toqki

"Nah, ambil ini, semua L.E 25 je" kata penjual kitab di bangunan usuluddin.

Saya terkejut apabila melihat kitab-kitab yang baru sahaja jatuh ditangan saya, saya terdiam dan berfikir. Lain benar kandungan kitab aqidah tahun yang lepas dan sekarang.



Cuaca panas Mesir yang hampir tiba terasa ngiang-ngiang dibelakang badan saya.

"Al-Iqtishod fil 'itiqod" namanya sepanas musim panas di Mesir.

Kitab karangan Imam Ghazali yang membuatkan saya kecut perut untuk menelan isi kandungan yang ada dalam kitab tersebut.

Sudah 5 kali saya cuba memahamkan muqadimah kitab tersebut sebelum ke dewan kuliah, malangnya pemahaman saya masih tidak mampu hadir dan secara tidak langsungnya hati saya terasa bimbang mengenangkan peperiksaan yang menjelang tiba.

Saya bergegas ke dewan kuliah untuk menunggu doktor menerangkan isi kandungan kitab karangan seorang tokoh ilmu Kalam zaman lampau. Hati saya amat teruja!!

Hampir 2 jam masa berlalu mendengar penerangan doktor berkenaan pengenalan sejarah ilmu aqidah, dan ilmu Kalam hati saya terpujuk akhirnya, kaki tak terasa lenguhnya walaupun lama berdiri. Serba sedikit tergambar jua dikepala saya apa itu ilmu kalam dan perbahasannya.


Lain benar rasanya bila 'memanaskan punggung' di majlis ilmu.

Loceng bangunan syariah berdering membingitkan telinga kami, semua bergegas bangun menuju ke pintu kuliah tak ubah seperti saya di alam kanak-kanak dahulu.

Apa yang berlegar diruang mata dan kepala saya sekarang bukanlah kitab tadi, Kini yang tergambar hanyalah wajah Syeikh Ibrahim Judah terpampang dikotak pemikiran saya.

Perasaan bersalah hadir tanpa diundang timbul dihati. Hampir seminggu saya tidak berlaga lutut dengan beliau mendendangkan hafazan yang wajib saya habiskan.

Memang benar tekaan saya, syeikh benar-benar marah disebabkan pe'el perangai saya yang tidak konsisten dalam belajar.huhu. Alasan memang ada, tapi sampai bilakan??:)

Bilalah agaknya saya dapat memahami apa itu 'ISTIQOMAH'

Akibatnya, saya hanya diberi ruang membaca sekadar satu maqra' sahaja. Perasaan marah pula wujud menguji fizikal dan mental saya.

Mujurlah toqwan hadir menjadi penyejuk hati...

" Ujian untuk abang tu, syeikh nak abang IKHLAS, SABAR, "

Susah benar mendidik hati dan memahamkan apa itu IKHLAS

.................................................


Rupanya, susah lagi memahami pelajaran IKHLAS dan ISTIQOMAH berbanding Al-Iqtishod

- Ustaz Fahmi maafkan tingkah laku ana hari itu ~

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Sebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.



Teknik Menghafaz

A. Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik "Mengulang"

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.




C. Teknik "Tumpu" dan "Ingat"

1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis

1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.


Selamat Mencuba


Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya , 4 comments | | edit post
toqki

Bismillahir Rahmannir Rahim

Saya dan toqwan mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat
QAMARUL & KHAIRIAH
MOGA KEKAL HINGGA KE SYUGRA


Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Saya suka mendengar seorang ustaz yang sering memberikan tazkirah dan kuliah kepada kami. Hati saya bisa terusik dengan kata-katanya dan cara penyampainnya serta teknik beliau menarik para pendengar padanya.


Sedang saya cuba memberi fokus pada ucapan ustaz, rupanya tanpa saya sedari ada seorang hamba Allah cuba mencuit saya, lalu cuba mengatakan sesuatu pada saya.

" Enta kenal siapa 'dia' tu?( ustaz yang sedang memberikan tazkirah)"


" Ana tak kenal, kenapa?"




"Ana kenal sangat 'dia' tu, teman sedarjah dari sek ren, sampai sekarang..."

Saya kebingungan, dia ni nak cakap apa sebenarnya, perasaan kurang selesa dengan bicaranya buat saya rimas, kerana ingin beri tumpuan kepada apa yang mahu disampaikan ustaz tersebut.

"Dia tu masa di sek, macam-macam perangai dibuatnya, boleh je ana nak cerita kat enta"

Saya terus beristighfar... apa hal dengan dia ni, saya amat terkilan. Niat nak cari pahala, dosa pula dapatnya...



KISAH SILAM

Siapalah yang tidak punyai kisah silam. Ada yang memiliki silam yang baik dan pasti jua ada yang sebaliknya .

Akan tetapi, kisah lampau yang dilalui oleh manusia tidak seharusnya dirungkai dan dicoret-coret isinya. Biarlah ia terus dikambus, dikambus oleh kebaikan dan amalan baik yang dilakukan.




Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan perkara ini sering-kali diulang-ulang dari Quran bahawa kesilapan itu ditebus melalui sesalan. Sesalan yang bersungguh-sungguh dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi, iaitu TAUBAT.

Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.

Mengapa kita suka membaca isi silam orang lain?

Adakah perkara itu sebuah keseronokan atau sebuah kelucuan yang harus kita sebar-sebarkan? Ataupun mungkin kita suka mencungkil-cungkil rahsia orang lain yang tersembunyi, kemudian dihebahkan kepada orang lain untuk merendahkan atau menghina seseorang itu?

Sudah terang jelas lagi bersuluh, Islam melarang perbuatan mencungkil rahsia yang tersembunyi , kemudian menyebarkannya kepada umum. Perbuatan itu juga dikategorikan sebagai mengumpat/ghibah

Rasulullah pernah bertanya makna mengumpat kepada para sahabatnya. Kemudian para sahabatnya mengatakan tidak tahu. Kemudian Rasulullah berkata;

“Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.”

Kemudian ada sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?”

Baginda menjawab;

“Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, walaupun sesuatu perkara yang kita sebar-sebarkan itu sekalipun benar, tetapi tidak disukai oleh empunya diri maka ia termasuk dalam kategori mengumpat.

Amat kasiha dan besar dosanya sekiranya kita adalah tergolong dalam puak ini, golongan yang disamakan dengan orang yang memakan daging saudaranya sesuai dengan firman Allah;

“Janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.” (al-Hujrat; ayat 12)



YANG TERSEMBUNYI TETAP TERSEMBUNYI

Rasulullah tidak pernah menghebahkan atau membuka keburukan orang lain yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, walaupun baginda mengetahui keburukan orang tersebut melalui pemberitahuan dari orang lain atau dari perlaku perbuatan tersebut.

Hal ini dapat kita selami melalui sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim.

Diceritakan bahawa ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah, kemudian dia berkata;

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (meraba-raba), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya; “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan terus berlalu pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah dalam surah al-Hud ayat 114;

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”

Kemudian ada seorang bertanya kepada rasulullah, “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?” Jawab Nabi saw, “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Jangan keliru atau terkeliru, Islam memang mengharamkan perbuatan yang mendekati kepada zina, lebih-lebih lagi zina. Tetapi Islam juga mengharamkan kita mendedahkan aib orang lain, iaitu perbuatan dosa yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak mengancam kepada keselamatan awam disamping perlaku tersebut berusaha untuk menyembunyikannya.


PERINGATAN

Usahlah kita menilai dan menghukum seseorang itu berdasarkan kisah-kisah silam mereka. Usahlah kita bersangka buruk di atas kekhilafan yang pernah mereka lakukan.
Usahlah menghina atau merendahkan darjat mereka di atas kehinaan yang pernah mereka lakukan.

Tetapi nilailah kehidupan mereka pada masa kini, adililah mereka atas sikap dan perlakuan mereka pada hari ini, dan hukumilah mereka di atas apa yang mereka dipertanggungjawabkan pada masa kini.

Pandanglah dengan pandangan segar, pandangan masa depan tanpa menoleh ke arah peristiwa atau titik-titik hitam di belakang hari.

Moga peringatan ini dititipkan kepada rakan-rakan kita saya, selain ia menjadi nasihat dan azimat kepada diri saya sendiri, kerana kehidupan itu ada fasa-fasanya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (al-Hujrat)


Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya 8 comments | | edit post
toqki


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Lagu: Suhaimi & Khairul Salleh (Karyamosus)
Lirik: Suhaimi & Khairul Salleh (Karyamosus)
Hakcipta : Inteam Records
Penerbit : Suhaimi & Frizdan
Susunan Muzik : Along Exist

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya 0 comments | | edit post
toqki

"Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita. Perbuatan lahir mesti positif. Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya."




Manusia mempunyai roh. Roh itu dinamakan juga jiwa atau hati. Hati ialah untuk merasa. Maka dengan hati, manusia mengalami berbagai-bagai rasa dan manusia merasakan berbagai-bagai perkara. Di antara banyak rasa-rasa yang timbul di hati manusia termasuklah rasa sombong, angkuh, tinggi diri, rasa mulia, hebat, berkuasa, baik, pandai, rasa tidak bersalah, rasa kuat, rasa bangga dengan keturunan, kekayaan, pangkat dan nama, rasa tidak berdosa, rasa tidak apa-apa dengan Tuhan, rasa tidak apa-apa dengan mati, rasa tidak apa-apa dengan Neraka, rasa akan masuk Syurga dan sebagainya. Semua ini dinamakan rasa-rasa ketuanan.

Ada pula rasa rendah diri, rasa lemah, rasa hina, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa cemas, rasa takut dan rasa bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka, rasa dhoif, rasa jahil, rasa tidak mampu, rasa bergantung harap dengan Tuhan dan sebagainya. Semua ini dinamakan rasa-rasa kehambaan.

Dalam pada itu, apa yang dapat kita lihat, orang yang merasakan dirinya mulia tidak semestinya mulia.

Yang merasakan dirinya hebat, tidak semestinya hebat.

Yang merasa dirinya baik, tidak semestinya baik,

yang merasakan dirinya pandai, tidak semestinya pandai.

Orang yang merasakan dirinya tidak berdosa pula, bergelumang dengan dosa, pagi, petang, siang dan malam. Sembahyang pun tidak.

Kita lihat pula orang yang merasakan dirinya hina, tetapi dia sangat dihormati dan disayangi oleh manusia. Akhlaknya mulia dan disenangi orang. Yang merasakan dirinya lemah, telah banyak mencetuskan berbagai pembangunan dan kejayaan. Yang merasakan dirinya berdosa, sangat taat dengan Allah dan patuh dengan kehendak agama. Yang merasakan tidak berilmu telah banyak mengajar dan mendidik orang. Banyak pula buku-buku atau kitab-kitab yang ditulisnya.



Jelas pada kita bahawa rasa-rasa yang timbul di hati manusia hanyalah semata-mata rasa-rasa sahaja yang tidak semestinya ada kaitan dengan realiti sebenar orang yang berkenaan. Apa yang dirasakan tidak semestinya mencerminkan perbuatan, sifat, keadaan dan amalan lahir orang tersebut.

Orang yang merasakan dirinya baik mungkin jahat dan orang yang merasakan dirinya jahat mungkin baik. Orang yang merasakan dirinya pemurah mungkin bakhil dan yang merasakan dirinya bakhil mungkin pemurah. Orang yang merasakan dirinya ikhlas mungkin berkepentingan dan yang merasakan dirinya berkepentingan mungkin ikhlas.

