan amanah.

Seperti dikatakan tadi, setakat ini Abdul Hadi selamat, tidak ada siapa yang layak untuk diharap mencabarnya. Pun begitu ia tidak boleh dianggap sebagai satu yang muktamad. Politik boleh berubah dan boleh berkembang dalam sedikit masa saja. Tumbesar politik macamlah perkembangan bakteria.

Ulasan Nik Abdul Aziz mengenai pertandingan dalam muktamar yang berbeza-beza dan tidak konsisten membimbangkan. Pada satu masa beliau menyarankan agar pemilihan elok kalau dibuat secara syura. Manakala ketika diminta mengulas mengenai pemilihan dalam Pas kini beliau bercakap atas nada lain pula. Sambil memberi ingatan supaya perwakilan memilih calon yang baik, beliau dilaporkan ada berkata, perlawanan boleh berlaku di semua peringkat termasuk presiden.

Apakah muslihat beliau melafazkan kata-kata berkenaan? Apa ini ada hubungan dengan usaha untuk melagakan Mursyidul Am Pas itu dengan Presiden Pas? Apakah beliau sudah disuntik dengan kemungkinan-kemungkinan dan keperluan itu. Atau beliau sendiri sudah diasak supaya mencabar Abdul Hadi untuk jawatan presiden?

Sudah ada terbetuk pola pemikiran demikian dalam sesetengah ahli Pas yang teruja dengan gaya politik kelompok berkenaan. Saya yakin perkara ini ditanamkan oleh orang yang tidak suka kepada Abdul Hadi Awang. Misalnya salah seorang pemimpin di sebuah kawasan di Kelantan ada melontarkan untuk mencalonkan Nik Aziz sebagai calon presiden Pas pada muktamar kawasannya?

Pemimpin ini tidak akan terbuka akal fikirnya kalau beliau tidak disuntik dengan ubat pelali. Dia tidak tahu merancang politik masa depan sejauh itu melainkan ianya terlebih dahulu dituba dengan cacair kebencian kepada presiden Pas oleh orang yang bermaksud ingin menjadi presiden.

Hendaknya idea ini tidak menetas dan tidak akan melarat. Tok Guru Nik Aziz juga hendaklah mengawal diri dan perasaan agar tidak tertelan dengan idea ini. Saya kira Nik Aziz tidak tergamak untuk berbuat demikian. Adapun idea untuk mengadukan Nik Aziz dengan Abdul Hadi itu adalah sebahagian tektik bagi menjelaskan kepada dunia bahawa Abdul Hadi tidak sesuai dan layak untuk terus berada di kerusinya itu. Itu saja.

Sekarang ini proses untuk damage dan merendahkan Abdul Hadi sebagai presiden akan terus dijalankan dengan berbagai cara. Secara sedar atau tidak sedar, acara memsebotaj pemikiran Abdul Hadi juga sedang berlaku dan dilakukan dengan penuh kesenian oleh golongan anti “ulamarisme”. Sebab itu apa-apa gagasan politik yang diilham Abdul Hadi disepikan begitu saja.

...................

Tok Guru Nik Aziz berkata :

"Kalau ada yang perlu diubah, ubahlah. Ia bergantung kepada ahli-ahli di peringkat cawangan dan perwakilan yang dipilih untuk mengundi nanti. Malah kalau ada sesiapa rasa berkemampuan bertanding, tidak salah untuk tawarkan diri kerana mereka mempunyai hak."

Nik Abdul Aziz mengulas kemungkinan berlaku perubahan barisan kepimpinan parti itu untuk disesuaikan dengan 'tuntutan keadaan'.

Sekiranya Mursyidul Am PAS sendiri sudah menyarankan yang sekiranya 'perlu' Presiden PAS wajar ditukar, maka mungkinkah juga ada gerakan untuk menukar Mursyidul Am itu sendiri? Inilah yang disarankan oleh teman-teman saya tersebut, sewaktu kami minum-minum di Restoran Haslam berdekatan pejabat Harakah kelmarin.

