"Abang, minta izin untuk nikah seorang
lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di
dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV
sedang menayangkan iklan Sunsilk,
mustahil sudah ada siri baru iklan
Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf
Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik
putera bujangnya yang berdua, si
kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis
genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku
rasa kau mampu untuk beri makan
2 keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya
punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
seusai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap
untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan
permintaan abang. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,"
Lembut dan tenang sayup-sayup suara
isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan
seorang yang panas baran. Aliyah
terlalu sempurna, baik tetapi ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita
yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan
isterinya. Hendak dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri abang," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut
dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. abang dah lama hidup
dengannya. abang faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia
menghantar Qistina untuk ditemuduga
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta
oleh Aliyah bermunajat di masjid
Putra. Di masjid itu, hatinya benar-
benar terusik. Sekian lamanya dia
tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama
dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan
tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia
cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung
Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
buzz buzz... sms menjengah masuk
ke kantung inbox hensetnya.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan
terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya untuk
bersama abang,"
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir
saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.
abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana abang membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu
cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah
yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang.
Aliyah tak sanggup abang diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi abang nak
menggalas dosa orang lain. Aliyah
sayangkan abang...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah
lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
abang. Aliyah tahu selera abang hanya
pada lauk pauk kampung. Tapi tak
tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera
abang sudah berubah. Tapi, Aliyah
masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, abang muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah
mereka. kasihan nanti, tak makan lah
pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan
abang...
3. aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah
minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia
akan menjadi ibu pada zuriat abang
yang lahir, jadinya Aliyah harapkan
dia mampu untuk mengajar anak-anak
abang nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan abang...
abang yang disayangi,
cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. abang lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, abang
mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan abang
mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.Jika
munajat
abang di Masjid Putra mengiayakan
tindakan abang ini, ambillah borang
ini,
isi dan pergilah kepada Qistina. Oh
ya, lupa nak cakap, Qistina telah
berada di sawarak. Menunggu
abang...Aliyah sayangkan abang...
Tetapi jika abang merasakan Qistina
masih belum cukup hebat untuk
dijadikan
isteri abang, pergilah cari wanita
yang setanding dengan Aliyah... Aliyah
sayangkan abang.
Tetapi, jika abang merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk abang..
tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang,
roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!!!!"
Permata ‘Akal Budi’ yang Hilang
12 hours ago
i am amazed if this is ur original idea..seriously, this story is so touching.. human being is always like that.. they tend to forget te sacrifices of their loved ones easily.. how their loved ones used to care for them.. to loved them and not hoping for return... unconditional love.. keep up ur good work, bro.. salamm..
benar2....
terharu...
perlu di praktikkan & dihayati
saye pernah bace story ni kat laptop kakak saye