Jadi yang perlu kita fahami ialah:

1. Sesiapa yang merasakan dirinya baik, hakikatnya dia jahat kerana telah menganggap dirinya mulia dan telah melakukan dosa batin atau dosa hati, walaupun dalam hidupnya dia memang baik. Lagi-lagilah kalau dalam hidupnya dia jahat.

2. Siapa yang merasakan dirinya tidak berdosa dia sudah melakukan dosa, kerana merasakan diri tidak berdosa itu ialah satu dosa, walaupun dia tidak membuat dosa dalam hidupnya. Lagi-lagilah kalau dia memang membuat dosa.

3. Siapa yang merasakan dirinya mulia hakikatnya hina dan telah melakukan dosa kerana merasakan diri mulia itu ialah juga satu dosa.

4. Siapa yang merasa dirinya ikhlas sebenarnya tidak ikhlas dan merasakan diri ikhlas itu satu sifat mazmumah. Begitulah seterusnya. Segala rasa-rasa ketuanan yang bersarang di hati seperti rasa sombong, angkuh, tinggi diri, hebat, pandai, rasa tidak berdosa, tidak bersalah, tidak cemas, tidak takut atau tidak bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka, itu semua boleh mendatangkan dosa.

Dosa batin atau dosa hati namanya. Rasa-rasa ini menggelapkan hati, menyuburkan mazmumah dan menjauhkan kita dari Tuhan. Orang yang mengekalkan rasa-rasa ketuanan seperti ini sebenarnya telah melakukan syirik khafii (syirik kecil) kerana mahu berkongsi sifat dengan sifat-sifat kemuliaan Tuhan.

Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita.

Justeru itu, buatlah segala kebaikan tetapi rasakanlah yang kita ini jahat. Elaklah dari membuat dosa tetapi rasakanlah di hati yang kita ini terlalu banyak dosa. Jangan berbuat jahat dan kesalahan, tetapi rasakanlah yang kita ini jahat dan bersalah. Rasakanlah diri kita ini hina walaupun kita dimuliakan manusia. Rasakanlah kita ini jahil walaupun kita ada ilmu.

Walaupun kita digalakkan mengikut sesetengah sifat Tuhan seperti pemurah, pemaaf, penyantun, pengasih, penyayang dan lain-lain lagi tetapi kita ditegah merasakan yang diri kita pemurah, pemaaf, pengasih dan sebagainya. Apa yang kita amalkan secara lahir itu lain tetapi apa yang kita rasakan di hati itu lain pula.

Akhlak itu ada dua. Ada akhlak lahir dan ada akhlak batin atau hati. Pemurahlah dengan manusia tetapi di sisi Allah rasakan yang kita ini bakhil. Berbuat baiklah kepada manusia tetapi rasakan yang kita ini jahat. Carilah ilmu hingga jadi alim tetapi rasakan yang kita ini jahil. Biarkanlah manusia memuliakan kita tapi rasakanlah dalam hati kita yang kita ini hina di sisi Tuhan. Kekalkan rasa takut, cemas dan bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka walaupun kita telah bertungkus-lumus melakukan taat kepada Tuhan.

Siapa yang merasakan dirinya hina, adalah mulia di sisi Tuhan. Siapa yang merasakan dirinya berdosa, diampunkan dosanya oleh Tuhan. Siapa yang rasa bersalah, dimaafkan oleh Tuhan. Siapa yang rasa jahil sebenarnya berilmu kerana natijah orang yang alim itu, dia merasakan dirinya jahil di sisi Tuhan.

Dan begitulah seterusnya jongkang-jongkit di antara amalan lahir dan amalan hati. Perbuatan lahir mesti positif. Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya.


Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

BismillahirRahmanirRahim






suka sgt toqwan





oh matahari, andai ku bisa capai mu, saktilah hamba



'bye toqki!!'

saya telah ditinggalkan toqwan..




KATA orang sekeping gambar menyimpan seribu makna. Gambar adalah aksi yang menterjemahkan hakiki objek yang dipaparkan. Gambar tidak boleh berkata-kata namun sebenarnya dialog dalam gambar itu tetap ada. Terserah untuk membina dialog sendiri atau sekadar merenung dengan akal yang bijak.

toqki: saya bukanlah jurufoto pro seperti kamitaken, tapi teringin menjadi jurufoto sepertinya. Boleh tak kamitaken???

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

Anda mahu membina kepimpinan dalam diri supaya Anda atau rakan-rakan disekeliling hormat dengan Anda?

Untuk membuat mereka ikut cakap Anda, mereka perlu kagum dengan Anda, atau segan sedikit bila terlihat Anda terlebih dahulu sebelum mereka menghormati Anda. Nak membuat orang kagum dengan Anda, cara pertama adalah:





1. Suarakan suara Anda.
Tampil ke depan dan tunjukkan keberanian Anda berada di depan. Tegakkan badan, pandang mata setiap orang ketika Anda bercakap. Peralatkan peluang ketika mesyuarat, briefing, perhimpunan pagi, rapat umum atau ketika ada perjumpaan organisasi Anda. Lontarkan idea membina sebanyak mungkin.



2. Waktu kerja, kerja. Waktu berkawan, jadilah kawan. Ramai orang mencampurkan waktu untuk berkawan dengan waktu kerja menjadi satu. Kena tegur sikit di tempat kerja, merajuk banyak sampai mulut memuncung-muncung bila habis waktu kerja. Kesannya, tak bertegur sapa berhari-hari lamanya, padahal dia adalah kawan Anda sendiri. Beritahu kawan-kawan di tempat kerja Anda, yang waktu kerja, kita kerja. Be professional, bukan emosional.



