toqki

Saya suka mendengar seorang ustaz yang sering memberikan tazkirah dan kuliah kepada kami. Hati saya bisa terusik dengan kata-katanya dan cara penyampainnya serta teknik beliau menarik para pendengar padanya.


Sedang saya cuba memberi fokus pada ucapan ustaz, rupanya tanpa saya sedari ada seorang hamba Allah cuba mencuit saya, lalu cuba mengatakan sesuatu pada saya.

" Enta kenal siapa 'dia' tu?( ustaz yang sedang memberikan tazkirah)"


" Ana tak kenal, kenapa?"




"Ana kenal sangat 'dia' tu, teman sedarjah dari sek ren, sampai sekarang..."

Saya kebingungan, dia ni nak cakap apa sebenarnya, perasaan kurang selesa dengan bicaranya buat saya rimas, kerana ingin beri tumpuan kepada apa yang mahu disampaikan ustaz tersebut.

"Dia tu masa di sek, macam-macam perangai dibuatnya, boleh je ana nak cerita kat enta"

Saya terus beristighfar... apa hal dengan dia ni, saya amat terkilan. Niat nak cari pahala, dosa pula dapatnya...



KISAH SILAM

Siapalah yang tidak punyai kisah silam. Ada yang memiliki silam yang baik dan pasti jua ada yang sebaliknya .

Akan tetapi, kisah lampau yang dilalui oleh manusia tidak seharusnya dirungkai dan dicoret-coret isinya. Biarlah ia terus dikambus, dikambus oleh kebaikan dan amalan baik yang dilakukan.




Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan perkara ini sering-kali diulang-ulang dari Quran bahawa kesilapan itu ditebus melalui sesalan. Sesalan yang bersungguh-sungguh dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi, iaitu TAUBAT.

Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.

Mengapa kita suka membaca isi silam orang lain?

Adakah perkara itu sebuah keseronokan atau sebuah kelucuan yang harus kita sebar-sebarkan? Ataupun mungkin kita suka mencungkil-cungkil rahsia orang lain yang tersembunyi, kemudian dihebahkan kepada orang lain untuk merendahkan atau menghina seseorang itu?

Sudah terang jelas lagi bersuluh, Islam melarang perbuatan mencungkil rahsia yang tersembunyi , kemudian menyebarkannya kepada umum. Perbuatan itu juga dikategorikan sebagai mengumpat/ghibah

Rasulullah pernah bertanya makna mengumpat kepada para sahabatnya. Kemudian para sahabatnya mengatakan tidak tahu. Kemudian Rasulullah berkata;

“Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.”

Kemudian ada sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?”

Baginda menjawab;

“Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, walaupun sesuatu perkara yang kita sebar-sebarkan itu sekalipun benar, tetapi tidak disukai oleh empunya diri maka ia termasuk dalam kategori mengumpat.

Amat kasiha dan besar dosanya sekiranya kita adalah tergolong dalam puak ini, golongan yang disamakan dengan orang yang memakan daging saudaranya sesuai dengan firman Allah;

“Janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.” (al-Hujrat; ayat 12)



YANG TERSEMBUNYI TETAP TERSEMBUNYI

Rasulullah tidak pernah menghebahkan atau membuka keburukan orang lain yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, walaupun baginda mengetahui keburukan orang tersebut melalui pemberitahuan dari orang lain atau dari perlaku perbuatan tersebut.

Hal ini dapat kita selami melalui sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim.

Diceritakan bahawa ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah, kemudian dia berkata;

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (meraba-raba), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya; “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan terus berlalu pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah dalam surah al-Hud ayat 114;

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”

Kemudian ada seorang bertanya kepada rasulullah, “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?” Jawab Nabi saw, “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Jangan keliru atau terkeliru, Islam memang mengharamkan perbuatan yang mendekati kepada zina, lebih-lebih lagi zina. Tetapi Islam juga mengharamkan kita mendedahkan aib orang lain, iaitu perbuatan dosa yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak mengancam kepada keselamatan awam disamping perlaku tersebut berusaha untuk menyembunyikannya.


PERINGATAN

Usahlah kita menilai dan menghukum seseorang itu berdasarkan kisah-kisah silam mereka. Usahlah kita bersangka buruk di atas kekhilafan yang pernah mereka lakukan.
Usahlah menghina atau merendahkan darjat mereka di atas kehinaan yang pernah mereka lakukan.

Tetapi nilailah kehidupan mereka pada masa kini, adililah mereka atas sikap dan perlakuan mereka pada hari ini, dan hukumilah mereka di atas apa yang mereka dipertanggungjawabkan pada masa kini.

Pandanglah dengan pandangan segar, pandangan masa depan tanpa menoleh ke arah peristiwa atau titik-titik hitam di belakang hari.

Moga peringatan ini dititipkan kepada rakan-rakan kita saya, selain ia menjadi nasihat dan azimat kepada diri saya sendiri, kerana kehidupan itu ada fasa-fasanya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (al-Hujrat)


Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya | edit post
8 Responses


  1. al-aman Says:

    setuju... nabi isa pernah lalu d hadapan satu bangkai anjing bersama pengikutnya.

    lalu pengikut nabi isa menyatakan kejijikannya trhadap bngkai itu...busuk, kotor etc...

    nabi isa pula menyatakan kelebihan bngkai itu, "putihnya giginya..."

    sbg satu pngajarn kpd pengikutnya spy sentiasa memandang kpd yg baik n positif...

    mungkin si hmba Allah tu sdikit hasad kpd si pntazkirah...jauhilah hasad...teruskan ghibtoh!


  2. toqki Says:

    syukran syeikh fahmi atas perkongsian itu


  3. betul tu toqki.. mana ada manusia yang tiada masa lalu dan masa depan..


  4. Anonymous Says:

    buanglah yang keruh ambil yg jernih:)


  5. Anonymous Says:

    salam.bagus entry ni.lepas ni wat lagi entry yg bagus macam ini


  6. manusia x leh lari drp org yg suke n benci kpd mereka..jadi teruskan kehidupan dgn diri kite yg sebenar asalkan benda yg kite buat tu baik..hepikanlah diri kite..رضا الناس غاية لا تدرك


Post a Comment