toqki


Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai
seorang
anak
lelaki bernama Mat.

Mat membesar menjadi seorang yang lalai
menunaikan
suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan
dan
perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain
amal
kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan
pula
yang
menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam
jenis
kaki lagi menjadi kemegahannya.

Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni
terlalu

sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan
pacakkan
satu
tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu
kejahatan,
maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau
berbuat

satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."
Bapanya

berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan
memukul
beberapa batang paku ke tiang
tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari.
Jarang-jarang
benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut
tengkujuh
berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang
yang
berdiri
megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan
paku-paku
dari
bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi
dengan
paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.

Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang
menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam
diri
Mat
kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun
berazamlah

untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang.
Hari
itu
saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya
sembahyang
lagi
ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku tercabut.
Hari
berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka
semakin
banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak
kebaikan

yang Mat lakukan dan semakin
banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal
sebatang
paku

yang tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya
dan
berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku
cabutkannya
keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?"

Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa
gembira
sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis
teresak-esak.
"Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau
gembira
kerana semua paku-paku tadi telah tiada." Dalam nada yang sayu Mat
mengeluh,
"Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada,
tapi aku
bersedih kerana parut- parut lubang dari paku itu tetap kekal di
tiang,
bersama dengan karatnya."

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan, Dengan dosa-dosa dan
kemungkaran
yang
seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan (habit), kita
mungkin
boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya,
tapi
ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita
menyedari
diri ini melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang diambang pintu
habit
yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita
bergelimang dalam kemungkaran, makakita telah membenamkan sebilah
paku
lagi
yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita
cabut
kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam
diri
ini
sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan
tak
dicabut.

Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya | edit post
0 Responses

Post a Comment