Mulanya mereka akan menolak, lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri juga. Bila habis waktu kerja, minta maaf pada kawan-kawan Anda jika ada perbuatan Anda (atau sikap Anda) yang menyinggung mereka hari itu. Mereka akan respek Anda.

3. Gunakan diplomasi, bukan kuku besi. Jangan asyik mengomplen itu ini. Orang tak suka dikomplen. Mereka suka dihargai. Pujian membuat mereka mulai memberi perhatian pada Anda.

Pergunakan sikap diplomasi untuk Anda menarik rasa kagum mereka, kerana di dalam kekaguman ada rasa hormat. Hati-hati, jangan kerana mahu berdiplomasi, kebaikan Anda dipergunakan pula.

4. Sentuh hati mereka dengan memulakannya dari hati Anda. Sebelum tidur, maafkan kesalahan setiap orang yang Anda marah hari tu dan hari-hari sebelumnya. Maafkan habis, biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari. Amalan ini menjadikan hati Anda bersih lalu ditumbuhi emosi positif, membentuk fikiran positif dalam diri Anda.

Jika Anda pernah sakit hati atau marah sangat pada sikap mereka, lupakan selupa yang mungkin. Tekadlah untuk tidak mengingati perkara itu walaupun hanya untuk 1 saat. Jangan ingat walau sedikit.

Doakan kebahagiaan mereka. Lebih baik, doakan sepanjang masa! Ia akan menarik energi positif dari minda mereka datang bertumpu ke arah Anda.

Kesannya, tiap kali mereka berjumpa atau bertentang mata dengan Anda, mereka akan rasa tenang saja, seronok. Lama-kelamaan, timbul sikap kagum pada Anda, lalu menganggap Anda orang berwibawa.

Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita yang sakitkan hati mereka. Itu bahaya.

Kita sakitkan hati orang, kita akan susah 2 kali ganda dari kesusahan mereka.


toqki : saya maafkan anda semua, maafkan saya juga =)




Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

BismillahirRahmanirRahim..

Sudah hampir 2 minggu, saya dan rakan-rakan ke kelas tasmi' ( membaca hafazan quran) didepan Syeikh Ibrahim Judah. Pada mulanya, saya hanya membaca qiraat riwayat qalun dengan senior saya , dan saya menyangka bacaan saya sudah memuaskan setelah hampir 2 bulan membaca dihadapan beliau.

Tapi bila difikirkan semula amat rugi sekiranya individu seperti saya yang datang jauh dari Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk berkelana serta berlaga lutut dengan syeikh-syeikh qura' di Mesir.




Memang tak dapat dinafikan lagi, bahawa bumi kinanah Mesir, terdapat terlalu ramai Qura' , dari dulu hinggalah sekarang bumi Mesirlah telah melahirkan ramai Qura' yang harum namanya di seluruh pelusuk dunia.

Cuma apa yang menghairankan saya, terlalu minoriti pelajar kita menyedarinya dan merebut peluang keemasan ini.



IMAM SYATHIBY R.A


Mungkin sahabat-sahabat lebih kenal peribadi Imam Syathiby r.a jika mahu dibandingkan dengan saya. Tapi tak salah jika kita berkongsi serba sedikit tentang Tokoh Ulama' Qiraat terunggul ini.

Beliau merupakan ulama yang lahir bukan dari keturunan Arab, dilahirkan pada akhir tahun 538 hijrah, di Andalus (Sepanyol) disebuah perkampungan yang bernama Syatibah (sekarang dalam daerah Barcelona). (amat menyedihkan wujud juga dikalangan kita lebih mengenali kelab Barcelona, dan tidak tahu menahu langsung disitulah lahirnya ulama terbilang dalam bidang
qiraat)

Apa yang mahu saya highlight kan disini ialah berkenaa perihal Imam, saya mengagumi beliau, ini kerna beliau adalah di antara beribu ulama yang dilahirkan di muka bumi dalam keadaan buta.

Diri terasa amat malu mengenakan beliau yang sanggup ke Mesir berguru dengan para qura' yang ada di Mesir ketika itu.

Tak perlu saya ceritakan lebih lanjut berkenaan beliau, anda boleh mencarinya sendiri atau klik sahaja link biodata Imam secara ringkas dibawah

LINK>> BIODATA IMAM SYATHIBY R.A



BUKAN SETAKAT SANAD SEMATA


" Esok ana nak daftar kat kelas quran , nak ambil sanad, Anta tau, dalam masa sebulan je kita dah boleh dapatkan sanad!! Sanad tu sampai ke Rasulullah s.a.w tuuu!!!"

Terlalu banyak kenyataan sebegini rupa pernah saya dengar dari sahabat-sahabat saya yang ghairah mengejar sanad. Tak salah sekiranya anda mempunyai sanad, bahkan itu adalah bukti anda pernah bermusyafahah dengan guru yang mempunyai hubungan ilmu antara guru-gurunya terus kepada junjungan besar kita s.a.w

Dan sudah tentu saya pun terliur mengenggam sanad dari Kekasih hati Baginda s.a.w. Cuma yang tidak menghairahkan saya ialah jika anda hanya memiliki segulung sanad semata-mata tanpa anda sedari, bacaan anda tidaklah ke mana.

Bukanlah niat saya memperlekeh mereka yang menyertai kelas quran express ni. Bagi saya, adalah suatu yang tidak masuk akal sekiranya seseorang mampu membetulkan bacaannya perfect seperti Syeikh Mahmud Khusairy (paling kuranglah) dalam masa yang singkat. Sedangkan ulama dahulu memerlukan bertahun-tahun untuk memperbaiki mutu bacaannya dengan tepat dan memuaskan.


