toqki

Salam

Pernah satu hari, saya bergurau sambil mengejek toqwan, " kenapa ek nur, orang perempuan ni cepat perasan?" ( jangan marah toqki lagi, baca dulu deh)

"Kaum hawa dan adam 2 x 5 = 5 x 2 sama aje . Bab perasan ni memang akan ada"

Itulah ulasan toqwan bila bercakap bab perasan , cuma toqwan cuba memenangkan kaumnya sendiri, dengan mendakwa kaum lelaki lebih mudah perasan, ini disebabkan golongan 'Rijal' lebih menonjol berbanding annesaa'.

Saya hanya tersenyum tanpa memberikan apa-apa hujah untuk mematahkan 'Pembahas Terbaik' masa di sekolah ketika dahulu.

Maka lelakilah cepat dan mudah terjebak dengan penyakit 'P' ini

P- Perasan

'Akulah paling hensem kat sini'

'Akulah mempunyai suara paling merdu kat sini'

'Akulah paling bagus sekali kat sini'

Dan sememangnya telah tertulis di minda manusia yang memiliki penyakit 'P' bahawa dialah yang terbaik, merasakan dialah lebih segalanya berbanding orang lain dan jika berjalan dikhalayak ramai tentu dia beranggapan semua orang disekelilingnya memerhatikannya. PERASAN!!

Sedar atau tak mereka yang mempunyai penyakit 'P' ni sebenarnya telah terjatuh dalam lubang-lubang penyakit yang bersarang dihati.

HATI



Tidak dinafikan bila bercakap bab menjaga hati, memang sesiapa pun pasti mengakui, susah serta payah nak mengawal hati ni..hatta orang 'alim sehebat mana pun pasti tidak terlepas dengan penyakit-penyakit seperti ini.


Oh , susahnya ingin menjaga hati!!!


Kemudian, bila penyakit 'P' sudah pun sebati dalam HATI maka tuan punya HATI pasti memiliki juga penyakit yang dinamakan 'U' .

U- UJUB

Ujub merupakan salah satu penyakit HATI. Sifat ini akan selalu melekat pada diri manusia, meskipun tidak dipamerkan kepada manusia lain seperti sifat riya. Dan ada masanya kita langsung tidak menyedari kita telah MEMILIKU PENYAKIT 'U' INI!!

ORANG yang banyak beramal sering dijangkiti penyakit ujub, rasa hebat, aman dan selamat. Biasanya penyakit ini disedari apabila, seseorang itu merasakan ramai orang disekelilingnya seolah-olah memandangnya dengan pandangan respect dan hormat.

Masa inilah si Pak Tan ambil peranannya, membuat ramuan bagaimana caranya nak jatuhkan si mamat ni jatuh, terjelopok dalam lubang 'U' tersebut.


Tatkala si mamat ni jatuh, bersorak, berpestalah Pak Tan, sure heboh!!! di antara mereka, bahawa salah seekor dari mereka telah berjaya menjadikan anak Adam ujub dengan amalannya. Ketawa besarlah sekumpulan Setan!!

Maka tidak dapat tidak, pastinya kita harus mencari senjata yang ampuh untuk menjatuhkan semula awok-awok PAK TAN NI!!

Apa dia senjatanya??


(UBATILAH HATI
(TOMBO HATI) =))

Seorang penyair berkata:

دَوَاءُ قَلْبِكَ خَمْسَةٌ عِنْدَ قَسْوَتِهِ فَدُمْ عَلَيْهَا تَفُزْ بِالْخَيْرِ وَالظَّفَرِ

خَلاَءُ بَطْنٍ وَقُرْآنٌ تَدَبَّرْهُ كَذَا تَضَرُّعُ بَاكٍ ساَعَةَ السَّحَرِ

كَذَا قِيَامُكَ جَنَحَ الَّليْلِ أَوْسَطَهُ وَأَنْ تُجَالِسَ أَهْلَ الْخَيْرِ وَاْلخِبَرِ

Penawar hatimu saat sedang membatu ada lima…

Jagalah kelima perkara itu, niscaya kamu beruntung dengan memperoleh banyak kebaikan dan kemenangan.

Iaitu kosongnya perut, dan berTadabburilah dengan Al-Quran

Dan tunduklah dan menangislah di waktu sahur

Serta solatlah di tengah malam.

Dan berkumpul dengan orang-orang baik yang banyak ilmunya.

4- Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

إِذَا أَصْـبَحَ اْلعَبْدُ وَأَمْسَى وَلَيْسَ هَمُّهُ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ.. تَحَمَّلَ اللهُ سُبْحَانَهُ حَوَائِجَهُ كُلَّهَا.. وَحَمَلَ عَنْهُ كُلَّ مَا أَهَمَّهُ.. وَفَرَّغَ قَلْبَهُ لِمَحَبَّتِهِ.. وَلِسَانَهُ لِذِكْرِهِ.. وَجَوَارِحَهُ لِخِدْمَتِهِ وَطَاعَتِهِ.

Jika seorang hamba di waktu pagi dan petang, tidak ada yang ia fikirkan kecuali hanya Allah, niscaya Allah menanggung (menjamin) segala keperluannya, menghilangkan segala kegelisahan,


dan menjadikan hatinya senantiasa mencintai-Nya. Lidahnya dibuat selalu berdzikir pada-Nya. Dan seluruh anggota tubuhnya dibuat hanya bergerak dalam melayani dan mentaati Allah.


وَإِذَا أَصْـبَحَ وَأَمْسَى وَالدُّنْيَا هَمُّهُ.. حَمَّلَهُ الله ُهُمُوْمَهَا وَغُمُوْمَهَا وَأَنْكَادَهَا.. وَوَكَّلَهُ إِلَى نَفْسِهِ.. فَشَغَّلَ قَلْبَهُ عَنْ مَحَبَّتِهِ بِمَحَبَّةِ اْلخَلْقِ، وَلِسَانَهُ عَنْ ذِكْرِهِ بِذِكْرِهِمْ، وَجَوَارِحَهُ عَنْ طَاعَتِهِ بِخِدْمَتِهِمْ وَأَشْغاَلِهِمْ.. فَهُوَ يَكْدَحُ كَدْحَ حِمَارِ اْلوَحْشِ فِيْ خِدْمَةِ غَيْرِهِ.. كَالْكِيْرِ يَنْفُخُ بَطْنُهُ.. وَيَعْصِرُ أَضْلاَعَهُ فِيْ نَفْعِ غَيْرِهِ، فَكُلُّ مَنْ أَعْرَضَ عَنْ عُبُوْدِيَّةِ اللهِ وَطَاعَتِهِ وَمَحَبَّتِهِ، بُلِيَ بِعُبُوْدِيَّةِ اْلمَخْلُوْقِ وَمَحَبَّتِهِ..

Tetapi jika di pagi dan petang hari yang ia fikirkan hanyalah dunia,niscaya Allah menimpakan segala kesedihan, kegelisahan dan malapetaka padanya.

Ia diserahkan kepada dirinya. Sehingga hatinya sibuk dengan mencintai makhluk dan tidak mencintai Allah. Lidahnya hanya mengingat mereka tidak mengingat Allah.

Seluruh anggota tubuhnya hanya melayani dan mentaati makhluk, tidak melayani atau mentaati-Nya.


Ia bekerja keras seperti seekor keledai yang sibuk melayani orang lain. Ia seperti alat peniup api (milik pandai besi) yang mengembangkan perut dan menghimpit tulang-tulangnya demi melayani orang lain.

Maka siapa pun yang berpaling dari beribadah kepada Allah, dari ketaatan dan mencintai-Nya, ia pasti diuji dengan menjadi hamba bagi makhluk dan hanya mencintai mereka.


Ibnul Qayyim berkata lagi:

اُطْلُبْ قَلْبَكَ فِيْ ثَلاَثِ مَوَاطِنَ: عِنْدَ سَمَاعِ اْلقُرْآنِ، وَفِيْ مَجَالِسِ الذِّكْرِ، وَفِيْ أَوْقَاتِ اْلخُلْوَةِ، فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فِيْ هَذِهِ اْلمَوَاطِنَ، فَسَلِ اللهَ أَنْ يَمُنَّ عَلَيْكَ بِقَلْبٍ، فَإِنَّهُ لاَ قَلْبَ لَكَ.”

Carilah hatimu pada tiga tempat:

(1) saat mendengarkan Al-Qur`an,

(2) ketika dalam majlis dzikir, dan

(3) di saat sedang menyendiri. Jika kamu tidak mendapatinya pada ketiga tempat tadi, maka memohonlah kepada Allah agar kamu diberi hati, karena kamu tidak memiliki hati lagi.





JOM KOREKSI DIRI

Saya atau siapa pun pasti tidak terlepas dengan penyakit 'P' dan 'U' ini. Semestinya juga, ada waktu ketika kita terlepas pandang dengan hal sebegini

Oleh itu, JOM KITA KOREKSI HATI!!

Sekian....=)


toqki : saya xmahu syok sendiri




Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya | edit post
0 Responses

Post a Comment