Merujuk perlembagaan PAS, Fasal 7: Hukum, Kekuasaan dan 'Majlis Syura Ulama' pada bahagian 4 kurungan (d) kita akan dapati mesyuarat majlis syura ulama berhak melantik Mursyidul Am dan Timbalannya dalam kalangan ahli majlis tersebut. Jawatan Mursyidul Am ada had masanya iaitu 3 tahun (ingat: 3 tahun); dengan syarat ia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura Ulama dan boleh pula diperbaharui setelah tamat tempoh (sekiranya perlu).

Tiga tahun adalah satu tempoh yang munasabah. Tempoh yang terlalu lama akan mendorong pemimpin tersebut melakukan lebih banyak kesilapan.

Untuk setiap ahli politik, mereka ada expiry date. Sekiranya kita mendengar rungutan ahli, kita akan mendapati terlalu ramai yang berasa tidak puas hati dengan Mursyidul Am, terutamanya 'pergeseran' beliau secara terbuka termasuk menulis surat terbuka kepada Presiden yang tentunya tidak perlu di zaman ada emel, sms, mms dan telefon bimbit. Mereka bagaimanapun tidak ada telor untuk menyuarakan hal ini secara terbuka; dan antara cara untuk meluahkan perasaan ialah dengan menelefon saya di tengah-tengah malam, dan merungut macam kerbau berkubang.

Menurut mereka, kecenderungan Mursyidul Am mempertahankan kumpulan moderat-liberal dalam parti Islam tersebut membimbangkan. Tambahan pula Tuan Guru telah ikut turun padang melancarkan buku aktivis Islam Liberal yang menurut sesetengah ahli PAS begitu menjolok mata.

Ingat, iklim politik boleh berubah dan mengena batang hidung sendiri. Gorbachev menggalakkan perubahan dan reformasi dalam pentadbirannya di Soviet Union, dan akhirnya beliau sendiri menjadi mangsa sistem ciptaan sendiri. Seperti juga Pak Lah yang terbalik dan diterbalikkan oleh kumpulan yang mahu mengekalkan status quo 'isme'nya.

Episod politik UMNO amat menarik apabila Mahathirisme kembali bertakhta. Jun ini kita akan melihat pula apakah PAS akan menjadi parti memperjuangkan Islam yang sebenar atau menjadi Parti Islam Liberal sepenuhnya.

Justeru, saya kira jangan salah seruan seperti memberi isyarat merubah kepimpinan sewenang-wenangnya; kerana jawatan di dunia ini tidak selamat dan tidak kekal. Hari ini orang boleh suka, esok orang boleh benci.

Pandai-pandai memilih. UMNO perlu berubah, PAS juga perlu berubah. Jika kedua-duanya tidak berubah kemaraan jaringan liberalis penyokong kebebasan mutlak, free-market dan anti pemurnian budaya akan terus berkembang.

Ingat musuh kita bukan 'sesama sendiri'. Tetapi musuh kita adalah 'dalam kalangan kita sendiri', yang duduk dalam selimut, dengan guntingan yang akan menjahanamkan agama, bangsa dan negara. Tidak cukup dengan front sendiri, 'ejen', biak dan juak mereka juga mara dalam kedua-dua parti, dan jika politikus kita terus leka peradaban dan agama akan seluruhnya runtuh.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Ramai orang mengatakan Arab Mesir adalah masyarakat arab yang kasar, panas baran, dan sebagainya.

Apabila dikatakan sebegitu rupa, tidak semestinya mereka tidak mempunyai akhlak mahmudah yang perlu kita contohi.

Sepanjang saya menetap di bumi Anbiya', wujud beberapa budaya arab Mesir yang amat janggal dilihat di Malaysia.

Antaranya :



1. Memberi salam

Pernahkah anda memberi salam ketika anda di pasar? Ketika menaiki bas awam ? Atau di kedai-kedai? Atau di tempat-tempat awam yang lain, dengan mengucapkan salam kepada orang yang anda tidak kenali?? Pastinya tidak bukan??

