BismillahirRahmanirRahim..
Sudah hampir 2 minggu, saya dan rakan-rakan ke kelas tasmi' ( membaca hafazan quran) didepan Syeikh Ibrahim Judah. Pada mulanya, saya hanya membaca qiraat riwayat qalun dengan senior saya , dan saya menyangka bacaan saya sudah memuaskan setelah hampir 2 bulan membaca dihadapan beliau.
Tapi bila difikirkan semula amat rugi sekiranya individu seperti saya yang datang jauh dari Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk berkelana serta berlaga lutut dengan syeikh-syeikh qura' di Mesir.
Memang tak dapat dinafikan lagi, bahawa bumi kinanah Mesir, terdapat terlalu ramai Qura' , dari dulu hinggalah sekarang bumi Mesirlah telah melahirkan ramai Qura' yang harum namanya di seluruh pelusuk dunia.
Cuma apa yang menghairankan saya, terlalu minoriti pelajar kita menyedarinya dan merebut peluang keemasan ini.
IMAM SYATHIBY R.A
Mungkin sahabat-sahabat lebih kenal peribadi Imam Syathiby r.a jika mahu dibandingkan dengan saya. Tapi tak salah jika kita berkongsi serba sedikit tentang Tokoh Ulama' Qiraat terunggul ini.
Beliau merupakan ulama yang lahir bukan dari keturunan Arab, dilahirkan pada akhir tahun 538 hijrah, di Andalus (Sepanyol) disebuah perkampungan yang bernama Syatibah (sekarang dalam daerah Barcelona). (amat menyedihkan wujud juga dikalangan kita lebih mengenali kelab Barcelona, dan tidak tahu menahu langsung disitulah lahirnya ulama terbilang dalam bidang qiraat)
Apa yang mahu saya highlight kan disini ialah berkenaa perihal Imam, saya mengagumi beliau, ini kerna beliau adalah di antara beribu ulama yang dilahirkan di muka bumi dalam keadaan buta.
Diri terasa amat malu mengenakan beliau yang sanggup ke Mesir berguru dengan para qura' yang ada di Mesir ketika itu.
Tak perlu saya ceritakan lebih lanjut berkenaan beliau, anda boleh mencarinya sendiri atau klik sahaja link biodata Imam secara ringkas dibawah
LINK>> BIODATA IMAM SYATHIBY R.A
BUKAN SETAKAT SANAD SEMATA
" Esok ana nak daftar kat kelas quran , nak ambil sanad, Anta tau, dalam masa sebulan je kita dah boleh dapatkan sanad!! Sanad tu sampai ke Rasulullah s.a.w tuuu!!!"
Terlalu banyak kenyataan sebegini rupa pernah saya dengar dari sahabat-sahabat saya yang ghairah mengejar sanad. Tak salah sekiranya anda mempunyai sanad, bahkan itu adalah bukti anda pernah bermusyafahah dengan guru yang mempunyai hubungan ilmu antara guru-gurunya terus kepada junjungan besar kita s.a.w
Dan sudah tentu saya pun terliur mengenggam sanad dari Kekasih hati Baginda s.a.w. Cuma yang tidak menghairahkan saya ialah jika anda hanya memiliki segulung sanad semata-mata tanpa anda sedari, bacaan anda tidaklah ke mana.
Bukanlah niat saya memperlekeh mereka yang menyertai kelas quran express ni. Bagi saya, adalah suatu yang tidak masuk akal sekiranya seseorang mampu membetulkan bacaannya perfect seperti Syeikh Mahmud Khusairy (paling kuranglah) dalam masa yang singkat. Sedangkan ulama dahulu memerlukan bertahun-tahun untuk memperbaiki mutu bacaannya dengan tepat dan memuaskan.
SYOK SENDIRI
Sewaktu dibangku dan meja Maahad dulu, saya adalah diantara mereka yang kurang ditegur bacaannya ketika tasmi dengan ustaz( perasan!!!, tapi betul lah! hehehe) Kiranya waktu tersebut memang saya teramat bangga dengan semua itu.haha(pengakuan jujur)
Apa yang ada didalam kotak pemikiran saya, bacaan saya kira sudah mantop! Memang perasan dan syok sendiri!
Perasaan yang ntah ape-ape tu tak lama pun dihati saya , setelah menjejakkan kaki di bumi Anbiya' ni, dan ditemukan dengan ramai guru-guru quran , ditegur sebutan dan bacaan saya. Hati saya memberontak, geram apabila ditegur kesalahan yang sama acap kali dilakukan. Memang tertekan, hati geram, muka pucat, tangan sejuk, mata dah nak berair, (hidung tak berlendirlah) bila diperlakukan sedemikian rupa.
Dari kiri : Zul(yaman), Duan(Syobra), Mat Leh(Kaherah), saya, Manang( Kaherah)
Wary(Syobra), Pok Chang( Madinah), Wey(Kaherah)
Tidak wujud disitu : Taqim (Jurdun), Topek(Madinah), Zamir( UIAM), Fikri( Kaherah)
Gambar ini saya temukan di internet
Sheikh Khalil Husori (berdiri tengah sekali).
Turut kelihatan dalam gambar; Al-Fadhil Ustaz Dato' Hassan Azhari (duduk kanan sekali berkaca mata hitam dan bertasbih)
Nasihat saya kepada tuan punya BLOG, dan pembaca yang budiman secara umumnya, perbaikilah mutu bacaan quran anda, terutamanya surah al-fatihah yang menjadi salah satu rukun solat kita, imma (samada) sunat mahupun solat yang wajib
Secara khususnya buat sahabat-sahabat yang kini berada di Mesir bumi para qura', ambillah kesempatan yang ada ini, mengisi masa dengan bertalaqi.
Pernah kawan saya menceritakan halnya apabila pulang ke Malaysia pada musim cuti yang lepas,
" Zie, ana takutlah nak balik Malaysia cuti kali ni, orang kampung sangka pelajar kita ke Mesir semuanya 'ustaz" Keluhan sahabat saya, yang mengambil jurusan perubatan disalah sebuah universiti di Kaherah.
Saya pun membalas, " eh, baguslah gitu, persepsi yang bagus tu!! "
" Bagus apanya, ada ke patut disuruhnya ana jadi imam di masjid? Ana tak mampu zie, ana tak yakin dengan bacaan ana ni, kan tak pasal-pasal orang kampung mufaraqoh"
Itulah persepsi atau pandangan masayarakat kita, tak kira siapa anda, apa jurusan anda, apa latarbelakang anda, pasti mereka menyangka anda adalah 'ustaz' apabila kembali nanti.
Pucuk pangkalnya, terpulang kepada anda untuk menerimanya ataupun tidak.
"Sebaik-baik kamu adalah mereka yang belajar al-quran dan mengajarnya"
(al-hadis)
'8 budak putih' (kenangan di Maahad)
saja nak letak gambar ini,(Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar)
PERSEPSI MASYARAKAT
Sekian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment