toqki

"Nah, ambil ini, semua L.E 25 je" kata penjual kitab di bangunan usuluddin.

Saya terkejut apabila melihat kitab-kitab yang baru sahaja jatuh ditangan saya, saya terdiam dan berfikir. Lain benar kandungan kitab aqidah tahun yang lepas dan sekarang.



Cuaca panas Mesir yang hampir tiba terasa ngiang-ngiang dibelakang badan saya.

"Al-Iqtishod fil 'itiqod" namanya sepanas musim panas di Mesir.

Kitab karangan Imam Ghazali yang membuatkan saya kecut perut untuk menelan isi kandungan yang ada dalam kitab tersebut.

Sudah 5 kali saya cuba memahamkan muqadimah kitab tersebut sebelum ke dewan kuliah, malangnya pemahaman saya masih tidak mampu hadir dan secara tidak langsungnya hati saya terasa bimbang mengenangkan peperiksaan yang menjelang tiba.

Saya bergegas ke dewan kuliah untuk menunggu doktor menerangkan isi kandungan kitab karangan seorang tokoh ilmu Kalam zaman lampau. Hati saya amat teruja!!

Hampir 2 jam masa berlalu mendengar penerangan doktor berkenaan pengenalan sejarah ilmu aqidah, dan ilmu Kalam hati saya terpujuk akhirnya, kaki tak terasa lenguhnya walaupun lama berdiri. Serba sedikit tergambar jua dikepala saya apa itu ilmu kalam dan perbahasannya.


Lain benar rasanya bila 'memanaskan punggung' di majlis ilmu.

Loceng bangunan syariah berdering membingitkan telinga kami, semua bergegas bangun menuju ke pintu kuliah tak ubah seperti saya di alam kanak-kanak dahulu.

Apa yang berlegar diruang mata dan kepala saya sekarang bukanlah kitab tadi, Kini yang tergambar hanyalah wajah Syeikh Ibrahim Judah terpampang dikotak pemikiran saya.

Perasaan bersalah hadir tanpa diundang timbul dihati. Hampir seminggu saya tidak berlaga lutut dengan beliau mendendangkan hafazan yang wajib saya habiskan.

Memang benar tekaan saya, syeikh benar-benar marah disebabkan pe'el perangai saya yang tidak konsisten dalam belajar.huhu. Alasan memang ada, tapi sampai bilakan??:)

Bilalah agaknya saya dapat memahami apa itu 'ISTIQOMAH'

Akibatnya, saya hanya diberi ruang membaca sekadar satu maqra' sahaja. Perasaan marah pula wujud menguji fizikal dan mental saya.

Mujurlah toqwan hadir menjadi penyejuk hati...

" Ujian untuk abang tu, syeikh nak abang IKHLAS, SABAR, "

Susah benar mendidik hati dan memahamkan apa itu IKHLAS

.................................................


Rupanya, susah lagi memahami pelajaran IKHLAS dan ISTIQOMAH berbanding Al-Iqtishod

- Ustaz Fahmi maafkan tingkah laku ana hari itu ~

Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

9 Responses
  1. nk fhm pe itu ikhlas, tgk cite kiamat sdh dkt. hehehe


  2. al-aman Says:

    Huhu... ada salah faham ni. Ana x kluarkan apa2 kenyataan pun lagi kat sape2 psl tu. Haris yg reka2 cerita tu. Huhu.

    Dia ada cerita kat ana. Ana selambe je B-)

    Buang la kisah 'silam' tu. huhu


  3. toqki Says:

    huhu..

    mekasih us fahmi:)


  4. "fastaqim kama umirta..."

    ayat berapa surah mana ni toqki?


  5. Dr Marami Says:

    jie.. kat azhar ada loceng ker? pastu bile syeikh ibrahim judah nk mari komplex ni lagi??


  6. toqki Says:

    kak afzan surah hud ayat 112 :)

    to marami : yup kat azhar ade loceng,huhu.
    syeikh akan mari kompleks after exam
    biiznillah..tapi kat arma dye ade je
    klu nk ngaji


  7. al-aman Says:

    salam...sedikit penjelasan kpd yg x tahu.

    perkataan azhar tu umum. kadang2 bawa maksud masjid azhar, kadang2 bawa maksud uni. azhar.

    saya agak terkejut bila dikatakan azhar ada loceng...kerana yg tergambar di kotak fikiran saya ialah masjid azhar...rupanya uni.azhar...

    ye, memang uni.azhar ada loceng..

    adapun masjid azhar x dok loceng, pengajian d cni berterusan berdasarkan kehendak syeikh...

    kalau x kerana masjid azhar, aku x akan datang ke mesir!!! ya Allah, bantulah hambaMu yg lemah ini menimba ilmuMu...aminnn...


  8. toqki Says:

    to al-aman :

    jazakallah kerna sudi memberi penjelasan,
    tapi ana yakin, marami maksudkan ialah uni. azhar:)

    betol x marami?


  9. Anonymous Says:

    apa salahnya jika masjid azhar ada loceng??
    rendahkah martabat masjid itu?
    bg saya, masjid azhar & uni azhar adalah sama.
    sama2 tempat tadahan ilmu


Post a Comment