Kebanyakan kita (masyarakat Melayu Islam) amat sukar memberi salam (malu kot!!) , jika ada pun salam itu hanya diberikan kepada sahabat-sahabat, atau mereka yang dikenali sahaja. Tak begitu?

Banyak hadis Nabi sollahu a'lahi wasalam menerangkan perihal kelebihan memberi salam.




Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"

Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."

Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

"Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Iblis pasti menangis apabila ,

Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".



2. Membaca Al-quran

1) Sabda Rasulullah S.A.W:

"Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf"



Budaya kedua yang tak kurang hebat juga, ialah membaca al-quran. Dimana anda berada dan pergi, pasti anda akan menyaksikan suasana al-quran itu hidup dibumi Mesir. Biah (suasana) yang membuatkan saya malu, dan bangga dengan Arab Mesir.



Ada yang menghafaz, maka mulutnya akan berkumat kamit membaca, bagi yang tidak menghafaz pula sanggup memegang musyhaf bukan bersaiz kecil, tapi yang bersaiz besar pun ada!

Sungguh mengujakan!!


3. Selawat

Pernah melihat filem 'Ayat-ayat Cinta'? (Babak Fahri bertengkar dengan 'Ammu (pakcik) didalam Metro)

Perasan tak perasaan marah 'ammu tu agak 'slow' bila ada orang disekelilingnya menyebut ' sollu 'alan nabi!!"

Itulah keadaan di Mesir yang boleh anda saksikan hari-hari.

Saya pun tak pasti kenapa begitu, mungkin mereka agak malu jika dibayangkan Baginda ada bersama mereka . Malu Baginda melihat umatnya yang menjadikan perbalahan itu 'hobi' bagi rutin harian mereka.

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata " Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar"

1. melaksanakaan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w.
3. mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bereti rahmat
4. bersemaan dngn selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari drjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut "alhamdulillahirabbil'alamin" di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan ynag paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki



Sudah lama saya mencari bagaimana caranya untuk menghitung tarikh lahir saya mengikut kalendar hijri.

Hari ini saya berjaya. Saya Che Nur Azizi Aizuddin telah menghitung tarikh lahir dalam tahun Islam.

Bulan kelahiran Islam saya adalah pada 8 Jamadil Awwal 1406 Hijrah iaitu jatuh pada hari Ahad.




Maksud : Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

Sifat : Anda mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Anda berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekad anda itu akan menunjukkan hasil usaha anda, namun begitu boleh mendatangkan kegagalan juga.

toqki : Pasal sifat tu, no komen.

post signature

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Satu hari Mamat berkesempatan untuk menghirup angin segar di kawasan hutan simpan.Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tetiba dia terdengar satu bunyi....

aauuummmmm!!!!!


"bunyi apa tu??" Mamat mula ketakutan.

Setelah diamati betul-betul, sedarlah Mamat bahawa dia sekarang berada dalam keadaan bahaya . Apalagi, tanpa membuang masa, Mamat memulakan pencaknya yang dinamakan 'langkah seribu' untuk menyelamatkan diri.

Harimau itu mengejar Mamat.Kelam kabut Mamat dibuatnya.

"Habislah aku!! aku tak kawen lagi rimau weeeii!!!"



Pak Belang pantas mengejar, kejar, kejar dan kejar. Dalam masa yang genting itu, sempat juga Mamat berdoa agar diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Maka untuk menyelamatkan diri si Mamat ni pun terus terjun ke dalam perigi tanpa banyak berfikir. Mujurlah perigi mempunyai tali untuk Si Mamat ni bergayut. Bergantunganlah dia di tengah-tengah perigi. Sedang di mulut perigi itu, Pak Belang setia menantinya.

Mamat termenung,

"Macam manalah aku nak suruh rimau ni blah.."

Fikiran Mamat mula buntu, perasaannya sekarang kacau bilau umpama ombak Thsunami menenggelamkan bumi Aceh.

"kecebuhhhh!!"

Bunyi kocakan air perigi...

