toqki

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu.

Mengapa?

Kata orang, itulah penangan ‘air tangan’. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak ‘terlarut’ bersama bahan-bahan masakan.

Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu?


Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah ‘air’ dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan ‘air tangan’. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

Percaya atau tidak anda perlu menerima kenyataan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk ‘mendapat’ tetapi untuk ‘memberi’. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk ‘memberi’ kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang ‘chef’ yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.

Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.

Realitinya, ‘air tangan’ bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, pelajar, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar.

Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.

Falsafah di sebalik ‘air tangan’ inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya:

“Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya “

Bak kata Us Ridwan Pauzi :

" Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan niat yang ikhlas natijahnya dia dan orang disekelilingnya pasti merasai hasil yang baik "



Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya | edit post
4 Responses
  1. nisa Says:

    salam toqki

    setuju ngan entri toqki yg nie^_^
    klu kita buat something dgn gembira,
    kita pasti takkan rs bosan melakuknnya and akan jd lebih bertenaga

    nice entri!
    troskn menulis toqki
    entri nie cm kene jer ngan diri nisa as a student
    huhu

    =)


  2. Dzuu Haniin Says:

    manusia boleh mnggunakan teknik brainwash untuk mngosongkan otak sesorang.tapi belum pernah manusia mampu mnghilangkan perasaan...perasaan yg ikhlas adalah 1 resonans!


  3. owh..caer pn da ada blog rupenye..hee..
    best ek da sampai msia..sori xsmpt nk hantar ari 2..smoga cpt pulang smula ke mesir ni..i'm waiting for you.. :)


  4. Hares Takeery Says:

    aku lebih rindukan mak drp masakan mak..sbb mane mgkn terhasilnya masakan yg bkualiti tanpa kewujudan mak & kasih sayang beliau!


Post a Comment