toqki

Salam..

Peperiksaan fatrah ini dah semakin hampir, tapi tak tahu kenapa. Semakin dekat dengan peperiksaan, hati, perasaan semakin terganggu.

Argh!! Tatkala waktu begini hati terasa memerlukan manisnya hikmah untuk ditelan atau bisa disuntik menjadi semangat untuk terus hidup

Mujurlah amukan ini terubat dengan kata-kata keramat Luqman Al Hakim ketika ditanya bagaimana dia mendapat hikmah? Dia menjawab,

“aku belajar hikmah daripada orang yang dungu. Jika dia melakukan sesuatu, maka aku tidak akan melakukannya.”

Ilmu yang kita perolehi umpama aliran air. Air akan sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah.

Lebih rendah sesuatu tempat itu, maka semakin banyaklah air yang bertakung di situ.

Subhanallah !! Sekiranya kita perhatikan, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai.



Maka begitu juga dengan ilmu, perlu “ditakung” dengan hati yang merendah diri.

Luqman menjadikan si jahil sebagai “guru” yang mengajarnya erti sempadan pada percakapan dan tindakan.

Kita bagaimana? Jangan dilupakan petua dalam pembelajaran, bila murid bersedia, guru akan tiba.


Maksudnya, bila kita sentiasa ingin dan bersedia untuk belajar, maka akan muncul “guru-guru” yang mahu mengajar kita.

Ada masa kita buntu dengan masalah yang kita hadapi, kita tertekan, lantas bermacam tindakan yang akan muncul dibenak akal fikiran kita.

Cuba padankan segala-galanya dengan kisah-kisah hidup kita sendiri. Cubala berguru dengan pengalaman hidup sendiri.

Sesetengah ilmu perlu “dirasai” baru boleh difahami, dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan.

Hidup ini penuh dengan warna-warni, ada masa manis tanda kejayaan yang bakal kita nikmati, dan ada waktu kita pasti menemui jalan kegagalan.

Ya, saya pernah buat salah, pernah melakukan onar. Jawab soalan saya. Kita siapa? Maksumkah kita??

Pesan ringkas saya, jangan kesal jika kita tersalah di masa lampau.

Melakukan kesalahan dan kesilapan adalah bukti yang kita masih manusia.

Oleh itu, sebaik mendapat pengajaran daripadanya, lupakan dan tumpukan ke masa hadapan. He who does not look ahead remains behind - dia yang tidak memandang ke hadapan akan sentiasa tertinggal di belakang.

Kita tidak boleh “menggergaji habuk kayu” (meminjam istilah Dale Carnargie).

Ertinya masa lalu akan terus berlalu. Apa yang penting, gunakan pengajaran masa lampau untuk “mengemas kini” masa kini dan merancang masa depan.

Yesterday ended last night! Semalam berakhir malam semalam.

Jangan pula berbangga jika kita dalam kebenaran.

Justeru, tidak ada jaminan kita akan seterusnya benar sepanjang hayat. Sering diperingatkan, kejayaan hari ini boleh menjadi musuh kepada kejayaan hari esok.

Jagalah kebenaran yang kita miliki dengan selalu memohon hidayah dan taufik.

Sematkanlah selalu didalam hati

“dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Jadilah “wira’ yang tidak didendangkan.

Wira yang berbakti tanpa ingin disanjung dan dipuji.

Belajarlah “menikmati” keikhlasan dengan rasa ingin membuat kebaikan tanpa dilihat oleh orang lain.



Saya bangga melihat segelintir sahabat saya yang rajin, taat melakukan ibadat. Ya, kita perlu memujinya dalam hati kita!!

Jangan ada sifat hasad dalam diri kita dengan nikmat yang Allah beri padanya.

Mereka “menulis” menerusi amalan. Dalam tidak sedar, saya menulis amalan mereka melalui perkataan. Ya, orang yang mencipta sejarah, jarang mampu menulis sejarah.

Mereka (sahabat saya) hanya manusia biasa tetapi menjadi luar biasa kerana budi, nilai dan akhlak yang tinggi.

Mereka punya hati emas yang tidak boleh direbut oleh sesiapa. Kekadang gelanggangnya hanya sekangkang kera, namun peranannya seluas maya pada.

Ada kalanya pangkat mereka cuma kuli biasa, namun jasanya mengatasi hartawan, bangsawan dan sarjana.

Marilah kita belajar di “universiti kehidupan” dengan gugusan kisah dan rencah peristiwa sebagai teks kuliah yang tidak bernoktah.

Kita amat-amati nasihat dari “guru pengalaman” yang bersyarah tanpa suara dan kata.

Rendahkan hati dan diri anda. Pedulikan sama ada saya yang menulis ini baik atau jahat, jahil atau ilmuwan kerana jika anda tawaduk anda bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan berilmu tetapi juga daripada orang yang jahat dan dungu!


Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya | edit post
5 Responses
  1. Motivasi yg best...

    Rasa ingin bangkit semula...

    Trima kasih toqki...


  2. pu3 balqis Says:

    masyAllah..
    mantapnya penulisan..
    sgt memotivasikan..
    izinkan ana link artikel ini di blog ana ya..
    sgt best..!
    keep on posting..
    izin amek link blog juga..


  3. salam
    tersentak bc post nie
    amat terkesan dgn motivasi yg diberi..
    teruskn menulis, toqki..

    anyway,
    suka quote toqki,

    "yesterday ended last night"

    yup..
    selagi diberi kesempatan.
    hidup nie mesti diteruskan no matter what.
    insyaAllah..


  4. toqki Says:

    to idham

    ana tgh bermotivasi ni!! xmo jd spt dulu:)

    to pu3balqis

    tq, silakan ambil. datang lagi ye

    to nisa

    wslm. jgn tersentak nisa :) toqki belaja ngn nisa juga. tulisan nisa best. toqwan suka bangat!!


  5. Anonymous Says:

    Merkur Safety Razor Merkur - XN
    MERKUR is the best quality Merkur safety งานออนไลน์ razors. Features, features and 메리트 카지노 고객센터 an adjustable deccasino blade gap. Merkur Futur Futur Safety Razor Merkur is the


Post a Comment