Syeikh Mahmud Khusairy(antara qura' Mesir)





SYOK SENDIRI

Sewaktu dibangku dan meja Maahad dulu, saya adalah diantara me
reka yang kurang ditegur bacaannya ketika tasmi dengan ustaz( perasan!!!, tapi betul lah! hehehe) Kiranya waktu tersebut memang saya teramat bangga dengan semua itu.haha(pengakuan jujur)

Apa yang ada didalam kotak pemikiran saya, bacaan saya kira sudah mantop! Memang perasan dan syok sendiri!

Perasaan yang ntah ape-ape tu tak lama pun dihati saya , setelah menjejakkan kaki di bumi Anbiya' ni, dan ditemukan dengan ramai guru-guru quran , ditegur sebutan dan bacaan saya. Hati saya memberontak, geram apabila ditegur kesalahan yang sama acap kali dilakukan. Memang tertekan, hati geram, muka pucat, tangan sejuk, mata dah nak berair, (hidung tak berlendirlah) bila diperlakukan sedemikian rupa.


'8 budak putih' (kenangan di Maahad)
Dari kiri : Zul(yaman), Duan(Syobra), Mat Leh(Kaherah), saya, Manang( Kaherah)
Wary(Syobra), Pok Chang( Madinah), Wey(Kaherah)
Tidak wujud disitu : Taqim (Jurdun), Topek(Madinah), Zamir( UIAM), Fikri( Kaherah)

saja nak letak gambar ini,(Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar)
Gambar ini saya temukan di internet
Sheikh Khalil Husori (berdiri tengah sekali).
Turut kelihatan dalam gambar; Al-Fadhil Ustaz Dato' Hassan Azhari (duduk kanan sekali berkaca mata hitam dan bertasbih)


PERSEPSI MASYARAKAT

Nasihat saya kepada tuan punya BLOG, dan pembaca yang budiman secara umumnya, perbaikilah mutu bacaan quran anda, terutamanya surah al-fatihah yang menjadi salah satu rukun solat kita, imma (samada) sunat mahupun solat yang wajib

Secara khususnya buat sahabat-sahabat yang kini berada di Mesir bumi para qura', ambillah kesempatan yang ada ini, mengisi masa dengan bertalaqi.

Pernah kawan saya menceritakan halnya apabila pulang ke Malaysia pada musim cuti yang lepas,

" Zie, ana takutlah nak balik Malaysia cuti kali ni, orang kampung sangka pelajar kita ke Mesir semuanya 'ustaz" Keluhan sahabat saya, yang mengambil jurusan perubatan disalah sebuah universiti di Kaherah.

Saya pun membalas, " eh, baguslah gitu, persepsi yang bagus tu!! "

" Bagus apanya, ada ke patut disuruhnya ana jadi imam di masjid? Ana tak mampu zie, ana tak yakin dengan bacaan ana ni, kan tak pasal-pasal orang kampung mufaraqoh"


Itulah persepsi atau pandangan masayarakat kita, tak kira siapa anda, apa jurusan anda, apa latarbelakang anda, pasti mereka menyangka anda adalah 'ustaz' apabila kembali nanti.

Pucuk pangkalnya, terpulang kepada anda untuk menerimanya ataupun tidak.

Sekian...

"Sebaik-baik kamu adalah mereka yang belajar al-quran dan mengajarnya"
(al-hadis)



Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya 0 comments | | edit post
toqki





Oleh : Silantra

Track 1 – Allahu Rabbi.

Track pembukaan yang sungguh berbau Hindustan!! Lagu Allahu Rabbi memulakan track album ini dengan penuh yakin. Lagu ini mengingatkan aku pada lagu daripada filem2 seperti Dil Se dan Taal. Dengan melodi chorus yang cathchy dan mampu menjadi anthem baru Inteam. Akhi Amin, Suhaimi dan Syam yang menggalas tugas menyanyi dalam bahasa Hindi pun dengar lancar, tanpa intonation yang artifical. Waa, kalo dibikin VC utk clip ni, elok diundang sekali geng2 India Muslim @ mamak utk memeriahkan. Sebuah lagu yang hype dan best!

Track 2 – Hamzah Asadullah.

For the first time, mereka cuba membikin sebuah lagu epik. Hmm, cubaan pertama Inteam kali ini nampak hasil yang boleh dibanggakan. Cuma muzik bagi lagu ini kedengaran sedikit longgar bagi sebuah lagu epik sebegini. Namun, susunan vokal yang mantap serta efek bunyi dapat memadatkan ruang2 kosong di dalam muziknya. Tapi overall, lagu ni mantap. Aku sendiri dapat merasakan betapa besarnya perjuangan Hamzah RA. Dengar macam kat medan perang pun ada.

Track 3 – Hanya Takdir

Lagu yang menguji vokal Inteam ketahap paling maksima dalam album ni. Unsur-unsur classical orkestra ala gospel mengambil tempat dalam lagu ni. Perghh, koir dalam lagu ni memang rapi susunannya, dan masuk dengan muzik orkestra. Cuma, kelemahannya pada muziknya adalah hanya tertumpu banyak pada strings, piano dan sedikit percussion (Timpani dan Obon). Kalo ditambah lagi elemen horns dgn winds, aku bleh kata, perfect songs!

Track 4 – Dia Muhammad.

Kembali kepada mood hype, dengan chorus yang catchy. Fusion arabic yang kedengaran sedikit laid back, namun tetap segar pabila didengar.

Track 5 – Kepastian

Nampaknya kali ini, Inteam cuba sedaya upaya untuk membikin kembali ‘killer song’ yang menghambat ribuan peminat mereka pada zaman mereka di Hijjaz Records dulu. Lagu pop ballad ini sedap, dengan chorus yang padat dan tidak meleret. Wow, lagu ni aku cukup suka dan menjadi track kegemaran aku dalam album ni. Ditambah pulak dengan susunan muzik drpd Along Exist yang memang mempunyai kepakaran membikin lagu2 ‘maut’ untuk Inteam sejak dahulu kala lagi. PERFECT! Muzik pun memang sesuai dengan Inteam..

