toqki






MADRID - Penyerang Sevilla, Frederic Kanoute bakal berdepan hukuman daripada Persatuan Bola Sepak Sepanyol.

Ia gara-gara tindakan terbuka Kanoute yang didakwa sengaja menyingkap jersinya sambil mendedahkan baju-T hitam yang dipakai tertulis perkataan Palestin.

Insiden itu berlaku selepas dia menjaringkan gol bagi membantu Sevilla mencatat kemenangan 2-1 ke atas Deportivo La Coruna pada kempen Piala Raja Sepanyol, Rabu lalu.

Tujuan Kanoute berbuat demikian dikatakan sebagai tanda sokongannya kepada penduduk Palestin yang kini diserang rejim Israel.

Kanoute dilahirkan di Perancis, namun dia beraksi dengan skuad kebangsaan Mali.

Dalam pada itu, Duta Israel di Madrid, Raphael Schultz menganggap tindakan Kanoute adalah sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang pemain profesional.

"Saya menyaksikan perlawanan tersebut dan baju-T yang dipakai itu jelas tertulis perkataan Palestin," jelas Schultz.

Sementara itu, pegawai Kedutaan Palestin di Madrid, Mahmoud Aluanen pula menganggap Kanoute sebagai seorang individu yang cukup berani.

"Ahli sukan juga manusia biasa. Mereka juga mempunyai hak untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang telah berlaku," kata Mahmoud. - Agensi














Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

0 Responses

Post a Comment