Aaaaa!!!!...Ya Allah.....lagilah seram dibuatnya...

"Pulak dah.." tertekan Mamat jadinya...

Dua ekor 'bujang senang' geram melihat Mamat. Apalah nasib....



Dah jatuh ditimpa tangga. Ketakutan Mamat makin menjadi

Atas ada harimau bawah ada buaya.

"Arghhh!!!!!"

Jeritan batin Mamat mula didengari.

Mamat tak mudah putus asa, dia cuba terus menenangkan diri dan berfikir bagaimana caranya untuk mencari jalan keluar

Tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari celah-celah perigi. Naik ke atas memlalui tali yang Mamat sedang berpaut.

Alangkah sakitnya hati..sampai diatas atas tikus pula cari pasal menggigit tali tali yang dijadikan tempat Mamat berpaut.

"Cis, cilaka punya tikus!! Alahhhh....camner ni"

Belum habis sumpah seranah yang dihambur Mamat pada si tikus putih, keluar pula seekor tikus berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi,

"cit!cit!cit!cit! "
Tikus hitam juga tumpang sekaki, mengigit tali.

"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah aku!!"

Berfikir lagi. Kalau naik ke atas kena makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah pasti dibaham dek buaya.

"Macam mana nih..."

Mamat cuba berfikir lagi, mencari jalan keluar, tiba-tiba ... terdengar satu bunyi....

"uuuuuuuuuuuuu..."

Bunyi lebah membawa madu. Mamat terus mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang membawa madu. Maka secara tidak sengaja, jatuhlah setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Mamat.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Mamat membisik kepada dirinya sendiri

"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa semanis macam ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni."

Kerana setitik madu itu Mamat lupa sang harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang setia menantinya di bawah.

..............

toqki : Saya lupa siapakah yang menceritkan kisah ini pada saya. Mungkin anda tertanya-tanya, apakah yang ingin saya maksudkan dalam kisah ini.

Sekiranya anda tak tahu, atau anda pernah dengar cerita, tapi lupa. Begini sebenarnya :

Harimau yang mengejar itu adalah maut kita, ajal sentiasa memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yang dijadikan tempat sMamat bergayut itu adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus itu menggigit tali.

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut Mamat itu pula adalah nikmat dunia. Bayangkan kerana setitik saja madu itu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya itu.

Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.

Sekian.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Kalah...

Siapa tak pernah kalah?
Siapa yang tak takut dengan kalah?
Siapa suka dgn kekalahan?


Kalah itu apa?
Kalah dah buat apa pada kita?

Aku kalah?
Aku pernah tak pernah kalah? Bohong..
Aku jatuh, bangun
Aku menang, aku kalah......itulah lumrah.

Mereka berkata...
Kalah tak selamanya

Mereka berkata...
Gagal tak selamanya

Mereka berkata...
Kecewa tak selamanya

Maka kenapa perlu putus asa???
Hikmah , Rahmat, Kasih Sayang Yg Esa,
Siapa tahu?

Siapa tahu?
08 Ogos 2008 11 pm

post signature




Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki


Salam..

Huhu..saja nak promot...kini TOQKIZONE sudah pun berpindah kepada domain sendiri, hehe walaupun domain ini free, tapi takpelah.

suka-suka :)

dari http://toqkizone.blogspot.com ke http://toqkizone.via.my/

post signature

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat harta yang tersimpan di istana-istana Anda yang megah, dan di dalam kebun-kebun Anda yang hijau itu hanya akan menambah kecemasan dan kesedihan Anda sahaja


Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuatkan ubat yang diberikan doktor, dijual di farmasi, dan dos ubat yang diberi seorang doktor tidak akan pernah membahagiakan diri Anda. Apalagi bila anda masih menanamkan kesedihan dalam hati, menggantungkan kesedihan di dalam kedua kelopak mata, membiarkan diri Anda untuk dimasuki kesedihan itu, dan menyusupkannya di bawah kulit, maka semuanya itu akan jadi sia-sia.