Track 6 – Kemuliaan Al-Quran

Cuba menukar mood kepada lagu asli. Tidak banyak yang boleh diperkatakan dalam lagu ni. Mungkin sebab lagu ni tidaklah 100% irama melayu asli, maybe 85% sahaja dan diadun dengan sedikit pop. Irama Melayunya mungkin kedengaran jelas pada lenggok vokal. Tapi bila dengar dua tiga kali, melekat gakla. Bolehlah dikira sedap gak.

Track 7 – Asy-Syafie

Ni satu lagi lagu yang sesuai untuk ‘melompat-lompat’ hahahaha... kedengaran sekali lagi arabic fusion yang boleh dikatakan boleh tahan gakla. Suka dengar ‘suara macho’ Ustaz Taha kita. Lama gak aku tak dengar Inteam buat lagu Arab, dan lagu ni pun best gak. Lagu yg kedengaran sedikit techno fusion arab gak. Xdela over.

Track 8 – Redha

Lagi sekali, cubaan utk membuat ‘killer song’ dengan bantuan Along Exist tampak berjaya. Namun, kali ini lebih banyak vokal works daripada lagu Kepastian, tanpa kehadiran vokal Syam dan Suhaimi. Lagu ni melekat juga chorusnya dalam masa yang singkat. Sedikit ringan berbanding lagu Kepastian yg agak berat sedikit pembawaannya.

Track 9 – Asma’ Allah

Cuba bereksperimentasi dengan Asmaul Husna. Muzik laid back, sekali dengar memang rasa tenang. Light and easy, mungkin perkataan yang paling tepat pada lagu ni. Lagu yang straight forward, dgn vokal yg cemerlang

Track 10 – Kasih Sayang

Pop nasyid yang tipikal. Seakan cuma lagu pelengkap album. Tapi bila disemak semula, mungkin ada sebab diletakkan lagu ini pada track last. Track pertama dibuka dengan mood hype, dan ditutup juga dengan mood hype, untuk memberi satu kepuasan selepas puas go through satu album.

Kesimpulan

Album yang dirancang dengan baik flow lagunya. Dari hype, epik, ballad, rancak... pada pengamatan, album ni mampu mengulangi kejayaan album Inteam yang lepas. Secara peribadi, taklah terasa penat selepas mendengar sekali harung pada album yang berdurasi 44:52 ini ... apapun, nilaikan sendiri

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya 0 comments | | edit post
toqki

Dulu masa permulaan perkenalan kami, saya selalu sahaja menyakat dia. Ada waktu ketika, hati saya terdetik, marami marah tak dengan usikkan serta gurauan saya.

Kini saya dan dia berjauhan, tidaklah beribu batu kami terpisah..tapi tak puas rasanya bersama dengan doktor marami ini.


Marami, andainya ana ada anak perempuan, ana dah bagi anak ana ke enta..hahaha
Marami ni orangnya,
BAIK, LEMBUT, RAJIN, PENYAYANG, CERIA, PEMURAH,

Lihatlah marami yang cute itu

Banyak sangat kelebihan marami yang saya tak dapat sebutkan disini, bagi yang berminat pada beliau, kini beliau baru sahaja membuka sebuah blog





Marami, maafkan segala kesalahan ana, samada ana sakitkan hati enta memang sengaja ataupun sebaliknya.

Memang seronok ade rumate seperti enta..semoga Allah membalas segala budi baik enta pada ana dengan ganjaran berlipat ganda disisi- Nya


Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

toqki

BismillahirRahmannirRahim

"Jarang sekali untuk melihat pelajar2 pengajian Islam begitu bersungguh. ini adalah hakikat. sepanjang keberadaan saya disini, mmg agak sukar untuk melihat para ustaz membawa kitab bersama2 mereka"

Saya hanya tersenyum bila membaca posting adik saya doc anas di blognya mujahid Territory



Ada juga perasaan terpukul dan terasa, cuma tak tergurislah.

Ada juga perasaan TERCABAR dengan kata-kata itu, dan hati juga merasakan ada benarnya kenyataan itu.

Realitinya tepuk dada tanya hati? Kita dimana??

TAUFIQ DAN HIDAYAH

Teringat kata-kata Us Mahadi ketika di zaman persekolahan dulu,

'nak berubah, kena terasa dulu, tak terasa , itu tandanya hati belum lagi dijentik dek nur Hidayah'.

Anda tak perlu melihat siapa dan kepada siapa yang menegur dan menasihati anda atau menilai uslub yang disampaikannya, tapi lihatlah hikmah dan mau'izah yang mahu diberikannya.

' Nak tunggu Us tu cakap, beri kuliah sesuai dengan selera kita, baru kita nak terima, memang kena tunggu ayam berjanggut dulu' katanya Us Soleh Bendahari Agung Keluarga Penuntut Terengganu

Us Soleh
(Bendahari Agung K.P.T)

Hati saya juga teringat akan kata-kata us Fuad ketika beliau mengajar kitab Al-Azkar karangan Imam Nawawi RadiyaAllahu 'anhu.

Beliau menerangkan perbezaan antara HIDAYAH DAN TAUFIQ,

Hati adalah Mahal (Tempat) pandangan Allah pada seseorang, jika tempat itu bersih suci, nescaya dimudahkan Allah kepada kita mendapat Hidayah dan taufiq.

Ramai orang berjaya mendapatkan hidayah, tapi belum tentu di antara kita yang berjaya memperoleh Taufiq selepas Hidyah.


