toqki

Kunci untuk kita kuat menghadapi sikap kurang semangat, emosi yang down atau apa saja yang berkaitan, adalah dengan membina kekuatan emosi di fikiran kita. We must be strong. We have to be strong!







Paksa diri kita untuk jadi kuat. Tegaslah pada diri sendiri.

Semarakkan semangat. Beri peringatan pada diri supaya sabar menghadapi apa jua cabaran, permasalahan atau konflik.

Bila kita dah ingatkan diri sendiri supaya bersabar, serta merta kita akan kuat mendepani apa jua yang melanda.

Sabar adalah satu-satunya cara untuk membuat Anda kekal dalam emosi positif dan logik akal. Jika Anda sudah tidak sabar, maknanya Anda mungkin akan membuat sesuatu diluar pertimbangan atau terdorong bertindak mengikut emosi negatif.


Kekadang, sampai ke satu tahap, akan mungkin akan menyesal selama-lamanya kerana bertindak mengikut hasutan emosi, terutama rasa marah, kecewa, dipermainkan atau dendam.

Jika Anda tertekan kerana orang lain dengki dengan Anda atau tak suka Anda, usah cepat membalas perbuatan mereka. Jangan balas. Jangan ikut perangai macam mereka.

Biasanya orang sebegitu suka cakap apa saja percakapan untuk menaikkan rasa marah Anda. Itu yang dia mahukan. Dia buat begitu supaya Anda jatuh ke perangkapnya.

Bila Anda sudah marah, dia akan mudah membuat Anda bertindak bodoh atau membuat keputusan melulu. Kat tahap ni Anda tak akan fikir baik buruk tindakan Anda, yang Anda fikir hanya nak membalas dendam dan melepas rasa geram saja.

Bila semua dah berakhir, Anda yang akan susah sendiri.

Ketika itu, tiada siapa sanggup tolong Anda (tolong tengok saja). Biarlah kita yang kuasai emosi, bukan emosi yang menguasai kita.

Untuk nak menghadapi emosi down atau ketika Anda sedang murung, alih perhatian fikiran Anda pada perkara lain, benda lain, situasi lain atau orang-orang lain. Jangan ingat perkara tadi walaupun sedikit.

Teknik kedua, tukarkan ‘down’ Anda itu kepada sesuatu yang baik.

Turn it into something good!

Caranya, gali hikmah yang tersirat disebalik semua itu, apa yang hebatnya tentang masalah itu dan bagaimana untuk Anda menyelesaikannya.

Mungkin, dari emosi down itu, Anda terjumpa sesuatu yang boleh membuat Anda bersemangat semula!

Jika saya ditempat Anda, saya akan bekerja serajin yang mungkin untuk membuktikan saya ada potensi untuk mencapai tahap lebih hebat dari orang yang cuba menjatuhkan saya!

Set matlamat, kemudian go on berusaha ke arah mengejar matlamat.

Usah fokus perhatian Anda pada orang yang menyakitkan hati, tapi fokuslah pada matlamat sendiri kerana Anda akan menemui kekuatan sepanjang proses menuju matlamat itu. Usah sesakkan fikiran Anda dengan hanya memikir sikap, perbuatan dan layanan orang lain terhadap Anda.

Hidup akan jadi lebih bermakna, bila kita fokus untuk memajukan diri sendiri, semaju yang mungkin, seboleh yang mungkin ke tahap lebih tinggi.

..........................

We Care, We Share, We Dare




Cetak Artikel Ini
Kunjungan anda amat saya hargai. Terima kasih. Komenlah dengan penuh hikmah.Gunakanlah Bahasa Melayu yang betul.Kunjungilah T O Q K I SELALU

Label:saya , | edit post
2 Responses

  1. toqki Says:
    This comment has been removed by the author.

Post a Comment