Jangan bersedih, kerana Anda masih memiliki do’a. Anda boleh bersimpuh di depan pintu-pintu Tuhan Yang Maha Kuasa, dan Anda bisa memperoleh ketenangan di depan pintu-pintu Sang Raja Diraja. Anda juga masih memiliki waktu sepertiga akhir malam dan masih mampu menempelkan dahi ke tanah, bersujud.

Jangan bersedih, kerana Allah telah menciptakan bumi dengan segala isinya, telah menumbuhkan taman-taman yang memberikan pemandangan indah, kebun-kebun yang berisikan tumbuh-tumbuhan yang indah dan rimbunan untukmu, bintang-bintang bercahaya, hutan belantara, dan sungai-sungai.



Oh indahnya semua itu!!!

Jangan bersedih, kerana Anda masih dapat minum air yang jernih, menghirup udara yang segar, berjalan di atas kedua kaki tanpa menggunakan alas kaki, dan Anda masih dapat tidur nyenyak di malam hari.

Perbanyaklah membaca istighfar agar anda menemukan jalan keluar, mendapatkan ketenangan batin, harta yang halal, dan keluarga yang soleh.

Sabda Baginda sollahua'laihi wasalam :


“Barang siapa yang memperbanyak istighfar, nisaya Allah akan memberikan jalan keluar untuk setiap kecemasan dan akan membukakan pintu keluar dari setiap kesempitan”

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Masalah ini kerap kali berlaku bila saya nak masukkan hard disk dari komputer lain ke dalam komputer saya, jadikannya sebagai slave, dan cuba untuk membuka satu-satu folder di dalam hard disk tersebut (biasanya pada My Documets). Satu error akan terpapar: “Access Denied”






Ini berlaku kerana anda tidak ada kebenaran yang sepatutnya untuk membuka folder tersebut, kerana ia telah dibuat pada Windows yang lain. Cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah seperti berikut:

1. Mematikan fungsi Simple File Sharing:
1. Buka My Computer
2. Pada menu, pilih Tools | Folder Options
3. Pilih tab View
4. Untick pada ”Use simple file sharing (recommended)“. Klik OK.
2. Right-click pada folder yang berkaitan, dan pilih Properties.
3. Pilih tab Security (klik OK jika ada mesej Security).
4. Klik pada butang Advanced dan pilih tab Owner.
5. Pada senarai nama yang dipaparkan, pilih user name korang dan tandakan pada “Replace owner on subcontainers and objects“. Klik OK
6. Klik Yes pada mesej berikut (jika ada): “You do not have permission to read the contents of directory [Folder]. Do you want to replace the directory permissions with permissions granting you Full Control? All permissions will be replaced if you press Yes.“
7. Klik OK

Dengan ini, folder tersebut telah menjadi hak milik korang, dan korang boleh membukanya. Selamat mencuba, Insya-Allah.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Kerap kali berlaku situasi di mana anda tak dapat delete satu-satu fail atau folder dalam Windows. Sebaliknya, mesej-mesej berikut dipaparkan:





* Cannot delete file: Access is denied.
* There has been a sharing violation.
* The source or destination file may be in use.
* The file is in use by another program or user.
* Make sure the disk is not full or write-protected and that the file is not currently in use.



UNLOCKER berfungsi untuk membuang fail-fail degil ini. Hanya right-click pada fail atau folder tersebut, dan pilih Unlocker. Jika terdapat sebarang mekanisma yang menghalang fail tersebut dari dibuang, Unlocker akan memaparkannya. Selepas itu, klik Unlock All dan kini anda boleh delete fail tersebut.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki



Perisian antivirus percuma terbaik, Avira Antivir 9 kini telah dilengkapi dengan fungsi anti-spyware. ini bermakna, bukan sahaja anda boleh mendapatkan perlindungan dari virus dan spyware daripada satu perisian, malah ianya adalah percuma.