Us Fuad menambah ;

'Hidayah itu adalah kita diberi isyarat dari Allah membezakan baik buruk sesuatu perkara

Adapun TAUFIQ, kita diberikan kemudahan untuk melakukan perkara yang baik'




MOTIVASI PADA DIRI

Kadang-kadang perasaan tercabar dan dicabar ada bagusnya dari satu sudut, dan pastinya ada buruknya dari sudut yang lain.

Bagi saya, saya lebih gemar mengambil cabaran dari sudut POSITIF sebagai pembakar semangat saya untuk saya lebih sedar dan berubah,Sebab saya pantang dicabar!!!


'Jangan CABAR saya!, saya pantang dicabar'


Malangnya juga, wujud juga di antara kita, semakin dicabar, semakin down semangatnya untuk berubah..

Dan tak mustahil bagi mereka yang dicabar makin marah dan benci pada pencabarnya jika, cabaran yang diberikan berbentuk provokasi

Oleh itu anda juga harus melihat dan menilai terlebih dahulu sebelum menyahut sesuatu cabaran ituuu. Contoh cabaran negatif, perhatikan baik-baik gambar dibawah ini;


(Sekadar hiasan)
Ini hanyalah lakonan semata-mata, tak percaya tanyalah salam

TAK TERASA DIDESAK

Ini juga mungkin kelemahan yang ada di antara kita, kadang-kadang desakan juga memainkan peranan pada individu tertentu.( Bukan semua suka, saya pun tak suka didesak)

Akan tetapi bila wujudnya suasana yang mendesak, pastinya pada ketika itu, anda pasti mengelabah, betul tak???

Cuba anda bayangkan bila anda pulang ke Malaysia nanti, anda diminta supaya mengeluarkan fatwa, atau menyelesaikan dan mengeluarkan sesuatu hukum berkenaan hukum hakam agama.

Ha?? Macam mana?? Masa tu baru hang tau nak buka kitab, tanya kawan-kawan, tanya alim ulama???

Lucu juga saya bila teringat semula gelagat kami ketika di zaman ke'anak-anakan' sewaktu menghafaz al-quran di Kelantan.

Mana taknya, kami dipaksa dan didesak, menghafaz (hafazan baru) sebanyak 4 muka sehari, serta 5 juz murajaah( ulangan hafazan lama) dengan ustaz dan waktunya kami juga dikerah murajaah sebanyak 7 - 8 juz sehari.

Suasana pengajian tahfiz di Kelantan (Gambar Hiasan)

Saya dan kawan-kawan ketika itu merasakan amat-amat terdesak, masa 24 jam yg ada dirasakan tidak memadai untuk kami menghafaz hafazan baru, serta melancarkan ulangan untuk dibacakan dihadapan us...Memang tertekan!!!




KAWAN

Pemilihan yang sahabat baik juga juga merupakan elemen yang tak kurang pentingnya dalam perubahan diri yang lebih positif.

Carilah kawan yg baik. Pilihlah kawan yang bisa dijadikan pemangkin semangat anda , contoh dan 'cermin' kepada anda.

Jujurlah pada diri dan kawan sekeliling anda.

(Sekadar Gambar Hiasan)
Dari Kanan : Soleh, Idham, Toqki, Harees

KENAPA PERLU BERBEZA??

Ketepikan perkara-perkara yang tidak penting dan kurang penting. Apa yang menjadi masalah sebahagian dari kita, seringkali saya mendengar rungutan dua kelompok ini.

Kelompok A , mereka yang disibukkan dengan amanah persatuan, diberi jawatan atau sebagainya, berungut mengenai kelompok B yang rajin serta hari-hari dipenuhkan dengan belajar dan belajar, terus dengan dunianya.

Secara tak langsung, kelompok B juga kurang berpuas hati dengan kelompok A, kerana melihat mereka terlalu mengutamakan persatuan lebih dari pengajian.

Us Syed Abdul Qadir al-Jufri pernah menasihati kami sewaktu pengajian di Madrasah Syafie'

'Kita yang telah diangkat sebagai Tholibul 'ilmi tidak seharusnya berbalah tentang perkara ini'

Us Syed membawakan sepatah ayat al-Quran dari surah A-Taubah :

"Mengapa sebahagian dari mereka tidak pergi untuk mendalami ilmu agama, dan memberi peringatan tatkala mereka kembali kepada kaumnya, agar mereka dapat menjaga diri"

Kenapa perlu ada ruang perbezaan antara kita? Tanggungjawab kita sama belajar dan mengajar..

Mutiara dan hikmah ilmu itu diperoleh dengan kita bertalaqi dan bermusyafahah ( berguru) , Sedangkan ilmu dalam pembentukan masyarakat pula dipelajari melalui pengalaman kita bergiat dalam pesatuan.

Jelas disini perbezaan antara kita pasti tidak akan wujud sekiranya kita faham kalam wahyu dari Allah S.W.T.

JOM BERUBAH, (JANGAN CARI ALASAN)

'Mesir ini sibuk sangat, hari-hari bas macm sardin, susahlah nak ke kuliah... kat kuliah pun sardin, SARDIN, SARDIN DAN SARDIN.. pening aku...macam mana aku nak belajar??'


'Ana sibuklah dengan persatuan, enta xpelah xde tanggungjawab pape, senanglah nak pi belaja mana-mana pun'

(contoh alasan tidak ada kaitan dengan mana-mana individu)

Jangan ajar diri anda beralasan,

'Nak seribu daya, tak nak sejuta alasan dan tipu daya'

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya 16 comments | | edit post
toqki

Ini sudah kali ke-2 saya di tag oleh Buku Nota . Pada mulanya, saya tak tau langsung apakah itu TAG.:pandaGeli_17: Maka dengan tak malunya saya tidak memberi apa-apa respon. Maaflah Buku Nota weei....beng berasa hati. Kali ini saya dengan rasa rendah diri membalas TAG ituuuuuuu...