Avira juga turut memperkenalkan pembuangan virus dalam satu klik – di mana apabila satu-satu jenis virus dikesan, anda boleh memilih tindakan apakah yang perlu dibuat bagi kesemua jenis virus yang sama sekiranya dikesan lagi. Fungsi yang kecil, namun sememangnya ia sangat memudahkan kerja anda kerana anda tidak perlu lagi menunggu di hadapan skrin untuk menekan butang delete pada setiap virus yang muncul. Lagipun, fungsi sebegini telah lama diaplikasikan oleh antivirus popular yang lain seperti AVG dan Kaspersky.


Muat turun : Avira AntiVir 9


Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Ketika saya dan toqwan sedang menunggu bas ke Husein, secara kebetulan ada sahabat saya juga turut sama menunggu bas ke Ramsis.

Kami sempat bertegur sapa, dan bertanya khabar. Al-maklumlah sahabat saya seorang ini baru sahaja bergelar SUAMI.

"Enta ada rasa menyesal tak kahwin awal zie?"



"Tak kenapa?"


"Ana tak pahamlah, ana rasa ana tak patut kahwin awal zie" katanya. Terzahir perasaan sesalan dimimik mukanya.


Agak terkilan juga bila mendengar luahan hati sahabat saya yang baru mendirikan 'masjid', apa masalahnya, apa puncanya, saya pun tidak dapat menterjemahkannya kerna pertemuan kami pada petang itu amat singkat.

Cuma beliau sempat meminta tips dari saya bagaimana mahu melahirkan 'aman' dan 'tenang' dalam rumahtangga.

Saya agak janggal bila diminta memberikan tips @ cara mewujudkan suasana tenteram dalam alam ini.

Mungkin 'persalinan baju' pengantin baru itu masih ada, membuatkan saya agak segan bercakap hal begini.



Allah SWT berfirman :

" Dan diantara tanda-tanda(kebesaran) Allah itu ialah , Dia menciptakan kamu berpasang-pasangan, dari jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung dan merasakan tenteram padanya, dan Dia mewujudkan di antara kamu rasa kasih dan sayang .

Sseungguhnya pada demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi mereka yang berfikir" - ( Surah Ar-Rum ayat 21)


KOMUNIKASI YANG PALING BAIK


Tak rugi jika anda bertolak ansur dengan pasangan anda. Tidak ada gunanya anda berkeras mempertahan sesuatu yang remeh, dan bisa mengeruhkan suasana rumahtangga anda.

JADILAH :

Pendengar setia– dalam perkahwinan ikatan anda bersama pasangan bukan sahaja terikat sebagai suami dan isteri, malah lebih dari itu. Dengan itu adalah wajar bagi anda untuk mendengar apa jua masalah atau bahan cerita yang ingin disampaikan olehnya. Mendengar tidak semestinya memberikan pandangan atau nasihat. Setakat mendengar itu telah memadai!

Memahami– erm, sifat ini sukar untuk dilakukan jika kita tidak berusaha untuk mendekati pasangan kita. Tetapi jika anda cuba untuk memahami pasangan anda, tentu sahaja ia amat mudah untuk dilakukan, dan tentunya tidak akan timbul perselisihan faham.

Pujian– siapa yang tidak suka dipuji? Tentu sahaja anda juga suka dipuji. Dengan itu, jika pasangan anda melakukan sesuatu yang membuatkan anda terhibur, berikanlah si dia pujian. Dengan pujian, anda akan dapati pasangan anda lebih komited dan berusaha untuk menyelami hati anda. Itukan bagus…

Cubalah rendahkan ego anda dan berkomunikasi dengan cara yang palik baik


WUJUDKAN SIFAT KEBERSAMAAN

Kongsikanlah apa jua hobi anda bersama dengan pasangan anda. Jika anda seorang yang amat meminati kelas-kelas diluar, ajaklah pasangan anda bersama. Jangan biarkan pasangan anda bersendirian di rumah.

Lakukanlah sebarang ibadat bersama dengan pasangan anda.