Gambar ini diambil ketika Majlis Graduasi saya di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu, Pdg Midin pada tahun 2007, seminggu sebelum berlepas ke Mesir.

Dari kiri : Manan, Wary, Weay, Taufiq, Duang, Melu(Pok Chan), Saya, Soleh
Duduk: Us Amin Faisol

Maka dengan ini sukacitanya saya menyerahkan TAG ini kepada mereka itu ;

1. Nadia Izzah
2. Bidin
3. Bintu Hasan
4. Mira Tontey
5. Amsyrah
6. Anis

Instructions:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya 0 comments | | edit post
toqki

Walaupun saya(toqki) ni semakin tua dan berumur, tp saya tetap mempunyai ayah ummy dan keluarga yang besooo!!

Oleh yg demikian(ayat skema), saya dengan tak malunya nak promotlah ahli keluarga T O Q K I ni. Nak promot batang badan sendiri, dah tak boleh, nanti tak pasal-pasal blh hadiah dari toqwan

So, Saya mulakan dulu dengan my BIG BOSS,





Nampak tak?ayah saya memang tetap macho dimana pun berada, mana taknya spek itam tetap ada walaupun dimana jua beliau berada.hahaha

(ha??toqki pun sama? mmglah 'mana tak tumpah kuahnya kalau tak dimulut') ke gane?


Ini ummy saya,
menjaga saya, mendidik saya, melayani pe'el perangai saya dengan sabar hinggalah bergelar suami orang .


abg din & along

along teman bermain sedari masih kecil, beliau dikurniakan seorang suami(abg din) guru di salah sebuah sek men di Perak dan mereka dianugerahkan seorang cahaya mata.


mira tontey

Saya pun tak pasti , kenapa dan bila mira digelarkan tontey oleh saya. Dan saya sendiri pun tak pasti apa makna tontey sehinggalah sekarang. Beliau kini berada di tahun akhir di UiTM. Takhasus apa? saya pun tarrak ingatlah. Mira ko amek cos ape??

anas

Orang kata, adik saya anas ni lebih hensem dari saya, ke mana jua pun saya dan anas pergi atau berjalan seiring bersama, pasti kebanyakkan manusia mengatakan beliau lebih smart dari saya.

Akan tetapi dakwaan itu semua meleset apabila saya dulu telah berjaya mendirikan rumahtangga sebelum beliau sempat melakukan semua itu.

Maka ini membuktikan saya lebih hensem dari beliau.
hahahahaPhotobucket

Beliau kini meneruskan pengajian (perubatan) di Ain Syams University, Cairo. Mesirlah.


atin(atin)

ala-la...comeynya adik abg tersenyum, mcm abgnyaPhotobucketAtin pun tak kurang cantik dan ayu mcm ummynya. Sekarang sedang menunggu result SPM

si bongsu abid

Ini yang paling akhir. Paling manja dengan saya ketika usia kanak-kanaknya dan baru sahaja melangkah ke alam remaja.

'abg , nape sore abid lain? mcm garau je..abid dah nk baligh ke??'

haha,
:puteh_22: soalan nakal dari beliau sebelum saya ingin pula semula ke Mesir setelah habis musim percutian baru-baru ini.


Muhammad (kecomelannaya seperti Ayah Ngahnya)

Hasil perkongsian hidup along dan ab
g din , lahirlah Muhammad, Hammad, Sunan (ada lagi ke namanya along weeei??)

Saya pun ragu-ragu sebab apakah Muhammad dipanggil dengan berbagai bentuk nama.

Saya sendiri lebih gemar memanggilnya Hammad.

Along jawab sikit.

Inilah keluarga saya


malas weei nak cerita lagi..duk lama-lama depan laptop ni ,xpasal2 kang kena marah dgn toqwan.





Nak tutup pintu ni...daaaaa

Mari lain kali ye....Sekian


Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya 5 comments | | edit post
toqki


Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai
seorang
anak
lelaki bernama Mat.

Mat membesar menjadi seorang yang lalai
menunaikan
suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan
dan
perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain
amal
kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan
pula
yang
menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam
jenis
kaki lagi menjadi kemegahannya.

Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni
terlalu

sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan
pacakkan
satu
tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu
kejahatan,
maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau
berbuat

satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."
Bapanya

berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan
memukul
beberapa batang paku ke tiang
tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari.
Jarang-jarang
benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut
tengkujuh
berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang
yang
berdiri
megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan
paku-paku
dari
bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi
dengan
paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.

Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang
menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam
diri
Mat
kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun
berazamlah

untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang.
Hari
itu
saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya
sembahyang
lagi
ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku tercabut.
Hari
berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka
semakin
banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak
kebaikan

yang Mat lakukan dan semakin
banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal
sebatang
paku

yang tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya
dan
berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku
cabutkannya
keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?"

Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa
gembira
sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis
teresak-esak.
"Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau
gembira
kerana semua paku-paku tadi telah tiada." Dalam nada yang sayu Mat
mengeluh,
"Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada,
tapi aku
bersedih kerana parut- parut lubang dari paku itu tetap kekal di
tiang,
bersama dengan karatnya."

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan, Dengan dosa-dosa dan
kemungkaran
yang
seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan (habit), kita
mungkin
boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya,
tapi
ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita
menyedari
diri ini melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang diambang pintu
habit
yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita
bergelimang dalam kemungkaran, makakita telah membenamkan sebilah
paku
lagi
yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita
cabut
kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam
diri
ini
sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan
tak
dicabut.

Teruskan bacaan anda..
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya 0 comments | | edit post