ROMANTIK

Banyak perkara yang boleh anda jadikan diri anda seorang romantik dimata pasangan anda, antaranya ;

Memimpin tangan – ha… Entah mengapa setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga, jarang sekali yang saling memimpin tangan di tempat awam. Sedangkan masa bercinta dulu, seolah-olah tak boleh lepas!




Saya dan toqwan pernah dinasihati oleh seseorang katanya ;

"Kita yang dah kahwin ni tak digalakkan berpegang tangan di tempat awam, hal ini akan menimbulkan perasaan kurang enak dikalangan mereka yang belum berkahwin" nasihatnya pada kami.

Saya hanya tersenyum sendirian , dah halal pun masih ada haramnya?? Bagaimana tu??

toqki : Teringat gelagat ayah ummi di Malaysia, tetap berpegang tangan walaupun diperli rakan-rakannya dan sudah berpangkat atok dan nenek!!!

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

"Nah, ambil ini, semua L.E 25 je" kata penjual kitab di bangunan usuluddin.

Saya terkejut apabila melihat kitab-kitab yang baru sahaja jatuh ditangan saya, saya terdiam dan berfikir. Lain benar kandungan kitab aqidah tahun yang lepas dan sekarang.



Cuaca panas Mesir yang hampir tiba terasa ngiang-ngiang dibelakang badan saya.

"Al-Iqtishod fil 'itiqod" namanya sepanas musim panas di Mesir.

Kitab karangan Imam Ghazali yang membuatkan saya kecut perut untuk menelan isi kandungan yang ada dalam kitab tersebut.

Sudah 5 kali saya cuba memahamkan muqadimah kitab tersebut sebelum ke dewan kuliah, malangnya pemahaman saya masih tidak mampu hadir dan secara tidak langsungnya hati saya terasa bimbang mengenangkan peperiksaan yang menjelang tiba.

Saya bergegas ke dewan kuliah untuk menunggu doktor menerangkan isi kandungan kitab karangan seorang tokoh ilmu Kalam zaman lampau. Hati saya amat teruja!!

Hampir 2 jam masa berlalu mendengar penerangan doktor berkenaan pengenalan sejarah ilmu aqidah, dan ilmu Kalam hati saya terpujuk akhirnya, kaki tak terasa lenguhnya walaupun lama berdiri. Serba sedikit tergambar jua dikepala saya apa itu ilmu kalam dan perbahasannya.


Lain benar rasanya bila 'memanaskan punggung' di majlis ilmu.

Loceng bangunan syariah berdering membingitkan telinga kami, semua bergegas bangun menuju ke pintu kuliah tak ubah seperti saya di alam kanak-kanak dahulu.

Apa yang berlegar diruang mata dan kepala saya sekarang bukanlah kitab tadi, Kini yang tergambar hanyalah wajah Syeikh Ibrahim Judah terpampang dikotak pemikiran saya.

Perasaan bersalah hadir tanpa diundang timbul dihati. Hampir seminggu saya tidak berlaga lutut dengan beliau mendendangkan hafazan yang wajib saya habiskan.

Memang benar tekaan saya, syeikh benar-benar marah disebabkan pe'el perangai saya yang tidak konsisten dalam belajar.huhu. Alasan memang ada, tapi sampai bilakan??:)

Bilalah agaknya saya dapat memahami apa itu 'ISTIQOMAH'

Akibatnya, saya hanya diberi ruang membaca sekadar satu maqra' sahaja. Perasaan marah pula wujud menguji fizikal dan mental saya.

Mujurlah toqwan hadir menjadi penyejuk hati...

" Ujian untuk abang tu, syeikh nak abang IKHLAS, SABAR, "

Susah benar mendidik hati dan memahamkan apa itu IKHLAS

.................................................


Rupanya, susah lagi memahami pelajaran IKHLAS dan ISTIQOMAH berbanding Al-Iqtishod

- Ustaz Fahmi maafkan tingkah laku ana hari itu ~

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Sebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.



Teknik Menghafaz

A. Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik "Mengulang"

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.




C. Teknik "Tumpu" dan "Ingat"

1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis

1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.


Selamat Mencuba


Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU